Bertindak Sebelum Kena!

Untuk peringatan diri sendiri sebenarnya, harap janganlah terkenakan.. tulisan dari majalah NONA keluaran hari raya...

Sambutan syawal dimana-manapun biasanya disambut meriah. Perbelanjaan yang dilaburkan untuk memeriahkan sambutan Syawal ini ada kalanya tidak diambil kisah oleh pengguna. Wang mengalir umpama air, sehingga anda tidak tahu kemana perginya wang itu. Selesai perayaan, mulalah termenung memikirkan kewangan yang semakin berkurangan. Gaji bulan baru pula lambat lagi..

Bagi mengelakkan isu ini terus menjadi bebanan, apa kata anda mula bertindak bijak dengan menurut tip di bawah :-

1) REKOD ALIRAN WANG

Keluarkan semua penyata bank, resit pembelian dan bil berkaitan serta semak perjalanan keluar masuk wang anda setiap bulan. Apabila mempunyai rekod penggunaan wang, lebih mudah buat anda mengesan jumlah wang yang sering dibazirkan. Cara ini, adan dapat melihat jumlah wang yang boleh dijimatkan dengan menolak perbelanjaan yang tidak penting bagi bulan seterusnya.

2) JELASKAN HUTANG

Biarpun anda berdepan dengan masalah kewangan, cuba sedaya upaya menjelaskan hutang terutamanya tunggakan kad kredit. Begitu juga dengan bayaran rumah dan kereta. Lebih lama anda menangguhkannya, maka lebih berat beban kewangan yang perlu anda tanggung pada bulan yang akan datang. Jika anda merupakan pemeganng insuran pastikan ia didahulukan bagi mengelakkan syarikat insurans menamatkan perlindungan insurans jika terdapat tunggakan.

3) KURANGKAN AKTIVITI DI LUAR

Jika sebelum ini adna sering ke gimnasium, bermain bowling, menonton wayang dan kerap berhibur dipusat karaoke, tangguhkan buat sementara waktu. Kurangkan aktiviti riadah yang memerlukan anda mengeluarkan perbelanjaan. Sebaliknya cari aktiviti yang lebih menjimatkan. Anda boleh menyambungkan semula apabila keadaan ekonomi anda telah kembali stabil.

4) JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DAN AIR

Jimatkan penggunaan elektrik, air, telefon, internet dan sebagainya bagi mengurankan bil guna tenaga yang sedia ada. Tentukan penggunaan yang perlu atau tidak, penting bagi membantu usaha anda untuk berjimat. Ketika ini anda mungkin perlu mematikan sementara waktu penggunaan penyaman udara di kediaman anda. Jadikan amalan mematikan suis lampu, kipas dan komputer jika tidak digunakan.

5) TABUNGAN

Berdepan dengan krisis kewangan bukan bermakna anda tidak perlu menabung. Aktiviti menabung merupakan perkara wajib yang perlu anda lakukan sekarang, lebih-lebih lagi jika wang simpanan selama ini digunakan bagi membeli kelengkapan persekolahan. Simpan sedikit baki pendapatan bulanan anda bagi tujuan kecemasan.

6) ELAKKAN PENAMBAHAN HUTANG

Jangan sesekali terpengaruh  dengan iklan pinjaman mahupun permohonan kad kredit. Penambahan pinjaman kewangan bukan membantu sebaliknya akan merumitkan lagi keadaan. Jadi pengguna yang bijak dengan berbelanja mengikut tahap kewangan sebenar anda. Jangan mudah terjebak dengan janji manis daripada pihak kewangan yang menawarkan pinjaman buat anda. Begitu juga dengan penggunaan kad kredit. Simpan sementara kad kredit bagi mengelakkan anda terus menggunakannya.

TIPS MENABUNG

Hanya disiplin dan kesungguhan sahaja boleh menentukan sebanyak mana hasil tabungan anda. Tidak semestinya dengan pendapatan yang tinggi sahaja anda boleh menabung tetapi ia datang dari kesungguhan anda untuk menabung walaupun pendapatan kurang.

Tentukan terlebih dahulu tujuan menabung agar anda mempunyai sasaran tertentu yang harus dicapai. Dengan demikian anda akan lebih bersemangat untuk menabung.

Asingkan segera dana yang akan disimpan setelah memperolhe gaji, bukan di akhir bulan untuk mengelakkan wang habis sebelum sempat disisihkan.

Beberapa pun pendapatan anda, biasakan untuk menabung sehingga anda menjadikan ia sebagai satu kebiasaan. Pendapatan yang kecil bukan alasan untuk tidak boleh menabung.

Biasakan melakukan pengeluaran dengan jumlah lebih sedikit daripada pendapatan anda agar pada akhir bulan anda masih mempunyai baik.

Buat senarai anggaran selama satu bulan baik yang rutin atau tidak.

Jangan mudah rambang mata. Apabila anda mudah tergoda untuk berbelanja jauhi perkara atau tempat yang boleh membuatkan anda menghabiskan wang di luar rancangan anggaran.

Apabila pendapatan bertambah, naikkan juga dana yang akan ditabung.

Tiada istilah terlambat untuk menabung. Mulai menabung seawal mungkin.

Comments

  1. kadang-kadang kita ni terlupa untuk menabung...jadi kalau tak mulakan lagi...masih belum terlambat..percayalah itulah wang kita dikala kesusahan...

    ReplyDelete
  2. setuju!!! saya mmg didik anak2 menabung. dari diorg kecik ni la nk kena didik kan. thanks for sharing this useful info kak :)

    ReplyDelete
  3. kaedah paling senang nak menabung adalah dengan tabungan duit syiling.. kalau dapat balance duit syiling 50sen semua kena masuk tabung..yg lelain pun ikut suka tapi kalau balance syiling bayar tol tu kami memang masuk tabung.. memang nampak sikit..tapi sikit2 jadi bukit..

    ReplyDelete
  4. tiap2 bulan memang list mcm tu pun..sy buat skim potongan gaji ASB untuk simpanan..)

    ReplyDelete
  5. t.kasih atas perkongsian ini..
    w/p ckit..tp akk paksa jg ketepikan utk tabungan tiap2 bln..ckit2 lama2 jd bukit..

    ReplyDelete
  6. betol!! wajib menabung!! dan didik anak2 menabung jugak~

    ReplyDelete
  7. info yg sgt baik nih... mmg kene beringt betul2 utk raya nih...kalu tak pas raya pakat2 mkn angin huhuhui

    ReplyDelete
  8. t.q info.
    sya pun buat sasaran harga setiap sorang perbelanjaan anak2

    ReplyDelete
  9. tips yg sangat useful :)
    jmput follow kmbali :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts