Azam Tahun 2012

" Taking Action will turn your DREAM into REALITY "

Azam itu umpama DREAM gak kalau tiada Action yang dilakukan.. itulah hakikatnya. Namun kalau dah namanya tahun baru maka mestilah kita rasa perlu juga untuk kita mempunyai azam. Hakikatnya azam tahun 2012 ini adalah kesinambungan dari azam tahun yang sudah-sudah juga sebenarnya.

Oklah untuk azam tahun 2012 akan datang ini :-

1) Ingin mempertingkatkan kecemerlangan dalam kerjaya. Mesti sentiasa fokus kepada pekerjaan dan sentiasa bersedia untuk mencapai target yang diberikan.

2) Ingin mengubah tabiat dari suka boros kepada suka berjimat cermat demi untuk memastikan tabungan yang ada dipertingkatkan buat bekalan hari tua.

3) Ingin memastikan blog yang ada ini akan punya cerita baru setiap hari dan kalau boleh dapat menjana sedikit $$$ dari sini..

4) Yang penting adalah ingin menjadi seorang muslimah yang berjaya bukan sahaja dari segi pekerjaan, malah dari segi ibadah kepada Allah dan sesama manusia dan dapat menjadi seorang muslimah yang dapat menjaga rumahtangganya dan menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak-anaknya kejalan kebaikan dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Sekian azam akak secara umum ok namun sebenarnya azam memerlukan sesuatu yang lebih details dengan cara yang SMART untuk memastikan GOAL.. Apa itu SMART?

Sebelum cerita pasal SMART kita kena tahu apa GOAL kita dahulu, bukan penjaga gol si Apektu tau, ini adalah apa yang kita idamkan, akak bagi contoh giniler :-
GOAL = Akak nak beli kereta Alza tahun 2012

S = Specific .. kena specific kita punya azam
♥ Nak beli kereta Perodua Alza 1.5 ZH (A) Special Metallic - RM64,190
M= Measureable .. boleh dikira
♥ Kalau nak beli kereta mesti bayar 10% down payment so kena ada RM6419.00
A = Achieveable.. boleh dicapai
♥ Boleh dicapai kalau mampu simpan RM535 sebulan selama 12 bulan.
R = Realistic... kena realistic
♥ RM535 sebulan?? Bolehtak?? kalau tak boleh tak usah berangan
T = Time Bound... ada jangka masa
♥ Kena ada D/P sebanyak RM6420 pada bulan Disember 2012.

Ha!!!! akhirnya kita kena VISUALIZE...Inikah Alza yang ku inginkan.. hanya contoh ok..

SMARTni boleh apply juga untuk Azam kita.. akakpun kena buat cam ginikan baruler azam akak ini akan dapat direalisasikan. sekian terimakasih..

"Success is the progressive realization of predetermined goal" - Earl Nightingale.

Comments

  1. kalau azam ada tapi tanpa usaha bermimpi namanya...
    semoga impian awak jadi kenyataan

    ReplyDelete
  2. semoga beroleh kejayaan mencapai azam :) selamat tahun baru 2012...

    ReplyDelete
  3. bagus2...dah tau target.. Saya doakan moga tercapai jua...

    ReplyDelete
  4. Semoga impian akan tercapai..^^

    *Selamat Tahun Baru 2012..

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya sis.. ;D
    Happy New Year!! ;)

    ReplyDelete
  6. setuju! semoga awak dapat merealisasikan impian menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  7. moga tercapai~ caiyok2!! nak guna SMART jugak lah..hehehe

    ReplyDelete
  8. assalam Ch..
    selamat tahun baru bersama semangat baru
    semoga lebih baik dari tahun lepas kan
    yesssssss suka SMART Cho tu emmmmm sama kita ni tahun 2012 nak kereta sendiri jugak he he

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts