Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Tarikh : 28/01/2012
Tempat : Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Xtvt : Tinjauan kali pertama ke sini

Akak memang selalu minta pergi ke sini dan akhirnya suami akak dengan baik hatinya membawa kami ke sini pada 28/1 yang lepas.Perkataan pertama keluar dari mulut akak ialah bestnya serba canggih.

Oleh kerana bawak budak kecik secara tidak langsung tidaklah boleh akak pergi ke bahagian yang lain hanya terhad di ruangan kanak-kanak sahajalah. Nak masuk zon kreatif ini kita terpaksa menanggalkan kasut dan di sambut dengan "virtual pool" yang mana ada ikan berenang-renang. Lepastu anak akak terus berlari sebab dia nampak sebatang pokok yang merimbun yang amat cantik sekali.

Dapat duduk di bawah pokok itu mulalah rambang mata nak pilih buku, penat berlari jugalah budak 2 orangni. Rasa bosan di sini mulalah diaorang mengajak ke sudut yang lain pula, ada tempat budak-budak bermain games menggunakan nintendo wii. Lepastu akak tengok di satu biliktu ada buat satu aktiviti akakpun ajak Atikah dan Azalia masuk. Rupanya dia ajar cara nak buat origami baju kameja..

Jom layan gambar kami hari itu..
Pintu masuk yang mesra budak-budak. Muka budak yang dah tak sabar-sabar nak masuk ke dalam. Ada tasik dan nampak masjid negeri shah alam dari sini tau.. kalau kamera canggih memang nampakler... Inilah sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya.. alamak lagu sepohon kayu lak. Bestkan... Selagi tak dapat duduk atas kusyen yang bentuk binatangtu memang dik Ya tak puas hati, akhirnya dapat juga setelah entah berapa kali gagal.. Muka tak ikhlas nak senyum sebab tak sabar nak lari cari buku.. bukan baca buku.. Dik Ya ok suka baca buku, sebab dia kata buku di sini lagi best dari di rumah, mestilah kan di sini bukunya banyak yang hard coverkan.. warna warni pulaktu.. Semua buku dia bestler ibu, kena beliker buku ini, mungkin sebab dia tak paham lagi konsep library. Akak kata kat dia kita boleh pinjam tapi harini kita tak jadi ahli lagi.. Atikah sebenarnya masani dah asyik tengok belakang sebab ada budak2 main games guna nintendo wiitu, virtual bowling. Bilik yang digunakan untuk mengajar origami, anak akak suka sangat sebab inilah yang dia cerita dengan kawan-kawan.Hasil kerja kami dibantu oleh ibu kami.. Pentas ini mungkin untuk tempat bercerita sebab dia tulis story telling.. kalau haritu ada story telling mesti lagi bestkan. Bergambar dipintu masuk.. Kami dah nak balik. Tempat letak kereta di sini boleh tahan luasnya.
Jomlah datang ke Perpustakaan ini yang memang amat cantik dan luas dan banyak kemudahan yang sepatutnya kita manfaatkan. Yang akak nampak surau yang disediakan amat luas, ada juga kemudahan gimnasium dan kalau di laman webnya dikatakan terdapat juga kemudahan seperti Mini 3D theater, ehm kena pergi lagi lain kali dan mesti jadi ahli.. mesti..
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda,
Jalan Kelab Golf 13/6,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor

No. Telefon : 03-5519 7667 ; Faksimili : 03-5510 4264
www.facebook.com/PPAS.My.Second.Home

KOORDINATE GPS PPAS :
Latitude : 3.08925, Longitude : 101.53325


Comments

  1. sy yg ddk klang pun belum sampai.. hehehe.. InsyaAllah.. akan menjejakkan kaki juga.. dah terbayang macam²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang.. memang nak datang lagini...

      Delete
  2. bestnye library nih.. camnilah br ramai org nak masul library..kannnnn

    ReplyDelete
  3. ya ALLAH...cantekkknye library ni kak...lib melaka,hekon pun selalu x bukak =p

    ReplyDelete
  4. memang best... lupa nak cakap yang libraryni baru pindah ke sini... dekat kawasan kelab golf sultan abdul aziz shah..

    ReplyDelete
  5. i pun dah submit request kat cik abe i soh bawa gi sini...
    masih lum tertunai.....
    walopun tu kids section....
    tapi rasanya ibu2 pun mesti tertarik kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tempat untuk kids kita lak yang seronok..
      anak2 seronok sebab boleh pilih buku ... memang hidup ler sikit suasana di sini.. leh rasa macam kat mph tak rasa kat library yang suram cam dulu2...

      Delete
  6. Kakak dan banyak kali dengar keistimewaaan library ini
    kalaulah dapat peluang siapa pun nak juga
    tapi buat kakak di JB ini tak adalah nampaknya
    kat sini biasa je library tak ada tempat riadah...

    ReplyDelete
  7. story telling..zmn budak2 dulu,,manis bile igt balik..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti zaman budak2 dulu selalu naik pentas yerk..
      akak teringin ngat kalau anak akak leh petah macam gitu..
      tapi anak akak depan orang pemalu habis...

      Delete
  8. wow bestnya library nie..canggih..suke tmpt yg bc bwh dhn pokok tu..tggu ank besar ckit boleh bwk dia..;)

    ReplyDelete
  9. BAGUS LA TEMPAT NI..
    BOLEH MENDIDIK ANAK2 CINTAKAN PERPUSTAKAAN..
    SELAMA NI ORANG ANGGAP PERPUSTAKAAN LEMPAT YANG MEMBOSANKAN..HEHEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi.. betoi.. masa kat tempat lamanyer dulu tak best macam sekarangni... bukupun rasanya dah banyak yang baru ..

      Delete
  10. ohhh...perpustakaan ni tempat melepak saya sejak zaman skolah, setelah sekian lama, cantik sungguh sekarang rupanya!

    ReplyDelete
  11. wah..cantiknya library ni..nt satu hari nak bwak kyra ke cni la..kyra mesti suka..tq kak, sharing for the info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena pergi bagi aura sukakan library kat anak2 kan... nanti dah besar tak liatler macam akak dulu2....

      Delete
  12. bestlah sis.. baca buku bawah pokok.. budak2 mst suka.. ;)

    ReplyDelete
  13. lamanyer tak pg library kak... masa kt U dlu last pg huhui
    best gk yek... seronok tgk anak2 akak tu... mcm2 konsep ada
    mmg boleh menarik kanak2 utk pg situ

    ReplyDelete
  14. mmg terbaik kan kak..saya pernah tengok kat emel..
    sgt selesa..bebudak pun sure hepi lah nak baca buku...
    kita pun rasa syiok nak melepak sama..

    ReplyDelete
  15. cantik nye library..kalo ada kt tpt saya..best lepak ni :)

    ReplyDelete
  16. hebat betul library dia. Erkk.. lamanya tak pi library. Kena pi ni.. bawak anak..

    ReplyDelete
  17. KALU LIBRARY CAMNI.. TIAP2 MINGGU PUN XPA G SANA..HIHII

    ReplyDelete
  18. Wow, canggih gile..mmg sgt jakun ok,ihiks2..
    Pernh gak kakak2 opis joyah psl library bru kat s.alam ni, tp x amik port sgt sbb jauh ar...
    Tp pas tgok entry akak ni, terus rase berkobar2 nk gi.huhu

    ReplyDelete
  19. wahhh nie dpt tarik minat ramai supaya mencintai budya membaca.mmg lawo n sweet tmpt dia..nak gaklah pegi kalau ada masa nnt..mesti anak2 teruja

    ReplyDelete
  20. sy pernah pergi masa kecik2 dulu.. tapi sebabkan jauh. pergi perpustakaan kat PJ je. MBPJ punya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts