Peringatan untuk diri sendiri
Tajuk artikel : Masalah datang, ustaz dicari!
Rujukan : Majalah Mingguan Wanita, Februari 2012
Akak tidak salin semua tapi akak tertarik dengan dua tiga bab dari artikel ini seperti BERI CONTOH BAIK kepada anak sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Merujuk kepda tindakan ibu bapa yang bertemu ustaz untuk mendoakan anak mereka, katanya setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka menjadi anak yang baik, insan yang berguna dan berjaya suatu hari kelak.
Namun kata Ustaz Shahrizan, segalanya harus bermula dari diri ibu bapa itu sendiri. Andai diri mereka sendiri tidak baik, bagaimana dapat memberi contoh teladan kepada anak-anak.
" Surah Al-Qaf ayat 1-15 ada mengatakan jika mahukan anak-anak menjadi anak yang baik, maka ibu bapa itu sendiri kena baik. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
" Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa berjemaah dengan anak-anak. Berjemaah bukan sekadar solat bersama, sebaliknya dalam apa jua yang kita perlukan perlu bersama-sama baik bersolat, bersembang, makan dan sebagainya.
" Jika jarang menghabiskan masa anak maka lama-kelamaan ini mewujudkan jurang antara mereka. Ada sesetengah ibu bapa lebih suka berbual dengan rakan-rakan, manakala anak-anak pula melakukan aktiviti sendiri. Jadi, bagaimana hubungan baik dan erat dapat dipupuk andai situasi ini berlaku," ulas Ustaz Shahrizan lagi sebelum menutup perbualan bersama penulis.
PERINGATAN untuk diri sendiri ~ ingat untuk melihat dua orang beradik ini baik sebagai ibunya akak kena menjadi lebih baik.
Bab inipun baik juga DOA IBU BAPA LEBIH BAIK
"Tidak salah untuk berusaha mencari penawar untuk segala penyakit. TIdak salah juga berjumpa orang yang arif dalam hal agama dan sebagainya untuk meminta bantuan. Tetapi jangan keterlaluan hingga menampakkan seolah-olah kita sangat berharap kepada usahanya sahaja. Sebagai keluarga terutamanya ibu dan bapa, kita perlu berusaha lebih daripada orang lain. Ini kerana doa dari ibu dan ayah sangat mujarab untuk kesejahteraan anak-anak. Dan itu yang kami amalkan sejak dari dahulu.
Sentiasa melakukan solat hajat bersama-sama andai anak-anak menghadapi masalah peperiksaan yang penting dalam pelajaran mereka. Tidak terbatas kepada itu sahaja, tetapi tidak keterlaluan jika kami katakan, sebenarnya setiap masa dan selepas solat doa untuk kesejahteraan anak-anak tidak lupa dikirimkan," jelas Hajah Suratmi Saminon
" Zaman sekarang pelbagai jenis orang wujud. Mereka ini kadang kala cuba menangguk di air yang keruh. Cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kelemahan orang lain. Jadi apa yang dirisaukan ialah takut orang yang kita anggap alim dan ulama itu hanyalah memakai topeng untuk meraih keuntungan.
Andai ini berlaku pastinya apa yang kita cuba usahakan untuk kebaikan ia tidak akan berhasil. Jadi gunakan sedikit ilmu agama yang ada dalam diri sendiri untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT." katanya lagi.
DOA ATAU ZIKIR UNTUK AMALAN
♥ Surah Thoha ayat 1-5 untuk melembutkan hati anak-anak yang degil dan tidak mendengar cakap.
♥ Surah Al-Baqarah ayat 32 untuk anak-anak yang cerdik.
♥ Zikir al-Ma'thurat (elok dibaca selepas solat subuh dan asar)
Sedangkan kata-katapun doa inikan kalau kita berdoa sepenuh hatikan pasti Allah tunaikan. Peringatan untuk diri sendiri, jangan lupa untuk terus berdoa dan terus berdoa...

thanks for sharing
ReplyDeletenice info! thanks for sharing...
ReplyDeleteblh la amalkan surah tu...
ReplyDeleteapa2 pon..doa ibu bapa lebih berkatkan
Terima kasih kak berkongsi info ni..
ReplyDeleteInsya'allah mudah2an menjadi amalan kita sama2.. ;)
tanks for sharing kak
ReplyDeleteYa Allah...jdkan kami ibu dan bapa yg baek, yg boleh menjadi contoh kepada anak2, ameen~
ReplyDeletetq for sharing, =)
nk share link k..
amin..thanks sis utk info nye :)) suka bab2 ni..
ReplyDeleteinsyaallah
ReplyDeletemoga dapat dijadikan panduan..
dah lama tak beli MW ni..
betul tu..kalau kita nak terbaik utk anak,kita pun kena jadik ibu bapak yg terbaik...kalau nak anak solehah,kita pun kena solehah jgkkan....mencabar jadik ibubapa ni kan....=)
ReplyDeleteassalam Cho.
ReplyDeletetq share info yg bagus ni
tertarik dgn mengatakan zaman skrg pelbagai jenis org ada, dan paling tak yg suka org yg menangguk di air yg keruh...
thanks for sharing kak.. :)
ReplyDeleteTQ atas info..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ni... :)
ReplyDeletebetol tuh.. doa dari ibu bapa lagi mustajab kan~ kena terus berdoa untuk anak2 kita sendirik~
ReplyDeleteSharing is caring..TQ :)
ReplyDeleteLagi satu, perlu selalu terapkan perkataan2 positif walaupun tgh marah sebab itu seperti doa.
ReplyDeletetq perkongsian ini,memang betul semuanya bermula dpd ibubapa sendiri....
ReplyDeletememang setuju sgt kak.. kita sbg ibubapa lah yg harus lebih mendoakan anak2.. kan..
ReplyDeletethanx sharing.
ReplyDeletebtul dan setuju!
semuanya bmula dr rumah,hatta doa ibu lg kabul,dr meminta ustaz doakan ank sdgkan kita sndiri tak mdoakan anak kan..
Rasulullah ada menyebut, untuk mendidik anak2 ada tiga. Pertama, ajarkan mereka cinta pada Rasulullah. Kedua, ajarkan mereka cinta pada ahli keluarga i.e para sahabat. Ketiga, ajarkan mereka cintakan al-Quran..insyaAllah jika mereka ade ketiga2 ini, mereka tidak akan tersasar. -IM Hassan :)
ReplyDelete