Kenangan 2 hari di Suruhanjaya Sekuriti

Sebelum bercerita kisah dinner akak haritu nak bercerita terlebih dahalu kisah di Suruhanjaya Sekuriti(SC) pada 11hb dan 12hb Februari yang lepas. Banyak kenangan sepanjang dua hari berada di sana. Yang paling seronok dapat jumpa kawan-kawan lama yang telah berpindah tempat kerja tapi masih dibidang yang sama.

Akak mengikuti program "Dual Licensing Fast-Track". Kenapa Fast-Track? Jawab SIDC

The Dual Licensing Programme was introduced to recognise the experience and potential contribution of dealer representatives into the futures market. This was also in line with Prime Minister’s announcement during Invest Malaysia 2011 on 12 April 2011 where experienced Dealer’s Representatives (DR) will be given the opportunity to trade in derivatives.
Jadinya ini adalah peluang terbaik akak untuk mempunyai lesen futures tanpa perlu untuk mengambil peperiksaan. Ini umpama mimpi menjadi kenyataan sebabnya akak dah banyak kali teringin mendaftar tetapi selalunya tidak menjadi. Akak mengakulah kalau kena ambil periksa sudah tentulah akak tidak lulus, kiranya kalah belum bertandinglah akak inikan. Jadinya untuk DR yang berpengalaman(pengalamanker?) lebih 10 tahun dalam industri layak untuk memohon.

Oppps terpanjang lak cerita pasal program yang akak ikuti. Kalau pergi mana-mana program sekalipun rasanya yang paling seronok ialah dapat makan 4 kali sehari. Selalunya kalau di SCni makanan dia boleh tahan sedapnya dan kalau dah makan beramai-ramaitu lagiler bestkan. Tapi pergi kali ini yang paling best ialah makan tengaharinya yang ada menyediakan nasi dan juga mi rebus/kari, memang bahagia sekali.

Paling gembira ialah akak dapat jumpa dengan kawan lama yang memang teringin nak sangat jumpa. Memang tidak sangka dapat berjumpa dengan mereka semua hari itu walaupun diaorang tidak mengikuti program yang sama. Nesh, kawan akak yang masuk hari yang sama di OSK tapi dia meninggalkan OSK setahun selepas itu. Memang seronok berkawan dengan dia, walaupun tengah bersedih hati ini tidak terasa kesedihan itu. Nesh sentiasa menghiburkan, sentiasa buat akak ketawa, memang dia istimewa sebab walaupun kenal dalam masa yang singkat sebabnya dia berpindah OSK cawangan yang lain selepas dua bulan kenal tapi dia antara kawan yang akak ingat dan gembira kerana kenal dengan dia.

Hari itu juga akak berjumpa dengan Hezri ex-OSK cawangan lain. Sehingga kini kami masih berhubungan melalui telefon dan selalunya isu dibincangkan adalah isu semasa dan gosip terkini. Akak juga berjumpa dengan Maamor yang akak kenal semasa bekerja di Ipoh dahulu. Dia tidak kenal akak dan akak tidak kenal dia padahal kami berada di dalam program yang sama, maalumlah dah 12 tahun tidak berjumpa. Dia cakap anak dia yang selalu ikut dia masatu tadika sekarang dahpun ambil perubatan di Universiti Malaya. Begitulah masa yang meninggalkan kita.

Yang paling best hari itu ialah pengisian ilmu yang padat dan sempoi disampaikan oleh Encik Shahjahan yang amat berpengalaman dalam bidang derivative. Walaupun akak tidak tahu sangat tapi mendengarkan dia bercerita terasa teruja sekali untuk mendalami bidang ini. Terasa kagum mendengarkan pengalaman beliau sendiri menjadi seorang trader membuatkan kita rasa beliau lain dari yang lain. Selalunya speaker bercerita dari buku dan nota tapi beliau bercerita dari pengalaman sendiri.

Inilah kenangan yang terjadi selama dua hari di sini dan kenangan di Bursa tidak banyak hanya sedikit kesusahan almaalumler naik LRT dan nak memanjat Bukit kewangantu alamak letih gakkan....
Ambil gambar dari laman web sidc.. boleh belajar macam-macam pasal kewangan di sini :- http://www.min.com.my/

Belum ada masa nak berkunjung ke blog kawan-kawan. Selepas 3 hari tiada di ofis banyak benda nak diuruskan sebelum ada orang yang bising-bising... ish...

Comments

  1. Bila sudah ada DR sendiri so mudahlah pergerakan dan makin ligat nampak gaya...

    ReplyDelete
  2. Rindu sgt kat akak..
    TC yer kak.. ;)

    ReplyDelete
  3. makan 4 kali sehari??? mmg meriah..hehe

    ReplyDelete
  4. betul tu kak..klu pg mana2 seminar/program part yg best mkn FREE..yg bosan klu dgr ceramah yg berjela2..kekeke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts