14hb Februari sentiasa diingati
14hb Februari ~ akak bukan ingat sebab Valentine day, akak tidak pernahpun sambut hari kekasih itupun seumur hidup ini. Tak mungkin akak menyambut hari kekasih ini sebabnya hari ulang tahun kelahiran sendiripun tiada sambutan diadakan. Malah pernah satu tahun itu akak terlupa yang hari itu adalah hari lahir akak sehingga mendapat ucapan happy birthday baru teringat alamak dah naik umur aku setahun.
Apa sebab akak ingat sangat 14hb Februari ini? Kenangan pada 14hb Februari sembilan tahun yang sudah membuatkan akak sentiasa mengingati tarikh itu. Kalaulah Mohamad Najmi masih ada sehingga hari ini sudah pasti akak dapat ucapkan kepada dia " Selamat Hari Lahir Najmi yang ke 9". Namun itu semua tidak mungkin berlaku..
Masih mengingati pada hari ini akak melahirkan dia tanpa suara tangisan, dapat melihat rupa dia kali pertama dan terakhir. 14hb Februari sembilan tahun yang sudah umpama mimpi buruk menjadi kenyataan. Kenapa akak kata mimpi buruk? Semasa mengandung sudah pasti kita selalu membaca buku yang berkaitan kehamilan dan ada terbaca pasal satu artikel tentang kematian bayi dalam kandungan. Hati kecil akak berkata "kalaulah ini terjadi mahu gila aku gamaknya", maalumlah itulah kandungan pertama akak setelah menanti selama 2 tahun.
Setelah kejadian ini benar-benar terjadi pada akak, memang akak rasa macam kosong sangat. Akak rasa menyesal kerana tidak menjaga kandungan akak itu dengan baik. Namun apa masuk dalam wad itu akak mendengar banyak masalah yang mungkin lebih berat dari akak maka akak rasa sedikit bertenang. Akak sedar sesungguhnya Allah s.w.t itu maha kaya, tidak didugakan kita berlebihan dari kemampuan kita sendiri.
Dalam ketabahan akak itu seperti dikatakan oleh adik beradik akak yang lain sebenarnya kala bersendirian akak tidak keruan. Maalumlah semasa mengandungkan Najmi akak tidak berkerja menjadikan akak sentiasa rasa keseorangan. Syukur selepas bekerja kesengsaraan hati akak itu dapat diubati sedikit demi sedikit..
Memang itulah kenangan yang sentiasa akak ingati sampai bila-bila, akak masih ingat reaksi doktor yang manyampaikan berita " " baby awak dah meninggal dalam kandungan, harap awak bersabar , esok kami akan.... " bla.. bla... akak dah tidak mendengarnya lagi.. Akak pernah menulis cerita ini di sini :- bayi-mati-dalam-kandungan. Itulah kenangan 14 Februari.
Teringat juga entry akak yang sudah doa2 untuk memohon mendapatkan anak untuk yang sedang mengalami apa yang telah berlaku dalam hidup akak dahulu. Semoga tabah menghadapi, memang senang untuk berkata tapi payah kalau sedang menghadapinya namun mesti ingat kalau kita susah ada lagi orang yang lebih susah dari kita.
Teringat kat gambar header untuk fotopagesni, inilah dua orang permata hati akak sekarang.

al fatihah
ReplyDeletemoga arwah anak akak tenang disana..
erm...cheqna macam speechless la...
pepun cheqna pasti arwah pasti sentiasa dalam ingatan akak kan??
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
ReplyDeletesetuju dengan ayat akak, Allah s.w.t itu maha kaya, tidak didugakan kita berlebihan dari kemampuan kita sendiri. "arwah najmi akan tunggu akak di pintu syurga.."
kuatkan semangat kak..bersyukur dgn ketentuannye..kerana ade hikmah semua ni..
ReplyDeleteal fatihah..moga arwah muhammad najmi tenang di sana..insyaAllah
ReplyDeletesabar okay kak.. anak tu, sedang menunggu akak di syurga..dia sentiasa jaga akakdari sana..senyum selalu.. :)
ReplyDeletebidadari sudah menunggu akak di pintu syurga..alhamdulillah..
ReplyDeleteSama ngan nama anak Nurul,syukur anak akak tu tunggu di pintu syurga......
ReplyDeleteinsyaallah kak, anakmu najmi sedang menantimu disana. Mudah mudahan dia menjadi tiket akak ke syurga. Maha suci Allah yang menimbal balikkan kesedihan didunia ini dengan kesukaan yang sebegitu diakhirat kelak..:)
ReplyDeletesemoga akak berbahagia..Amin
al-fatihah
ReplyDeletesemoga arwah tenang dan menunggu akak di sana
al-fatihah...dia tgu akak kat sana..die yg akan tarik akak ke syurga nanti..sabar ye kak.
ReplyDeleteal-fatihah....
ReplyDeletemoga najmi tenang di sana...
al-fatihah..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita
ReplyDeletesemoga akak tabah hadapi dugaan dr Allah ni..semoga arwah tenang di sana..amin..
ReplyDeletesedih sy bc entry ini akk..
ReplyDeleteterlupa ari ini 14 feb...x pernah sambut pun
ReplyDeleteal fatihah....
moga tabah...
Al-Fatihah. Tak pe kak. Janji Allah pd Najmi pastinya syurga! Percayalah kak!
ReplyDeleteSaya dah baca dah entry yg akak link kan tu. Mcmn nak jaga kandungan baik-baik? Saya belum pregnant lagi. Takut2 la ada apa2 yang tak boleh saya lakukan tapi saya lakukan msa pregnant nanti.
ReplyDeleteSEDIH SGT2 MEMBACANYA..
ReplyDeleteSESUNGGUHNYA TUHAN LEBIH MYAYANGINYA..
AKAN MDOAKAN UTK IBUBAPANYA DI AKHIRAT KELAK
Sabar ye kak, Ujian dari Allah, tp ingatlah bahawa baby akak menunggu akak di syurga kelak, insyaAllah..
ReplyDeleteberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
ReplyDeletesemoga najmi tenang disana dan menanti kehadiran akak di syurga..
Sabar ye kak.. sedih pulak saya baca... alhamdulillah akak dikurniakan pgganti najmi.. bkn 1.. tp 2 DIA bg akak.. :-)
ReplyDeleteal fatihah untuk najmi...
sedihnya..mmg terasa jugak sbb nurul pernah 2 x mengandung tapi tak pernah rasa kehilangan..mmg sedihkan.bila kita j=kendong dia..dialak pergi..kiranya yang sulung lelakilah ek=)
ReplyDeletedia menanti akak di syurga....insyaAllah...dia jugak yg menolong akak nanti..kira bertuah jugak akak tau...
ReplyDeletekak, sy pun mcm akak...kalo fikir yg bukan2..."kalaulah ini terjadi mahu gila aku gamaknya".... sampai leh bergenang kalo kita fikir yg bukan2...walau sblm kejadian..tapi bila dah kejadian berlaku...kita kuat dan tabah walau hati siapa yang tahu...tapi Allah tu tak kan bagi ujian sehebat itu pada org yang tidak boleh hadapi..Dia lebih mengetahui bahawa akak kuat utk terima ujian dari Nya..sebab itu akak terpilih..
tapi seriusly..sy mmg selalu berfikiran gitu 'kalo anak aku hilang diculik atau sebagainya..mahu meroyan agaknye' sampai bergenang2 air mata..bila fikir kalo keadaan itu terjadi kepada saya...sambil tgk anak plak tu..mmg mengalir la air mata jadinye...
tak sanggup sy kalo dia hilang diculik...sy takut dia diseksa..sy tak sanggup bayangkan keadaan dia diseksa oelh orang jahat..sampai dalam hati berkata...biarlah dia pg dari diseksa oleh penculik..
begitu negatif sy ni kadang2...
akak ada saham di sana.
ReplyDeletesyukurlah.
walau saya tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. sebab mak saya ada 3 orang anak yang meninggal sebaik sahaja lahir.
Bergenang airmata saya baca link akak tu... Tabahnya akak.. kalau saya ditempat akak, tak tau la macamama... Mungkin Allah lebih menyayangi dia..sabar ye kak..
ReplyDeletesabar kak. insyaAllah anak akak tunggu akak di sana nanti.
ReplyDeleteAl-fatihah~
ReplyDeleteInsyaAllah.. dia menanti mamanye di syuga..
sedih kak ita baca..Al-fatihah untuk arwah najmi,semoga tabah....walaupun dah lama berlalu kenangan tu pasti datang...
ReplyDeleteTak dapat nak saya bayangkan kalau saya diuji sebegini..sedihnya..alhamdulillah dah ada penggantikan? Al fatihah buat dia..
ReplyDeleteAl Fatihah...semuga tabah..
ReplyDeletenamun syukur masih ada permata hati yang cumel2 menemani..
terkesan d hati sy baca entry akak..
ReplyDeleteal-fatihah utk arwah.
semoga akak diberi kekuatan utk menghadapinya, kak, baby akak tggu akak d sana :)
akak...menetes air mata saya...
ReplyDeletekalo saya belum tentu tabahnyer...
xper...baby dh tunggu kt sana tuh... :)
al-fatihah...
sedihnya kak...semuga tabah..
ReplyDeletealfatihah.. sedikit berkaca mata ida bc entry ni. kalau yg berkait pasal anak ni mmg ida sensitif sgt...
ReplyDeleteakak tabahkan hati ye. alhamdulillah akak sekarang ada 2 org buah hati yg comel2...
baby tu tunggu akak di Jannah, insyallah.
ReplyDeletesalam :)
ReplyDeleteal fatihah..kalau pasal anak nie mmg sedih la baca..takutnya kalau saya menghadapi situasi mcm tu..mampukah saya..btw alhamdulillah dah ada penyeri hati yg 2 org tu..hehehe
Sedihnya baca entry entry Akak ni, takpe kak, dia menunggu di syurga
ReplyDeleteal fatihah..xpe kak..dia akan tunggu akak di sana nanti
ReplyDelete