Tiru cara pemikiran jutawan

Suka baca pasal jutawanni, walaupun tahu jauh panggang dari api akak nak sampai ke situ.. jutawan rupiah bolehler. Hanya untuk bacaan diri sendiri dan kawan-kawan, memang selalu teruja kalau baca Sunthara Segarni menulis..

Ambil dari majalah : Mingguan Wanita (Disember 2011)
Tulisan : Sunthara Segar

Meniru gaya hidup jutawan mungkin sukar bagi kita, lebih mudah dan praktikal meniru cara pemikiran mereka. Ramai yang mampu melakukannya dan jika diizinkan Tuhan suatu hari nanti sedar tak sedar sudah menjadi separuh jutawan. Berikut cara pemikiran mereka dan cadangan tindakan susulan.

1. Mereka rancang kejayaan mereka

Ada matlamat bertulis berapakah pendapatan yang diperlukan. Tahu menulis berapa banyak yang perlu disimpan setiap tahun. Tahu menulis jumlah dana untuk wawasan jangka panjang contohnya persaraan kekal. Saya tekankan bertulis kerana itulah rahsianya berbanding dengan yang merancang dalam kepala sahaja.

Tindakan anda ~ ambil kertas dan pen. Jangan gunakan komputer. Jika anda tidak melakukan langkah ini elok baca artikel lain kerana masa anda seterusnya pasti terbuang. Sekarang tulis berapa pendapatan yang anda perlukan, cuba realistik contohnya elak tulis 200,000 sebulan. Cadangan saya begini - hitung semua perbelanjaan bulanan yang wajib campur ansuran hutang yang kena bayar.

2. Punya sikap positif tentang wang

Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit, sebaliknya percaya bahawa mereka cuma menguruskan wang sebagai satu amanah pemberian Tuhan.

Tindakan anda ~ Adakah kita betul-betul insaf bahawa wang kita malah segala harta bukannya kepunyaan kita tetapi hanya untuk sementara sahaja. Kalau anda tidak dapat menjawab soalan ini, mungkin ini salah satu sebab kenapa takdir sering tidak menyebelahi urusan kewangan anda. Dalam hal ini cuba dekatkan diri dengan Tuhan dan menyerah diri kepadaNya dengan tulus ikhlas.
*ini akak kurang paham*

3. Sanggup bersusah dahulu

Mereka ini sanggup bersusah payah dahulu untuk mencapai kesenangan pada kemudian hari.

Tindakan anda ~ satu lagi muhasabah diri yang bergantung kepada cara didikan masa lampau dan pengalaman masa lampau.

Kalau tidak sanggup bekerja keras kecelakaan kewangan memang pasti berlaku. Anda akan menjadi mangsa skim cepat kaya atau melakukan jenayah sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana mahu keputusan dalam masa singkat. Ubah sikap dengan membantu mereka yang hidup dalam kesusahan supaya insaf dan menemui motivasi dalaman.

4Mereka merancang dan bertindak

Contohnya mereka akan mengasingkan akaun simpanan, akaun pelaburan dan akaun kecemasan dan terus menyimpan setiap bulan secara automatik tanpa henti.

TIndakan anda ~ kalau belum ada tiga akaun tersebut buka esok hari, contohnya akaun simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP), akaun pelaburan ASB dan akaun kecemasan (akaun bank yang ada kad ATM).

Kemudian dari akaun bank tadi (mungkin ini yang masuk gaji) buat pindahan automatik dua jumlah setiap bulan. Satu ke akaun pelaburan contohnya ASB dan satu lagi ke akaun perlindungan (insuran/takaful). Kalau ada wang lebih beli dan tambah sijil simpanan premium. Mana tahu boleh menang cabutan bertuah seperti kereta atau motosikal dengan SSP. Tak minat dengan hadiah yang dimenangi boleh jual dan dapat wang tunai.

5. Memaksa disiplin yang tinggi dalam sanubari

Mereka yang bergelar jutawan bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari akaun pelaburan jangka panjang. Sebabnya kerana mengambil wang dari akaun pelaburan ini seperti "mencuri" daripada masa depan mereka.

Tindakan anda ~ Ini memang sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana bila-bila masa kita boleh menebus sijil simpanan premium, akaun ASB atau menggunakan kad untuk mengeluarkan semua wang. Tetapi dengan adanya akaun insuran/takaful anda sebenarnya berjaya mengelak mengambil wang anda dengan sewenang-wenangnya.

6. Membuat pengurusan risiko yang menyeluruh

Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah, kereta, kedai, perniagaan dan pendapatan.

Tindakan anda ~ jika anda susah melaksanakan akaun ini jangan berpeluk tubuh. Minta agen buat semakan sama ada perlindungan mencukupi dan menerangkan sekali perkara-perkara yang ada dalam polisi atau sijil.

7. Elak berhutang

Mereka juga cuba mengelakkan hutang atau jika berhutang memastikan hutang tersebut boleh dieksploitasi untuk meningkatkan kekayaan. Dalam sistem mereka, semua program hutang bakal dilunaskan secepat mungkin.

Tindakan anda ~ Pergi dapatkan laporan CCRIS dari cawangan Bank Negara terdekat, semak laporan CCRIS dengan semua dokumen hutang. Kemudian jumpa dengan pemberi hutang untuk membincangkan sama ada cara melangsaikan hutang dengan lebih cepat, prosedur struktur kembali jika ada dan penalti-penalti yang boleh dikenakan. Ambil peluang ini untuk menjalinkan perhubungan peribadi dengan pegawai berkenaan kerana satu masa nanti bila ada masalah mereka boleh bersimpati.

8. Mereka berjimat ke atas setiap ringgit yang dibelanjakan.

Tindakan anda ~ Pergi kedai buku dan beli buku kewangan peribadi berkaitan penjimatan. Buat wawasan jimat RM100 setiap bulan.

Jadi macamana? Rasanya tidaklah sesusah manapun kalau nak tiru cara pemikiran jutawankan.... akak kena amalkan kot idak susah nanti...

Comments

  1. Elakkan berhutang tu sangat betul. :). Kalau takde hutang, hidup ni rasa lapang je tau.

    ReplyDelete
  2. hutang rumah, hutang keta....semua tu perlu dilangsaikan....bahagianya hidup kalau tak de hutang.......

    ReplyDelete
  3. dari belum bekerja dah ada hutan,hutang ptptn =p

    ReplyDelete
  4. sblm pergi berbelanja kene list barang apa yg perlu,,beli yg perlu saja..disiplin diri kene ada,,tahan nafsu nak beli mcm2..

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak begelar jutawan. tapi tak mustahil kan?

    ReplyDelete
  6. bukan senang tapi tak mustahil...
    insyaallah..*berangan jugak ni jadi jutawan..beshnyer*

    ReplyDelete
  7. sempat lagi ke saya ni nak bergelar jutawan? tak sempat dah kot.

    ReplyDelete
  8. tip y bagus utk sukses dlm hidup..blh jd pnduan ni

    ReplyDelete
  9. kan best kalau hidup ni free dari hutang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts