Selamat Tinggal 2014

Tahun 2014 semakin menghampiri penamat..
Terasa baru lagikan kita menyambutnyer...
Rasanya tahunni banyak kisah sedih yang akak alami..
Kehilangan bapak memang menjadi satu memori pilu yang tidak mungkin dilupakan..
Namun kata-kata nasihat bapak tetap menjadi panduan dalam hidup ini...
Tidak mungkin akak lupakan setiap bait katanya kerana selalunya dia akan cakap berulang kali...

Tahun ini juga memang sangat kasihan dengan anak-anak kerana tidak banyak berjalan...
Di awal tahun ibu mertua akak masuk wad dan lumpuh sementara...
Kebanyakan hujung minggu berulang alik ke Putrajaya...
Lepastu ibu mereka pula berangan nak jadi student..
Jadinya setiap hujung minggu ibunya pulak pergi mengaji...

Redhalah wahai anak-anak ibu...
Dalam kehidupan ini tidak semuanya yang kita mahu kita akan dapat...
Jadi kehidupan kitani walaupun sederhana namun cukup rasanya...
Semoga tahun 2015 nanti kita akan lakukan sesuatu yang lebih hebat...
Anak ibu akan lebih rajin berusaha..
Walaupun tahun ini  anak ibu yang sorangtu turun kelas harap tahun depan akan dapat naik kelas...
Jom layan gambar kenangan tahun 2014 kami...
Harijadi Atikah yang dibuat tiga kali tahunni tapi semuapun kecil-kecilan...
Yangni dibuat bersama dengan sepupu di kampung...
Semoga Atikah jadi anak solehah... 
Sebab dah jarang tulis blog tak ucapkan tahniah untuk Adriana yang pakai tudung pink dibelakangtu..
Dia dapat keputusan 5A masa UPSR yang lepas... 
Moga dapat sekolah asrama seperti yang diidamkan... 
Ini kenangan kami balik kampung bawak Naufal...
Singgah di Teluk Intan, Lumut dan juga Kellie Castle...
Entri kenangan di Menara Condong klik di sini :-MENARA CONDONG TELUK INTAN
Entri kenangan dengan nuzium kapal perang klik di sini :-KD RAHMAT LUMUT
Entri kenangan di tempat yang terkenal klik di sini :- KELLIES CASTLE BATU GAJAH
Sempat juga singgah di sini jom klik :- MUZIUM GOPENG
Kenangan makan beramai-ramai di luar bersama sekeluarga yang akan dikenang sampai bila-bila..
Senyum Allahyarham bapak tercinta yang masih dalam ingatan...
Sebenarnya arwah bapak akak susah nak bergambar...
Tapi tahunni memang banyak gambar dia dalam folder kami adik beradik...
Tahunni memang buatkan hati akak sendu...
Kenangan berhari raya tahun ini...
Bergambar dengan moyang mereka...
Kenangan menjadi flower girl di majlis perkahwinan adik sepupu suami...
Kenangan mandi-mandi di Bukit Merah Laketown Resort...
Ada di sinipun kerana ada Hari Keluarga PTGS, pejabat suami...
Kami juga pergi ke Pustaka P Ramlee yang tidak jauh dari rumah nenek suami..
Ini juga kenangan yang tidak masuk blog lagi...
Gambar kenangan kami di Perpustakaan Raja Tun Uda...
Ini kisah cuti sekolah kami yang belum masuk blog...
Nanti ada masa akak akan buat juga nanti...
Kami pergi ketempat yang tidak jauh sangat dari rumah tapi tak pernah sampai-sampai...
Tempat menarik untuk bawak anak-anak kita mengisi masa lapang...
Entri kami boleh klik di sini :- FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Untuk akak pulak kenangan yang tidak kurang manisnya....
"Team Building" di Pulau Redang yang sangat menarik....
Boleh baca kisahnya, klik sahaja di sini :- TEAM BUILDING PULAU REDANG
Kalau boleh nak pergi ke sini lagi dengan keluarga...
Tahun ini juga akak ambil Diploma dalam Analisa Teknikal...
Walaupun sedikit payah nak jadi student tapi rasanya seronok juga...
Yang paling best kawan-kawan sekelas akak yang sangat banyak membantu...
Semoga ikatan persahabatan kita semua akan kekal selamanya...

~~~~~ SELAMAT DATANG 2015 ~~~~~

Comments

  1. selamat menyambut kedatang tahun baru 2015 zila

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru kak... ye tahun ini banyak ujian bt kita rakyat malaysia... tp setiap tahun banyak manis pahitnya kan kak...

    ReplyDelete
  3. semoga setiap yang dilalui menjadi kenangan yang abadi....
    dan semoga tahun depan membawa makna yang lebih mendalam buat kita semua...
    hepi new year sis...

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2015 kak.

    ReplyDelete
  5. happy new year kak....gud luck ye kak! caiyyyokkk =)

    ReplyDelete
  6. Kalau ditelek-telek, dikenang-kenang, banyak juga sebenarnya kenangan di 2014 ni. Saya pun begitu jugalah Cho. Rasa macam takda benda best pun berlaku last year tapi bila diimbau semula, banyak juga kenangannya. Jenis yang tak menghargailah ni :)

    Apa-apa pun, ia semuanya dah menjadi lipatan sejarah. Simpan elok-elok dalam memori ingatan kita yang semakin menginjak usia ni....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts