Nuffnang saya

Followers

Monday, December 29, 2014

Masak lemak paling mudahkan...

Ini cerita akak pasal memasak...
Nak cerita juga walaupun mungkin memalukan diri sendirikan...
Gini ceritanya...
Masa akak kecil dulu jarang ikut mak masuk dapur...
Ada gak dengar cerita anak jiran yang dah teror masak macam-macam..
Tapi akakni masuk dapur untuk kerja-kerja mudah...
Akak hanya tolong kupas bawang, tumbuk bawang, kukur kelapa (ada mesin kelapa tapi untuk sambal kelapa kena kukur baru sedap kata mak), basuh pinggan dan sebagainya...
Kerja masak mak akak memang tak bagi masuk dapur...
Katanya lambatkan kerjajer...
Tapi mak akak masakjer tang cuci periuk, kuali tetap akak yang buat..

Mak bapak akak tak pernah marah pulak...
Ada gak yang menyindir katanya pandai manapun anak perempuan mesti ke dapur jugak...
Bapak akak pula falsafahnya gini "bapak tiada harta lain untuk diberikan hanya mampu berikan pelajaran"...
Masa periksa mak akak memang langsung tak kacau kami mintak tolong dia...
Masuk asrama lagiler teruk langsung jarang masuk dapurkan...
Alkisahnya duduk rumah bujang masa lepas kerjapun semuapun makan di luar...

Ada juga masak sekali2 untuk adik beradik yang tinggal sekali..
Adik akak memang tak cerewet jadi sedap tak sedap semuapun diaorang bedal...
Apabila dah kahwin mulalah pening kepala...
Suami akak tak sama macam adik beradik akak...
Rupanya orang bandar mana sama cara makan orang kampung...
Masatu gelabah sangat pernah gulai kari seperiuk buang ke tong sampah...
Kenapa jadi gitu sebab akak tak pernah masak kari atau masak lemak..
Pada akak susah sangat masakantu... jangan pecah minyakler...
Isyh tah apa-apa macam susahjer...
Masak akak senang dan mudah masak taucu, gulai tempoyak, asam rebus...
Menu orang diet dan malasjer kekdahnya...
Sekali dah pandai masak lemak, isyh2 ni lagi mudah bebeno...
Camnerler boleh tak pandaikan...

Gulai lemak ketam kegemaran anak-anak....
Kalau kat kampung kami masak gulai lemak putih sahaja...
Ini paling mudahkan gulai lemak kobis...
Tapi kena ada lawan yang pedas baru bestkan...
Tangan Atikahtu suka sangat mengacau...

Secebis kisah dari akak...



11 comments:

  1. alahai sedapnya kakak tgk masak lemak ni

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi
    hari ini x berapa ada mood nak update
    mengenangkan rumah anum kena banjir

    ReplyDelete
  3. hehehe..teringat mase mula-mula kawin..abah punyer la risau sampai nak hntr ke kelas masak sebab anak dara dia tak penah memasak! :D

    ReplyDelete
  4. Kakak rasa ramai dari kalangan kita lepas belajar baru nak belajar masak.
    Kakak pun sama apa lagi atas-atas semuanya kakak-kakak, kita ni yg adik memang tak tahulah
    Masak lemak yg simple pun kalau dah kata tak tahu tak jadi Zila..
    Bila dah tahu alahai kacang aje kan:)

    ReplyDelete
  5. hahaha, sama kes lah kita
    penah buang goreng pisang sbb tak menjadi
    kulit tanggal dr pisang, huhu
    smpi skrg sy tak reti masak kari
    kalau gulai tempoyak tu pejam mata pun boleh, haha

    ReplyDelete
  6. DAh kawin otomatik tau masak...hehehe

    Sedapnya lemak ketam tu kak. Lemak kobis tu pon...dah lama tak buat.

    ReplyDelete
  7. masak lemak kobis best kalau lawan dengan sambal belacan :)

    ReplyDelete
  8. Alahai, penat taip komen tetiba hilang!

    Kalau fikirkan balik memang nak gelak bila teringat masa dulu, baru kahwin punya cerita. Saya pun samalah juga, Cho. Mana ada hati nak belajar memasak mahupun tolong emak dan kakak-kakak memasak di dapur dulu. Lebih baik rileks tengok TV. Lagi best!

    Lepas kahwin, lintang-pukang belajar memasak. Itu pun masa tu mana ada google resepi bagai. Buku resepi bertenggek kat dapur tapi malas nak refer time nak memasak tu. Saya dulu lagilah tak tahu apa punca lauk lemak tu warna kuning sampailah jari terkena kunyit. Barulah mentol keluar dalam kepala!

    Bagi saya paling susah masa tu nak goreng ayam/ikan dan juga masak gulai asam pedas. Entah apa-apa rasa yang keluar, tensionlah juga. Terus hilang mood nak mencuba sampai berjaya. Sekarang ni alhamdulillah, dah okeylah walaupun tak bolehlah nak masuk competition memasak. Harus kalah pulak nanti!

    ReplyDelete
  9. masak lemak mmg feberet alin..thorbaekk!!

    ReplyDelete
  10. Mudah kan masak lemak. Tak payah tumis2....hehehehe.

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang