Farm in the City Seri Kembangan

Sebelum habis cuti sekolah kita cerita tentang tempat menarik untuk dikunjungi
~ Farm in the City Seri Kembangan ~....
Untuk mengisi masa cuti sekolah yang berbaki dua minggu ini, jomlah ke sana...
Kanak-kanak mesti gembira kalau sampai sini Farm in the City(FITC)...
Bukanlah jauh sangat FITCni dengan rumah kami...
Cumanya kami yang tak penah sampai ke sini lagi...
Nak tau Farm in the Cityni kat mana??
Jalan Prima Tropika Barat
Bandar Putra Permai
Seri Kembangan
Datanglah sendiri untuk merasai keseronokan dunia kanak-kanak...
Senang nak cari kalau dah jumpa Giant Seri Kembangan..
Tempatni di belakang Giant sahaja...
Chewah korang tengoklah promoter tak berbayarni...
Untuk entri kali ini gambo banyak sangat jadi bertabahlah menengoknya...

Jom kita tengok keriangan dua beradik yang datang ke sini...
Inilah tempat yang dinamakan Smartheart Kids' Adventure....
Moh kita masuk dalam apa yang ada...
Mesti jumpa kura-kura gergasini dulu...
Jangan pandang atas...
Terkejut tengok ular punyalah besar....
Atastu cermin rasa cam ular dah nak sampai kepala kita...
Akak nak ambik gambarpun rasa geli...
Rasa macam dikampung tak??
Macam-macam tanaman ada di sini, kata farm kan...
Ada peluang bagi burung makan...
Kembang hati Atikah dapat buat semuani...
Cantiknyerlah aih burung meraktu..
Betoiker burung merak...
Muka anak akak yang tak berapa nak senyum...
Nampak tak kesungguhan Azalia di sini...
Dapat juga dia tangkap seekor ikan..
Bangga kemain tapi kena lepaskan...
Janganlah bawak balik pula...
Longkang ikan ini memagari 'Pet Village'
Budak dua orangni duduk paling lama di sini...
Atikah sedang mencuba bermesra dengan arnab..
Azalia macam ibu dia duduk jauh-jauh..
Penakut amat camnerler boleh pergi tempatni...

Oleh kerana banyak lagi gambar akak sambung entri akan datang..
Jadi dapatlah buat entri yang banyak sikit ....
Berseri sikit blog akakni..

Masa untuk melawat juga harus diketahui wahai kawan-kawan :-

Monday : 10am till 6pm
Wednesday - Friday : 10am till 6pm
Saturday, Sunday, : 9.30am till 6pm
School/Public Holidays


Ok untuk yang rasa nak pergi sini harga tiket adalah seperti di bawah..
~ ini untuk pemegang MyCard
Dewasa RM30, Kanak-kanak dan warga emas RM25
Khas untuk MD kawan blogger akak tersayang lain harga untuk HD ok...
Dewasa RM48... 

Untuk Pakej sefamili seperti gambar di bawah...

Berbaloi ker tak harga tiket yang dibayar...
Ehm tempatni best ataupun tidak??
Ini semua bergantung pada minat anak-anak kita..
Ramai yang akak tengok mak bapak yang lebih macam akakni ha...
Tapi anak dia buat dunnojer...
Nasibler Atikah ada sifat sayang binatang sikit..
Kot idak rugiler masuk sebab tak nak pegang, takut nak bagi binatang makan..
Tapi kalau rasa nak pupuk sayang binatang apalah salahnya bawa ke sini..
Namun dimestikan mak bapaknya tak penakut macam akakni...
Sebab tempatni bukanlah besar sangat pusing tangtu jer...
Jadi pada yang ada minat mungkin boleh sampai 2 jam...
Pada yang tiada minat setengah jam dah habis semua...
Tempatni macam Lost World Petting Zoo di Sunway Lost World of Tambun...
Cuma di sini mungkin lebih banyak lagi binatangnya..
Yang penting tempatni sejuk dan redup tak panas...
Lagi penting nak bagi makan binatangtu tak perlu dibayar...
Semuanya dah termasuk dalam tiket...

Sebenarnya akak ada entri cuti ditempat lain masa cuti sekolah...
Tapi akak masukkan dulu cerita di Farm in the city ini terlebih dahulu..
Nanti dah habis cuti sekolah macam tak seronok pulak...
Tunggu banyak lagi cerita yang akan menyusul...


Comments

  1. Wah....kakcik tak tahu pun tentang kewujudan tempat ini... :)

    ReplyDelete
  2. Oh tempat ni kalau kat air hitam batu pahat pun ada, namanya apa ek saya lupa, tapi cam farm in the city ni la..Cuma tempat saya pegi tu takde ular..Ular betul ke atau tak yang kat dalam cermin tu, kalau saya confirm taknak lalu kat situ huhu

    ReplyDelete
  3. Mmg menariklah tmpat ni. Kat sana best..sbb byk tmpat blh bawa ank hiburkan hati time bcuti.. xperlu cuti jauh2 pom dah OK

    ReplyDelete
  4. selamat pagi... singgah pagi isnin

    ReplyDelete
  5. Kakak rasa kalau kakak dpt peluang ke sini pun kakak suka Zila usah kata anak-anak.
    Nampak tempatnya mendamaikan tak panas.

    ReplyDelete
  6. best jgk nih kak... blh try lah pg ke sana... si aiyan pun boleh la kenal2 binatang sebenar...selalu nengok katun je

    ReplyDelete
  7. Anak sy dah pegi dgn trip sekolah awal tahun ritu.

    ReplyDelete
  8. Bestnya dah sampai sini. Rasa mcm nak gi jugak.

    ReplyDelete
  9. wahhh..nampak menarik la tempat ni..tapi tu la, kami ni time weekend mmg bz skit..anak2 mmg suka tempat2 gini..kena cari masa jugaklah nnt..

    ReplyDelete
  10. Eh seri kembangan jer??? Waa.. boleh la pergi lepas ni huhuhuu.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts