Muzium Gopeng

Seronok pulak baca komen kawan-kawan pasal resipi akak..
Hanya resipi kegemaran keluarga tentulah untuk dikongsikan bersama...
Esok nak balik kampung sebabnya hati tak keruan teringatkan bapak yang masih di wad..
Tak dapat nak balik harini sebab esok anak-anak ada sukaneka..
Kesian pulak dah berlatih berbulan-bulan...
Dah berangan nak dapat medal , kalau dapat bekas air bolehler kata nanti ibu belikan...
Ini medaltu hanya dapat kalau datang ke sukaneka...
Harap dipermudahkan perjalanan kami esok...
Semoga bapak akak dapat keluar hospital secepat mungkin...

Kisah balik kampung akak dua minggu sudahpun belum sempat habis...
Kemanakah arah tujuan kami sebelum masuk ke lebuhraya PLUS?
Selepas berpeluh ketiak di Kellie's Castle kita singgah ke pekan Gopeng..
Tempat dituju adalah Heritage House Muzium Gopeng...
Terima kasih untuk Dr Singa yang ceritakan pada blog dia...
Akak memang suka baca blog Dr Singa yang hampir sama kesukaan akak ...
Tempat yang dia pergi selalunya jadi tempat yang akak teringin akak nak pergi..
Jom tengok gambar yang sempat akak ambil gunakan 'handphone'jer.
Tidak secantik mana sebab kamera akak kan dah hilang bersama beg tangan yang diragut...
Apalagi jomler tengok.... silakan masuk....
"Bangunan Rindu Masa Lampau" = Heritage House
Kawan sepejabat alih bahasa...
Kebanyakan dari isi dalam memang penuh dengan kebudayaan cina... 
Cantikjer biliknyer tau.. 
Bilikni memang cantik tapi gambar banyak tak menjadi... 
Ni muncung pasal apa dah tak ingat dah...
Di bawahtu ada mini taman yang sangat comel...
Ini ruang rehat best juga....
Macam motor bapak akak dulu-dulujer...
Bolehlah tinggalkan ucapan untuk kenangan... 
Masuk percuma tapi disediakan kotak derma untuk yang sudi....
Suka gambarni.. macam betul-betul lakkan... 
Tapi masatu cuaca memang panas terik... 
Nasib gak diaorang nak melayan ibunya...
Naufal dah tak kuasa nak keluar bergambar... 
Inilah dua gambar grafiti yang akak sempat nak ambil...
Bila nak suruh yang lain ibunyapun dah tak larat...
Tapi tak per nanti kalau kita balik kampung lagi bolehjer singgah sini....

Kalau dah singgah Kellie's Castle boleh juga singgah ke Pekan Gopengni melawat Muzium Gopeng dan bergambar dengan gambar grafiti yang tidak kurang menariknya di sini.. Rupanya di Malaysiani hatta di Perak sekalipun banyak tempat yang menarik untuk dilawati yang akak tidak tahu...

"SELAMAT BERHUJUNG MINGGU"...

Comments

  1. Cantiklah Zila .. gambar 3D tu macam real :)

    ReplyDelete
  2. zila. dah lalu gopeng, harus singgah waterfall ulu geruntum (kawasan org asli). saya pun kes terjumpa tak di sangka. laluan masuk sebelah gerbang gaharu tea valley. masha Allah...indahnya. memang banyak tempat kat perak kena xplore. byk tak tau

    ReplyDelete
  3. Byk jugak tempat menarik di TAiping ni rupanya...termasuk lah Tasik dan Zoo Taiping kan kak..kalau nk ke sana perlu cari hotel lah..stay 1 mlm pastu baru buat siri jelajah tepeng

    ReplyDelete
  4. best jugak jalan2 kat muzium
    dah lama saya tak balik perak hurmm :)

    ReplyDelete
  5. Pergi mana 2 dengan anak-anak memang merupakan masa yang cukup berharga kan kak... tak tetfikir pulak nak bawak anak wa gi muzium..

    ReplyDelete
  6. Bagusnya ada muzium mcm nie....kat perak byk tmp2 yg menarik utk di lawati yg kita pun tak tahu :D

    ReplyDelete
  7. he..
    :)
    saya pun dapat banyak idea berjalan-jalan dari blog awak..
    mekasih ..

    amacam..
    air terjun ulu geruntum nampak macam best..
    ladang teh gaharu tu saya tak sempat lawat hari tu.. tu pun best ..

    graffiti yang lain dekat-dekat situ je..
    sekeliling jalan tu je..
    sepuluh dua puluh tapak je,,
    cuma yang makcik jual derian tu jauh sikit dekat pasar..

    ReplyDelete
  8. menarik la.
    moto klasik tu.
    blom pernah sampai lagi ke sini

    ReplyDelete
  9. Saya baca pasal Muzium ni dari blog lain rasanya. Bila nampak wallpaper kat KLIA2 tu, terus excited suruh si Abang bergambar. Maklumlah Gopeng pun tak sampai lagi. Saya ni lagi teruk dari Cho, nama je Malaysian. Banyak tempat tak pernah sampai pun!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts