Tempat Menarik lawatan ke Taiping

Taiping Bandar Warisan.. Kira-kira 31 bahan sejarah pertama bermula di bandar ini sesuai dengan namanya Taiping Bandar Warisan.  Sumber dari Kosmo Online... "Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan tidak boleh dipertikaikan lagi apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan rekod 31 perkara yang terdapat di sana merupakan yang tertua di Malaysia."

Jadi di sini hasil kajian di google dan juga pengalaman akak sendiri jom kita tengok tempat menarik untuk dilawati kalau pergi ke Taiping...

1) Taman Tasik Taiping 

Jom layan perasaan di Taman Tasik yang aman damaini dan pemandangannya yang sangat menarik. Seronok dapat berkelah bersama keluarga di sini dengan cuacanya yang sangat nyaman. Seronoknya dapat menghirup udara yang bersih. Banyak juga filem yang menjalankan penggambaran di sini .. Malah dulu ungkapan From Taiping With Love menjadi fenomena... Sebenarnya di kawasan Taman Tasik Taipingni ada macam-macam tarikan untuk kita nikmati.. Umpamanya Taiping Equine yang ada menyediakan aktiviti menunggang kuda. Kalau nak meronda di Taman Tasik juga akan kelihatan deretan kubur yang sangat tersusun terletaknya 'Taiping War Cemetery". Di sini juga terletaknya satu air terjun dengan kemudahan asas untuk orang ramai iaitu "Burmese Pool Waterfall". Ha lagi satu sebelum naik Bukit Larut misalnya kita boleh singgah ke kolam renang awam pertama di Malaysia iaitu Coronation Pool yang terletak berhampiran dengan kaki bukit Larut tempat untuk menunggu jip naik ke Bukit Larut..
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan taman tasik di bandar Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar. (sumber :: Wikipedia)
Kami pernah berkelah di Taman Tasik Taiping tahun 2009 .... 

2) Zoo Taiping dan Night Safari

Kalau ada anak kecil dan punyai masa yang panjang apa salahnya berkunjung ke Zoo Taiping untuk mendekatkan kita kepada alam semulajadi.
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill).Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.(Sumber :::: Majlis Perbandaran Taiping)
Melihat haiwan di waktu siang tentulah tidak sama dengan waktu malam.. Ini merupakan pengalaman baru yang harus kita alami.  Masani kita boleh melihat haiwan yang sangat aktif diwaktu malam. Kami pernah sampai sini, jom baca blog akak untuk catatan night safari zoo Taiping
Tahukah Anda?


Night Safari merupakan zoo ke-3 di dunia yang dibuka pada waktu malam selepas zoo di China dan Singapura. (Sumber ::: Majlis Perbandaran Taiping)
Mengunjungi Night Safari pada tahun 2011

3) Bukit Larut

Dah sampai ke Taman Tasik tak salah rasanya kalau naik ke Bukit Larut.  Satu pengalaman menarik untuk sampai ke puncak sana dengan menaiki jip.. Tiba di puncak sana pula dapat menikmati pemandangan indah memang menakjubkan.. Sesuai untuk pencinta alam dan kalau tak penah sampai sini harus pergi.. Jom baca entri akak pasal  BUKIT LARUT
Bukit Larut atau Bukit Maxwell di Taiping, Perak adalah pusat peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. Nama bukit itu sempena residen British, George Maxwell yang bertugas di kawasan itu pada 1880. Kawasan ini adalah lokasi paling lembap di Malaysia. (sumber :: My Metro)
Percaya tak sejuk di atas puncakni... 
4) Muzium Perak
Mesti singgah sini untuk mempelajari sesuatu tentang sejarah ..
Muzium PerakTaiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.
Melawat Muzium Perak entah untuk keberapa kalinya... 
6) Pekan Taiping


Jangan lupa dengan Pekan Taiping yang sudahpun jadi bandar. Bangunan yang sangat lama jadi bolehler kita rasa macam melancong ke luar negara kerana ketara sentuhan Inggerisnya. Sumber dari Majlis Perbandaran Taiping :-
Bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai di mana senibinanya adalah dari pengaruh Inggeris. Terdapat 83 rumah kedai dan 34 bangunan-bangunan awam di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda tempat yang penting di Taiping. 


Malahan menurut pendapat umum, pekan Taiping sudah pun muncul dengan bangunan-bangunan dan rumah-rumah batu sedangkan ketika itu Kuala Lumpur masih lagi dipenuhi rumah-rumah usang seperti bangsal. Rekabentuk kedai-kedai serta bangunan-bangunan kerajaan masih kelihatan utuh dan menarik di mana pengunjung dapat merasai nostalgia zaman kegemilangan Taiping melalui bangunan-bangunan sejarah ini. 
Paling penting banyak perkara yang pertama berlaku di pekan Taiping ini, contoh stesen keretapi pertama di Malaysia.  Jadi jika mencintai sejarah Taiping adalah tempat yang sesuai...  

7) Muzium Sejarah Matang

Dua kali makan di Mi Udang Mak Jah hanya lalu sahaja di Muzium ini .. jadi akak belum lagi sampai ke sini. Mungkin suatu hari nanti pasti akan dapat juga kami merasai pengalaman di Muzium Sejarah Matang ini pula... 
Muzium Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Muzium ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja. (Sumber ::: Jabatan Muzium Negara) 
Jom baca blog ini  yang boleh bagi info lebih dalam :- MUZIUM MATANG

8) Hutan Eko Pendidikan Paya Larut Matang

Walaupun dah berapa kali ke Taiping akak juga tidak pernah lagi sampai ke sini. Nampak macam menarik tertarik tapi mungkin sebab ikut adik akak yang kurang berminat dengan alam sekitar jadi tak sampailah kami ke sini...
Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.

Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.  
Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies. jom melancong
Cantikkan keindahan alam ciptaan Illahi ini... 

Jangan risau ada penginapan juga disini..Sumber dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang terletak daerah Matang, Perak. Kemudahan lain yang terdapat di hutan lipur ini adalah pondok rehat, tapak perkhemahan, chalet, jeti bot, dan tandas. . 
9) Kuala Sepetang

Pekan Kuala Sepetangnipun akak tak pernah sampai lagi. Lawatan ke Taiping pada tahun lepas ingat nak singgah sini tapi kesuntukan masa jadi di tangguhkan untuk percutian Taiping masa akan datang...
KUALA Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Tapak stesen kereta api terawal negara itu juga sinonim dengan kelazatan mi udang.
Namun, ada satu perkara yang mungkin tidak diketahui ramai tentang mukim yang terletak di daerah Larut, Matang dan Selama itu. Ia juga sebenarnya terkenal dengan industri kayu arang.(sumber : Kosmo Online)
Ada lagi tarikan di Kuala Sepetang yang harus kita cuba
-Menaiki bot dan melakukan aktiviti nelayan memancing,menangkul kerang,melihat burung
-Menjelahi sungai(river cruise)sekitar Kg nelayan
-Melihat kelip-kelip jam 0800 mlm ke atas
-Lawatan ke Kilang Arang
-Lawatan ke Pusat Pendidikan Hutang Paya Laut Matang
Jom baca pengalaman blogger kita di kilang arang... http://janggeltrekking2.blogspot.com/2013/02/agro-pelancongan-melawat-ke-kilang.html. Baca juga kisah blogger yang banyak menulis tentang tempat menarik

10) Kuala Gula 

Kuala Gula sangat terkenal dengan aktiviti mengintai burung 'bird watching'.Akak tengok dalam tv memang menarik sesangat.. Kalau ada kesempatan memang kena tinggal semalam di sana.. Khabarnya ketam lembut menjadi menu yang menjadi tarikan kepada peminat jalan jalan cari makan.. Jom baca blog kawan kitani Keunikan Kuala Gula .Juga boleh baca blog yang ini  kuala-gula-tempat-pelancongan-menarik dan tempat-makan-best-kuala-gula-perak .

11) Pulau Kalumpang

Tempat ini hasil dari pencarian di google.. Memang tak pernah tahupun walaupun akak orang Perak.. Rasa macam banyaknya tempat di Malaysiani sebenarnya akak tak pernah sampai...
Pulau Kalumpang telah diistiharkan sebagai kawasan bersejarah kerana terdapat artifak yang berusia lebih 1000 tahun telah dijumpai di sini. Diantara artifak yang dijumpai di tapak pra sejarah ini ialah tengkorak dan rangka manusia, periuk belanga, kubur, manic-manik dan sebagainya. Terdapat sejumlah besar kulit kerang terdapat di sini. Ahli arkeologi percaya kawasan ini pernah didiami oleh masyarakat Melayu Proto. Tapak arkeologi ini dikatakan amat penting kerana ia merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara. (sumber ::: blog-perak, blogspot)
12) Pantai Ban Pecah Tanjung Piandang

Ini pulak hasil pencarian di Google yang akak tak sempat nak pergi. Akak tak pernah tahupun kewujudan tempat ini walaupun orang negeri Perak...

SUMBER : INFO BAN PECAH
Ban Pecah menyajikan  pemandangai tepian laut yang luas terbentang. Dataran Ban Pecah  ini dari Kuala Kurau Hingga ke Tanjung Piandang yang mana kawasan ini menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu untuk memancing dan bersantai bersama keluarga. Disini turut terkenal dengan Mee Udang, laksa udang lipan dan Mee Berasap.
Nama Ban Pecah ini di ambil sempena suatu tragedi yang mana ban atau benteng yg memisahkan laut dan kawasan penduduk telah pecah. Keadaan ini menyebabkan seluruh kampung itu di tenggelami air. Kini kesan kampung yang di tenggelami itu masih boleh lagi di lihat apabila air laut surut.

Gambar dari PHOTOMALAYSIA.COM
Cantikkan tapi kena bawak kamera mahaller kot... 

13) Bukit Merah Theme Park dan Pulau Orang Utan 

Kepada yang sukakan taman tema tidak salah untuk berkunjung ke sini. Anak-anak tentu sekali gembira bermain di taman tema yang agak luas ini..  Ada hotel dan apartment untuk disewa disini untuk kita bermalam di sini...  Yang paling menarik sebenarnya di sini ialah ada satu Pulau istimewa memelihara orang utan. Tidak perlu untuk pergi jauh-jauh untuk bermesra dengan orang utan..
Pelan pemeliharaan Orang Utan di Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dibangunkan sejak tahun 2000. Spesies itu mampu hidup di luar kepulauan Borneo yang menjadi habitat asalnya. MK Land menubuhkan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) bagi menyediakan dana penyelidikan dan pembangunan orang utan.
Orang utan ini akan dipindahkan pula ke 'Pulau BJ' dengan bantuan penyelidik Orang Utan dari Universiti KyotoJepun bagi memantau pelepasan spesies terbabit di pulau seluas 5.6 hektar itu.
14) Pasar Kemboja

Pasar Kembojani sebenarnya terletak di Parit Buntar dan pasar itu memang terletak antara sempadan negeri Perak dan Pulau Pinang. Masa kami pergi tahun lepas rupanya pasar Kemboja telah menukar hari operasinya dari hari jumaat dan isnin kepada hanya hari sabtu.. Apo nak dikata!!.. Kata orang yang biasa berkunjung ke sini Pasar Kembojani memang tempat menarik untuk mereka yang suka membeli belah... Bestnyer kalau dapat pergi jom baca ulasan dari kawan blogger kita...
Tapak perniagaan Pasar Kemboja hakikatnya bukanlah kawasan tanah lapang, padang atau laluan jalan yang ditutup secara khusus. Pasar Kemboja yang sudah berusia melebihi satu dekad itu pada asalnya bermula secara kecil-kecilan sebagai tempat pertemuan antara pemborong Kemboja dengan peniaga pasar malam di kawasan utara semenanjung. Mereka menyewa tapak laman hadapan rumah penduduk tempatan.

Seorang pengunjung yang ditemui mengatakan bahawa dia tidak perlu ke Vietnam untuk mendapatkan kain pasang atau ke Bandung untuk membeli telekung sulam kerana di Pasar Kemboja semuanya sudah ada. Malah, harga yang ditawarkan lebih murah. Berita seperti itulah yang menjadi buah mulut yang tersebar hingga warga Kuala Lumpur sanggup turun ke Parit Buntar. ( Sumber :: CIKGUAHARROZDI)
15) Batu Kurau

Batu Kurau memang terkenal dengan durian yang bermutu.. sebut durian Batu Kurau memang dijamin sedap dan bermutu.. Kenalah tunggu musim durian baru kita berkunjung ke sini pulakkan.. Air Terjun Sempenehpun terkenal di sini, lepas makan durian bolehler berendam.. Lagi satu akakpun pernah tengok di tv yang satu tempat menjadi tempat tumpuan pemancing ikan Kurau Stone Fishing & Highland. Akak tak pernah sampai lagi jadi tak boleh komen lebih-lebih tapi membaca dari blog kawan-kawanpun dah buatkan akak teruja untuk sampai ke sini... 

16) Pasar Sabtu Changkat Jering

Kalau kita dari lebuh raya PLUS kita akan terjumpa pasarni.. Dulu masa akak kecik pasar sabtu di sini sangat terkenal sebab atuk akak sanggup bermotorsikal dari Bota Kiri untuk kesini mencari barang dapur dan makanan yang sedap-sedap. Kuih kegemaran atuk akak ialah pulut panggang... alah nostalgia.. Akakpun dulu ada juga berkunjung ke sini kalau datang melawat adik akak yang belajar di SERATAS.. 
Sudah lama aku tak berkunjung ke Pasar Minggu Changkat Jering Taiping ini. Ianya menjadi nolstagia kepada ramai orang. Emak aku sendiri semasa remajanya sanggup menyimpan sedikit wang dari upah menanam padi sebagai tambang bas dari Batu Kurau untuk ke pasar ini yang jauhnya hampir 50 km. Manakala aruah datuk aku dulu pula sanggup berbasikal dari Batu Kurau untuk ke Air Kuning berjumpa rakannya seorang Guru Silat di sana dan selepas itu pasti mengujungi pasar ini sebelum mengayuh semula basikalnya pulang ke Batu Kurau pada hari yang sama. (Sumber ::: ORANGKECILORANG BESAR)
Nampak tak betapa nostalgianya Pasar Sabtu di Changkat Jering kepada orang Taiping  dan penduduk Perak.. Akakpun dah lama tak berkunjung ke sini tidak taulah samada kemeriahan suatu masa dulu masih ada di sini....

17) Jalan Jalan Cari Makan

Inilah yang paling seronok kalau kita pergi bercuti , merasai keistimewaan makanan di satu-satu tempat... Taiping pada akak memang tempat yang seronok untuk jalan-jalan cari makan.. Memang banyak yang istimewa di Taiping, enak, bermutu dan berbaloi. 

a) Doli Kuey Teow Goreng
b) Medan Selera Belakang Bomba
~ Yong Tau Fu & ABC...
c) Cendul
~Bismillah dan Ansari dekat Sekolah St George
d) Restoran Yut Sun Jalan Pasar
e) Pasar Larut Matang
~ Pohpiah Ella, Pohpiah Omar
~ Kadir Pasembor
~ Mi Combat, ais kacang istimewa
g) Restoran Koboi Simpang
h) Selera Malam Kamunting
i) Restoran Asam Pedas Kamunting
j) Sebelah Petronas Kamunting
~ Bihun sup dan sate
k) Restoran Ikan Semilang
~ Matang Gelugor
~ Ban Pecah
~ Pekan Matang
l) Restoran JS Muara
~ ketam lembut dan ikan semilang
m) Mi Udang
~Mak Jah, Mak Teh Kuala Sepetang
~Salleh Stall Port Weld
~Pak Su Changkat Jering

Jadi pergi ke Taiping memang banyak tempat boleh diterokai. Inginkan ketenangan dan keindahan semulajadi Taiping adalah pilihan terbaik... Catatan panjang sikit sebab nanti kalau akak pergi lagi ke Taiping senang akak nak pergi mana yang berkenan di hati...

Comments

  1. bestnya Taiping nie...segalanya ada, utk yg tua..muda..dan kanak2,semua sesuai..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Nostalgia belaka semua tmpt tu...info mnarik ni kak...

    ReplyDelete
  4. Wowow...byk nyer tempat menarik di Taiping ni akak...ishh..bila agak nya boleh singgah ke sana nih

    ReplyDelete
  5. Tak cukup 3 hari 2 malam kalau nak melawat Taiping ni CZ...hehe

    ReplyDelete
  6. pasar kemboja tu tak pernah tahu la pulak kak

    lamanya x singgah sini.
    akak sihat?

    ReplyDelete
  7. byk rupanya tpt yg blh dilawati kat taiping ni ... satu hari mcm x cukup jer .

    ReplyDelete
  8. banyak info psl taiping... bile lah dana dpt ke sana... tak la jauh sgt tp asik la tak jd... best2... mcm2 yg menarik ada

    ReplyDelete
  9. Taiping mmg tak menjemukan kan...
    Taman Tasik nya...
    Lagipun, jiwa saya dekat dgn Taiping sebab masa Form 4-5 saya sekolah kat situ..
    Pantai Ban Pecah tu mmg cantik...tapi saya sendiri tak pernah sampai, samalah, tgk kat Google aja...hihih

    ReplyDelete
  10. teringin nk pegi bkt larutttt

    ReplyDelete
  11. Ya Allah teringin sangat nak pi taiping ni
    sedara mara arwah mak pun ada lagi kat sana
    rindu

    ReplyDelete
  12. last berkelah di taman tasik tepen thn 2012
    night safari pergi tahun 2006
    yang lain blom pernah pergi.
    kuala sepetang pergi makan mee udang je. hiji.itupon ke kedai makteh.

    ReplyDelete
  13. Boleh rujuk kat sini jer bagi sesiapa yg nk ker Taiping ... Mudah ... Banyak info ...

    ReplyDelete

  14. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  15. Assalam .
    Siapa je yang tak suka makan luar ? Jom saya sharekan tempat makan yang menarik yang anda semua boleh cuba .Cuba jangan tak cuba ya hehe .Kalau ada tempat makan yang anda rasa menarik juga , jangan segan segan share ya :) Orang orang Pahang dialu alukan untuk share tempat makan yang menarik .Hehe 5 Tempat Makan Menarik yang Wajib Anda Pergi !!.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts