Nuffnang saya

Followers

Friday, June 27, 2014

Bercuti di Perak pun menarik

Masih ada satu lagi entri untuk cuti-cuti balik kampung akak 3 minggu yang sudah...
Kenangan indah kami seisi keluarga sebelum bapak meninggal dunia...
Sebenarnya payah kami adik beradik berkumpul dalam satu masa kecuali hari raya...
Kadang hari raya juga tidak dapat dikumpulkan semua ahli keluarga...
Namun ketentuan Allah itu pasti kali ini tanpa dirancang semua adik-adik akakpun balik kampung...

(Ayat di bawah akak tulis sebelum balik kampung melawat bapak akak di hospital...
Al-Fatihah untuk arwah bapak)
Bercuti atau melancong memang sudah jadi trend masa kini..
Bagi yang ada duit lebih tentulah melancong ke luar negara menjadi pilihan..
Pilihan akak yang suka ambil gambar anak-anak sebagai kenangan hanya yang dekat-dekat...
Lagipun cuti sekolah yang lepas dengan kekangan masa dan kewangan hanya dapat balik kampung..
Nasib juga ada balik kampung kata Atikah anak akak...
Kawan-kawan dia lagi kasihan bila cikgu bertanya ramai yang hanya duduk rumah sahaja...
Jadilah anak yang bersyukur, sekurang-kurangnya kita dapat balik berjumpa dengan opah dan atuk...
Sambil itu dapat juga singgah tempat yang menarik di negeri Perak...
(Ayat yang akak tulis sebelum balik kampung melawat bapak akak di hospital... Al-Fatihah untuk arwah bapak)

Berbalik pada tajuk di atas "Bercuti di Perak pun menarik" jom kita tengok gambar dulu....
Sebenarnya ini hanya kisah balik kampung kami 3 minggu sudah bukanlah keseluruhan negeri Perak.

Percutian bajet akak dengan memulakan perjalanan ikut Kuala Selangor-Sabak Bernam-Lumut...
Mesti keluar seawal pagi dan singgahlah di kedai makan sepanjang jalan kampung...
Boleh singgah pekan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam...
Teruskan perjalanan ke arah Teluk Intan untuk melihat MENARA CONDONG..
Selain dari Menara Condong, ada lagi tempat menarik untuk dilawati di Teluk Intan...
Antaranya ialah Batu Bertenggek, Beting Beras Basah dan Jeti Bagan Datoh
(SUMBER :: Majlis Perbandaran Teluk Intan )
Di Teluk Intan juga ada kedai makan yang terkenal seperti Rojak Mastan Ghani dan Kedai Gulam Rasul..
Boleh tengok di sini :-SENARAI KEDAI MAKANAN POPULAR DI TELUK INTAN..

Kita teruskan perjalanan ke Lumut pulak...
Tempat perlancongan negeri Perak tidak boleh dipisahkan dengan Lumut...
Apa ada di Lumut selain dari jeti untuk ke Pulau Pangkor...
Yang paling ketara ialah banyak kedai menjual hasil laut tanpa perlu ke Pangkorpun...
Boleh juga bergambar di Lumut Waterfront yang indah...
Mesti melawat MUZIUM KAPAL PERANG LUMUT untuk merasai sendiri suasana kapal perang...
Jeti untuk ke Pangkor selain di Lumut kini terdapat jeti alternatif di  Marina Island Pangkor...
Marina Island Pangkorni merupakan pulau buatan yamg terletak dekat dengan Pangkalan TLDM...
Boleh baca kisah akak di MARINA ISLAND PANGKOR ...
Sebenarnya banyak lagi ada di Lumut dan Sri Manjung yang memerlukan masa lebih panjang lagi...
Nanti ada masa akak akan cerita pasal tempat menarik di Daerah Manjung ini....

Akak haritu sempat melawat MUZIUM KAPAL PERANG LUMUT dan singgah membeli makanan laut...
Lepastu terus balik ke kampung halaman akak di Bota Kiri...
Sempat makan malam di IKAN BAKAR D'MUARA LEKIR juga di daerah Manjung...

Perjalanan balik kami memilih untuk mengikut Lebuh Raya PLUS...
Singgah sebentar ke KELLIE'S CASTLE yang terkenal itu...
Kalau pergi ke Lumut jangan lupa singgah ke sini...
Memang menarik untuk yang suka mengambil gambar...
Lepastu bolehler singgah ke MUZIUM GOPENG di Pekan Gopeng...
Dan boleh bergambar dengan gambar grafiti di sana ....

Cuti sekolah lambat lagi dan sekarangni dah nak masuk Ramadhan...
Syawal juga orang berhenti dari berjalan cuti-cuti....
Entri ini hanya untuk kenangan akak sekeluarga, terima kasih kerana masih sudi membaca.....

9 comments:

  1. dah smpi yerr kat cni
    nureen jer belum.. asben smpi pon sbb join jamboree... dlm negara kita pon dh sronok cuti2 m'sia ni kan hehehe

    ReplyDelete
  2. saya bangga jadi anak perak hehe ;)

    ReplyDelete
  3. ooo, cho org bote kiri ye.
    cik abe sya org kuale.penah skali je blk kuale ikut jln kuala selangor.syoknya jga nengok pemandangan di kg..

    perak mmg byk tmpt utk dilawati.

    ReplyDelete
  4. Rasanya suatu hari nak jalan2 macam tu jugak bila balik Bota Kiri, boleh rujuk sini nanti. Biasanya balik asyik berkejar masa ja.

    Mak mertau pun baru meninggal bulan lepas sekarang kalau balik pon jengah kakak2 ipar jelah terutama kakak ipar yang duduk di Kampung Ekor, dah 70 lebih, uzur jugak.

    ReplyDelete
  5. info yang bagus nih kak~
    lepas nih kalo ade plan nak ke perak.. boleh terjah blog akak utk dptkan info.. thanks kak~

    ReplyDelete
  6. sis suka dgn alam semulajadi di perak cam hutan belum dan air panas ...

    ReplyDelete
  7. Kalau ikutkan entri Cho ni, banyak info yang saya dapat. Sebelum puasa hari tu, ajak HD jalan-jalan. Entah kenapa nak ke Lumut. Bila ditanya ada apa, saya jawab tak tahu, nanti saya google. Rupanya ada juga tempat menarik nak singgah di Lumut ni yek!

    ReplyDelete
  8. Bagus entry nie, banyak info utk mereka yg nak ke sana ...

    ReplyDelete
  9. sy tingin nk ke pulau pangkor...sbb lom penah smpi lg

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang