Muzium Kapal Perang KD Rahmat Lumut

Akak nak cepatkan entri balik kampung akakni...
Kebetulan ada masa pulak untuk menulis...
Destinasi kami selepas Teluk Intan pergi ke Daerah Manjung..
Lepas singgah di Billion Manjung kami terus ke Lumut..
Tujuan utama adalah melawat Muzium Kapal  Perang KD Rahmat...
Kami anak beranakpun belum lagi pernah sampai ke sini...
Akak baru tahu masa balik bulan Mac yang lepas...
Padahal masa cari digoogle ada yang dah sampai sini tahun 2011 lagi...

Akak baca dari sini BERITA HARIAN untuk tambahkan pengetahuan..
KD Rahmat sebelum ini di kenali sebagai KD Hang Jebat adalah kapat firgat ringan seberat 2300 tan...
Kapal itu adalah kapal perang TLDM yang lengkapi dengan sistem antiudara iaitu Sea Cat...
Kini kapal tersebut menjadi tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Lumut...
Sekiranya berkunjung ke Lumut jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini... 
Kalau nak tahu Muzium Kapal Perang ini terletak di Taman Esplanade Lumut...

Gambar banyak jadi korang tengokler aksi tiga bersepupuni..
Nun di sanalah muziumnyer....
Pengalaman indah untuk melawat kapal perang dan juga muzium...
Tak sabar dah budak tiga orangni...
Ini dah macam iklan apalah pulakkan... 
Bergambar di sinipun cantik juga...
Masing-masing kepanasan... 
Seronok tak kalau korang dapat sini... 
Mungkin suatu hari nanti akan jadi pegawai TLDM.... 
 Kita boleh buat kapal ni macam kita yang punya..
Setiap bahagian dibenarkan masuk..
Turun ke bawahtu ada tempat tidur tentera...
Akakni ada sikit fobia tempat sempit dan tertutup..
Jalan laju-laju nak keluar cari udara... 
Jadi gambar dalam perut kapal ini tak berapa ada.... 
Lega dapat keluar ambil udara... 
Seronokkan boleh berangan cam bawak kapal perang pulak... 
Anak-anak gembira berada di sini...
Berpeluh jugaklah turun naik tangga masa melawattu..
Akak tak boleh duduk lama dalam kapal jadi gambar banyak diluar... 
Layankanjerler mak budakpun teringin nak bergambar juga.. 
Budak2ni punyalah takut nak jalan di jetini... 
eh panggil jetiker.. hantamjerler...
Bayaran masuk yang dikenakan untuk melawat muzium ini... 
Masa kami pergi haritu dapat diskaun 50%...
Masa melawat dari pukul 10 pagi hingga 6 petang...
Kaunter jual tiket di atas kapal yerk jadi jangan hairan kalau tak nampak pondok jual tiket....
Singgah minum ABC dulu di Medan Selera yang ada disitu...
Walaupun tidak meninjau habis keseluruhan kapaltu terasa juga penatnya ...
Jadi memang sesuailah ada Medan Selera juga taman permainan kanak-kanak... 
Untuk bergambar di Taman Esplanadeni pun memang sesuai tapi kami dah letih...
Perjalanan dari Kinrara ke Teluk Intan dan singgah ke Lumut...
Kami harus pulang ke Bota untuk Naufal merasa jadi orang kampung sekejap... 

KESIMPULAN ::: Korang harus datang sini untuk merasai sendiri pengalaman berada di kapal perang.. Masatu akak dapat membayangkan kekuatan yang dimiliki oleh mereka yang berkhidmat di dalam kapal.. Berbulan-bulan berada di atas kapal memang menguji kemahiran. Memang tabik hormat untuk Tentera Laut Di Raja Malaysia... 

Seronok tengok gambar blogger ini di KD Rahmat  FAZRIANI di KD Rahmat .

Comments

  1. oo menarik gak muzium ni... cantik plak tu, sesuai gitu nk layan posing2 hehehe...

    lawak plak part mak budak pon nak posing.. best! saya faham sangat sbb saya pon spesis ak budak yg suka posing hehehe!

    Salam kenal! :-)
    Fara
    Fara Menulis tentang...

    ReplyDelete
  2. sungguh menarik..
    bukan sng nak naik kapal navy ni..

    ReplyDelete
  3. Good idea jgk bawak bebudak ke sini time cuti sekolah dpt jugak dorang belajar kiranya cuti sambil belajar lah ni kak zila

    Hiksss x kan x nk bagi chance, mak budak pun nk bergambar jgk :-)

    ReplyDelete
  4. saya pernah gi lumut masuk kem tentera . masa tu kapal ni x de lagi rasanya sbb mrk tak habaq pun ...

    ReplyDelete
  5. berbayar juga ya nak masuk...
    dapat peluang masuk kapal tentera percuma ni masa LIMA jelah hari tu

    ReplyDelete
  6. claustrophobia ehh???!
    :)

    ReplyDelete
  7. La....hari tu sy ke lumut juga...pun tak tau pasal muzium ni kak...ruginya la hai...

    ReplyDelete
  8. bukan main seronok kanak2 rebina tu semua yer....tentunya byk ilmu baru yg mereka dpt.

    ReplyDelete
  9. pernah g lumut sekali.. lalu je.. rugi x singgah. x tau gak masa tu boleh naik situ.. rugi.

    ReplyDelete
  10. Waaah...boleh masuk tengok dalam. Bestnya...bestnyaaaa

    ReplyDelete
  11. syok jugak ye...sentiasa open ke kak or musim cuti je dia open

    ReplyDelete
  12. Cho, laju-klaju saya baca sampaikan antiudara jadi antidara ler :)

    Bestnya pengalaman dalam kapal perang ni. Ini yang seronok baca pengalaman orang. At least terasa macam kita pun ada di sana. Dah lama ni nak plan ke Perak. Baru cakap kat Hubby nak gi Lumut ditanyanya saya 'ada apa kat Lumut?' tak reti pulak nak jawab. At least sekarang bolehlah listkan apa ada di Lumut nih!

    ReplyDelete
  13. salam , memang sangat best ke sini, tambahan pula bila bawak anak2. banyak menda baru boleh dipelajari.

    Thank u for the mention utk blog saya ya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts