Insan Yang Istimewa Telah Pergi

Akak baru kembali dari bercuti selama 3 hari...
Blog juga tidak sempat akak kunjungi...
Mohon maaf pada kawan-kawan yang komen di sini  tapi akak tak sempat nak kunjung balas...
Mungkin ada yang terbaca catatan akak pasal BAPA INSAN YANG ISTIMEWA ...
Akak ada bercerita pasal bapak akak yang masuk ke wad yang bukanlah sakit kronik..
Memang bapak akak dirawat di hospital hanya kerana demamnya dan kencing manis ...
Demam dah baik kencing manis pulak yang tinggi dan begitulah sebaliknya..
Jadi doktor tidak membenarkan bapak untuk pulang ke rumah...

Adik dan adik ipar akak yang tinggal di Sri Manjung yang menjaganya..
Diaorang kata bapak akak dalam keadaan yang biasa tiada apa yang perlu dirisaukan...
Akak tetap nak balik kampung untuk melihat keadaan dia...
Dahlah tak boleh nak jaga dia macam adik dan adik ipar akak...
Takkan sebagai kakak paling sulung akak tidak melawat bapak...
Hujung minggutu saat indah dapat bersama dia yang kelihatan bersemangat melihat semua anaknya ada...
Selera makan juga bertambah dari kebiasaan....
Rasa senang hati sebab kitani kena balik dan tidak dapat menjaga dia...
Lebih kurang pukul 4.00 petang akak mohon diri untuk balik ke Kinrara...
Bapak hanya cakap " dah nak balik!!" dengan pandangan yang sayu....
Tak ingat sampai ke sini pukul berapa dan lebih kurang pukul 10.30 malam adik akak menghubungi akak..
Katanya bapak pengsan dan dalam keadaan yang tidak 'baik'...
Sempat sembahyang Isya' dan baca Yassin...
Suami kata "jom kita balik, jalan perlahan-lahan"...
Dalam perjalanan baliktu rasa tidak keruan sukar untuk digambarkan menerusi kata-kata..
Hanya Allah yang tahu betapa mengharapkan adalah keajaiban yang berlaku...
Akak tiba di Hospital Sri Manjung lebih kurang pukul 3.15 pagi...
Sempat menjenguk bapak yang sedang diberikan CPR...
Ini kali ke tiga jantung bapak berhenti....
Setelah doktor melihat tiada yang boleh dilakukan...
Doktor memohon untuk membuka bantuan pernafasan...
Maka sahlah pada pukul 3.24 pagi bapak akak meninggal dunia...
Kematian itu pasti... Tempat kita juga di sana nanti...
Hanya doa yang mampu dikirimkan untuk arwah bapak tercinta..

Rasa ralat kerana tidak terus tinggal di sana...
Sudah berkira-kira nak ambil cuti tapi adik akak kata tak payahlah anak-anak nak sekolah...
Memang ralat sangat tapi setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi...
Syukur kehadrat Illahi segala urusan berkaitan jenazah berjalan dengan baik..
Semuanya dipermudahkan dan ramai yang sudi hadir ...
Saudara mara, sahabat handai, jiran sekampung datang dari jauh dan dekat...
Terima kasih semua....

Sekarang risaukan emak akak yang akan tinggal seorang di rumah kampung..
Dia memang tidak pernah berpisah dengan bapak..
Selama ini kalau bapak dimasukkan wad pasti ada anak-anak meneman..
Semoga emak juga tabah dan sabar menghadapi ujian ini..
Semoga Allah memelihara emak dari sebarang musibah...

AL-FATIHAH untuk Allahyarham Zakaria Ansari bin Talib...


Comments

  1. al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah dalam kalangan para anbiya, syuhada dan solihin...

    Amin Ya Rabbal Alamin...

    ReplyDelete
  2. al-fatihah….salam takziah buat akak sekeluarga. semoga redha dgn pemergiannya

    ReplyDelete
  3. salam takziah buat akak sekeluarga. lebih kurang sama cara pemergian ayahanda sy juga. Semoga tabah insan2 yg ditinggalkan.

    ReplyDelete
  4. takziah awak

    al fatihah
    ya allah
    tempatkanlah Allahyarham Zakaria Ansari bin Talib di sisi mu..
    cucuri lah rahmat Mu kepada Allahyarham Zakaria Ansari bin Talib.
    tempatkan lah Allahyarham Zakaria Ansari bin Talib di syurgamu tanpa hisab..
    Amin..

    ReplyDelete
  5. alfatihah...sedih.. : (
    moga syurgalah tempat arwah ayah akak dan arwah emak dan abah saya..

    ReplyDelete
  6. Takziah buat akk & family. Al-fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  7. Allah.. terkejut baca cerita Akak nih. Takziah yer kak.. semoga akak tabah hadapi ujian Allah ini.

    Semoga Arwah ayah akak di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.. Al-fatihah~

    ReplyDelete
  8. tabahlah dan salam takziah

    ReplyDelete
  9. takziah kak zila.... pagi2 isnin tu, org dari bota balik ke Ipoh, masa lintas umh akak, dalam kul 6lebih pagi, nampak macam baiti kat luar umh... heran jgk...knp dia tk keja..ari ni ari isnin...sampai ofis, bukak fbook, terus nampak ada org kg post pasal cikgu Zakaria dah meninggal.... ooo, patut la....
    terus kol mak, bgtau... :-(

    Harap ustazah syifak redho dengan pemergian cikgu Z..Allah lebih meyayanginya....sabar kak ye...
    Alfatihah!

    ReplyDelete
  10. takziah kak..
    sampai dah ajal nya.. doa yg baik2, semoga Allah tempatkan dikalangan yg dikasihi .

    ReplyDelete
  11. Khususon ila ruhi almarhum Zakaria bin Talib Al-fatihah..

    Takziah dari kakak ye Zila.

    ReplyDelete
  12. Al-fatihah! Takziah buat Cho sekeluarga. Semoga arwah bapa Cho tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga Cho sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  13. Takziah kak...

    Moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  14. Takziah kak.
    Semoga akak sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga arwah bapa akak ditempatkan bersama org2 yg beriman.

    ReplyDelete
  15. salam takziah... alfatihah... moga roh arwah dicucuri rahmat...aminn

    ReplyDelete
  16. Allah kak....... sayu lieya bace entry ni kak...dpt lieya bygkan perasaan akak....

    alfatihah buat allahyarham...moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...penyambung antara akak dan arwah adalah doa dan alfatihah.... jgn putus sedekahkan alfatihah kak yeak....

    ReplyDelete
  17. al-fatehah smga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  18. Takziah dr saya sekeluarga.. Semoga tabah.
    Semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Al Fatihah.. Aminnn

    ReplyDelete
  19. salam takziah utk akak sekeluarga..moga arwah ditmptkan di tmptkan dlm golongan yg beriman..

    ReplyDelete
  20. alfatihah..
    salam takziah buat akak sekeluarga..perginya tiada pengganti..moga arwah tenang disana..

    ReplyDelete
  21. al - fatihah . semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya ... aaamin. salam tak ziah utk keluarga .

    ReplyDelete
  22. Al-fatihah..salam takziah dr falsya utk akak sekeluarga..semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin.. Be strong kak..

    ReplyDelete
  23. innalillahiwainnailaihirojiun...
    salam takziah kak...
    sama2 kita berdoa moga arwah ditmptkan dikalangan mereka yg beriman..ameen...
    tabah kak!

    ReplyDelete
  24. innalillahiwainnailaihirojiun
    alfatihah dan salam takziah.

    ReplyDelete
  25. Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga Cho redha dan tabah menghadapinya ... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Al-Fatihah ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts