Kurikulum Standard Sekolah Rendah ~ KSSR

Jom lari sikit dari cerita raya sebab dah habispun gambar raya akak... isyh memang kurang bergambarlah kekdahnya rayani... Nak bercerita pasal Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang sekarangni diguna pakai untuk anak-anak yang bersekolah rendah sejak tahun 2011.
KBSR diganti dengan KSSR pada 2011 mulai Tahun Satu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Gambar dan penerangan diambil dari  MOE .

Masa akak pergi jumpa dengan cikgu kelas dia masa bulan puasa tu bukannyer akak paham sangatpun. Yang akak tahu sekarangni dia guna sistem band yang mana band itu adalah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. (rujukan : MOE ).

PERNYATAAN BAND
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu

Atikah banyak dalam band 3 dan 4 kiranya bolehlahkot!!.. Tapi ada gak 2 mata pelajaran (Bahasa Arab dan PJ) dalam band 2, kena usaha lagini. Oleh kerana akakpun blur pasal KSSRni teruslah akak mencari di internet dan jumpa  FORUM KURIKULUM MOE yang ada berbincang pasal ini .. jom kita tengok...
Untuk pengetahuan puan, saya merupakan salah seorang guru Bahasa Inggeris dan mengajar di Sarawak. Saya faham akan permasalahan puan. Kalau saya sebagai ibubapa pun akan risau tentang hal rekod2 ni.

Saya kurang pasti tentang matapelajaran lain, tetapi oleh kerana saya mengajar Bahasa Inggeris, maka saya ingin berkongsi sedikit tentang rekod2 Bahasa Inggeris (BI) sahaja. 

Puan tentu sudah maklum tentang pembahagian Band-band ini. Terdapat 6 Band semuanya. Menurut kata puan, anak puan hanya mencapai Band 3 pada bulan November. Walaupun Band 3, puan tidak usah risau. Ini tidak bermakna anak puan itu tidak pandai atau merosot. Anak puan mungkin telahpun mencapai dua atau tiga kemahiran pada band2 lain spt dlm Band 4, 5 atau 6. Oleh kerana terdapat beberapa band lain belum dikuasai sepenuhnya oleh anak puan pada band 4, 5 atau 6, maka ia tidak dikira mencapai sepenuhnya. Yang dicapai sepenuhnya oleh anak puan cuma sehingga Band 3. Maka itulah tahap pencapaian anak puan dikira hingga ke band yang di capai sepenuhnya tanpa tertinggal sebarang kemahiran di band tersebut. 

Mengenai kertas evidence (lebih diketahui umum dgn kertas ujian atau kertas bertulis) tidak semua band itu mempunyai evidence secara bertulis. Ramai yang menilai menggunakan buku tulisan saperti buku latihan, buku kerja yang disediakan oleh Kementerian atau kertas2 kerja yang dicetak. Dalam Fail Murid, HANYA kerja2 yang terbaik sahaja yang disimpan oleh guru sebagai bahan bukti. Itupun yang TERBAIK & TERKINI SAHAJA. Kemahiran lain (diulangkan: Untuk Matapelajaran BAHASA sahaja, tidak kira BI atau BM) penilaian atau evaluation juga kitai nilai secara oral@lisan termasuk nyanyian, persembahan, mengeja dan pertanyaan bukan formal) Semuanya diambil kira dalam lisan atau bacaan dan semuanya dinilai.
Portfolio KSSR .. mula akak sampaitu ingatkan anak akak dapat no 38..
Ha.. ha.. baru tau ada kurikulum baru nak buat camner... 

Comments

  1. nasib baik masa jumpa guru amzar thn 1 hari tu...katanya amzar ada peningkatan..tapi kena mengkaji lagi band ni...keliru jap...

    ReplyDelete
  2. sekolah Firas cikgu dia tak panggil pun tuk bgtau prestasi dia sekarang camne...

    ReplyDelete
  3. ye lah dikk
    tapi kes KSSR nie akk tanye ngan cikgu sek anak2 punn mereka cakap belum mendapat pencerahaan sepenuhnya dari pihak kementerian ..
    memang susah sikit nak paham kaedah KSSR nie ..

    ReplyDelete
  4. cam makin susah kan ..

    jemput dth ke party bday anak2 saya
    1 sept 3pm nnt kad kat blog kita tempek nak invite kat fb x tau fb awak ...

    ReplyDelete
  5. macam rumit sikit nak paham..

    ReplyDelete
  6. salam ziarah dan follow sini..follower ke 500

    ReplyDelete
  7. skrg budak darjah satu kena tahu baca dan mengira dah..masa hari terbuka, terkejut juga tgk anak no 13..tp cikgu cakap skrg tak perlu tgk pada kedudukan kelas...

    ReplyDelete
  8. Memang kena faham kaedah KSSR ni... tapi boleh jadi bias jugak, jika cikgu tu suka pd budak tu tentu band di beri tinggi..

    ReplyDelete
  9. tq for sharing kak..

    waa..sistem pndidikan makin advance.. kdg2 takut terbeban je.. tp yela..sisitem ni mesti berubah mgikut keadaan sekarang kan.. bdk2 makin advance

    ReplyDelete
  10. Kak, wa baru mengajar kssr ni sebulan, pas tu cuti bersalin 3 bulan..mgu depan dapat pindah sek baru..sesungguhnya , wa pun x brapa nak paham :-/

    ReplyDelete
  11. kena amik tau gak ni.taun depan aiman dajah satu dh..:)

    ReplyDelete
  12. thn 2011-2012 makcik jadi guru MBMMBI sekejap..terus tersangkut dgn KSSR ni.Ada sikit sikit pengalaman mengajar ikut silabus KSSR thn 1 dan 2 BI....
    kalau anak dpt band 3 tu tahap sederhanalah kalau mcm dulu.Dan utk band 6 pula outstanding sbb boleh buat,faham dan buat performance lagi.Solo pula tu.
    ....tapi KSSR ni banyak sangat kerenahnya sampai guru pun naik serabut nak jalankannya.
    Sbb tu saya resign...lagi pun tangan pula patah ...hehe.

    ...cikgu pencen.

    ReplyDelete
  13. cam rumit skit sekarang ni kan kak. Zaman kita ngaji dulu kat uni jer ada band2 :-)

    ReplyDelete
  14. cam rumit skit sekarang ni kan kak. Zaman kita ngaji dulu kat uni jer ada band2 :-)

    ReplyDelete
  15. memang pening kak..intan yang buat buku ni pon pening..pastu dokumen standard prestasi (PBS) pon x clear sebab rasanya apa yg kementerian bg x mewakili sepenuhnya..itu yg intan rasa sebab payah la nak teli dengan bentuk soalan ..kadang2 x ada langsung..terpaksa cr alternatif lain..tukat soalan ka apa ka..haish..susah betol

    ReplyDelete
  16. makin pening kan skrg ni...maybe permulaan la pening skit

    ReplyDelete
  17. saya terlepas pasal ni...terima kasih sebab sharing ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts