Perangai tak padan dengan rupa

Tetamu tidak diundang diberkas ketika cuba curi beg tangan di rumah pengantin

Orang ramai mengawasi dua suspek wanita (bergari) yang berjaya ditahan kerana didakwa mencuri semasa majlis perkahwinan di Kampung Paya Keladi Tengah, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Othman Yahaya

KEPALA BATAS 19 Ogos - Cubaan dua wanita menyamar sebagai tetamu satu majlis perkahwinan di Kampung Paya Keladi Tengah di sini semalam untuk mencuri gagal selepas kedua-duanya diberkas orang ramai yang menyedari perbuatan mereka.

Kedua-duanya berusia dalam lingkungan 30-an dan berasal dari Merbok, Kedah sebelum itu hadir di majlis tersebut pukul 4 petang dan berpura-pura sebagai tetamu.

Menurut Hashim Yakop, 52, kedua-dua wanita itu datang ke majlis perkahwinan anak perempuannya, Basirah, bersama seorang lagi rakan dengan menaiki kereta Perodua Viva.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan mereka ialah tetamu yang dijemput dan mungkin kenalan anak saya yang hadir untuk memeriahkan majlis kenduri kami.

Teruskan membacanya...  UTUSAN MALAYSIA

Isyh.. isyh perangai tak 'semengah' (bahasa orang Perak)... memang sangat tak senonohkan.. rupanya macam pijak semutpun tak mati tapi alahai perangai. Ini entah berapa kaliler buat perangai cam gitukan. Semasa majlis perkahwinan adik sepupu suami akak ada gak insinden sebegini. Memang tak perasan langsung bilalah orangtu buat perangainyer, maalumler masing-masingpun sibukkan. Jadi berhati-hatilah... 

Comments

  1. ada gak perangai macam nie
    memalukan

    ReplyDelete
  2. mencari duit mudah tanpa orang nak sedar ...

    ReplyDelete
  3. Masa majlis kenduri adik saya pun ada gak yg camni
    Hp pengantin ilang huhu
    Allah...
    Nape la tergamak buat camni
    Hmmmm

    ReplyDelete
  4. perangai tak senonh betoi la diorg tu kann??

    ReplyDelete
  5. salam Cho zila...ada gak yg buat perangai camni.Dah biasa kot buat keje gini.. :(

    ReplyDelete
  6. pandai betul..boleh terpikir nak mencuri cara tu kan..betul jgk..time kenduri semua org sibuk..time tu lah dorang nk buat hal..hai mcm2..

    ReplyDelete
  7. mmg ada sindiket/org persendirian yg buat keje ni.ada kenalan yg kecurian duit mas kahwin hampir 11k.kisah lebih kurang sama jugak

    ReplyDelete
  8. ni mesti banyak kali dh buat menda ni, berani sungguh. padan muka depa

    ReplyDelete
  9. Akak ada baca di blog siapa pun akak tak pasti... kata datang beraya pada rumah orang buat open house sambil tu mencuri... Rupanya di rumah kenduri ye Zila... apabila wang ringgit mengatasi maruah diri.. ini lah jadinya ...

    ReplyDelete
  10. salam kak...memang busuk punya pangai depa ni..jahat la

    ReplyDelete
  11. Berani betul depa ni, tempat org ramai tu.

    ReplyDelete
  12. ambil kesempatan betulkan diorg ni.. tula kita yg buat majlis ni mmg kena hati2.. tuan rumah sila kunci bilik dsbgnya jika bkn utk keperluan sewaktu majlis.

    ReplyDelete
  13. hah..sepandai2 tupai melompat akhir nya jatuh juga ke tanah..
    kan dah memalukan diri sendiri .siap masuk paper.

    ReplyDelete
  14. itu la kan.. macam2 pesyen dah org nak menipu skrg ni.. payah nor nak bezakan ye.. mintak simpang ler benda buruk ni kan kak..

    ReplyDelete
  15. macam nilah rupanya cara-cara mereka mencuri...sebab tu kena ada sorang jaga kat bilik pengantin sebab dah tahu ramai akan keluar masuk tengok bilik pengantin...dan diorang dah target dalam bilik tu ada simpan macam2 barang berharga...ish..ish..hati-hatilah kita semua...padan muka kena cekup...

    ReplyDelete
  16. agak-agak la nak mencuri pun.. kenduri kawen orang tu.. bagus la kene tangkap baru padan muka..

    macam teknik orang buat sekarang ni nak mencuri .. moga Allah menyelamatkan kita dri menjadi mangsa aminn

    ReplyDelete
  17. tak mengagak nak mencuri.. asei nak koje senangggg je depa ni. berusaha la sket kalo nak idup senang pun..aduhaii..tak de la takut mati esok jadi apa ye..

    ReplyDelete
  18. ya Allah...melalukan la kak...siap bertudung bagai tu...tapi hati hitam...padan muke...kene la ko dgn ruas...merengkok laa dlm penjara tuh nanti...

    ReplyDelete
  19. salam perkenalan kak..datang balas jejak..hihi

    memalukan betoi la camni..maybe dah biasa buat kot tapi terkantoi plak kali ni..

    ReplyDelete
  20. kan tak pasal-pasal kena tangkap..

    ReplyDelete
  21. ambik kesempatan di sebalik kesibukan org lain dlm walimatulurus. sy geram jek...sebab sy pun penah jadik mangsa...wallet sy hilang + gaji pertama masa wedding kakak sy. dah hampir 2 thn baru jumpa semula wallet tu di campak di tempat lain. duit jek yg hilang...lain2 dok tak usik. mmg kurang ajar.

    ReplyDelete
  22. Ntahlah kak..buat malu org pompuan je..

    ReplyDelete
  23. Kata adik makchaq yang bertugas di mahkamah butterworth depa berdua dah pun dituduh. Salah sorang tu masih dok menyusukan anak...

    Apa la masalah sampai buat kerja macam tu.... Memang memalukan...

    ReplyDelete
  24. memang skrg ni mcm2x...kena beringat lah selalu camni, hujung bulan ni kenduri kawen adik ipar.. kena lebih hati2x..

    ReplyDelete
  25. ish ish..teruk sungguh!
    dlm paper utusan muka diorg x diblurkan pun..
    wat malu kaum hawa je

    ReplyDelete
  26. ishhhh malu lak rasanyer... malu bebeno lah... sebagai seorang perempuan... ingat laki je biasa jd pencuri tak sangka perempuan pun sama, msti diaorg dh biasa bt gitu kan kak

    teringat dulu ada sorang kwn masa kenduri adik dia ada peristiwa camni.. pandai je diaorang ni nk cari jln mudah kn

    ReplyDelete
  27. teruknya...ambil kesempatan kan..sbb tu lg selamat buat kenduri dlm Dewan :)

    ReplyDelete
  28. memang tak sangka kan, pakaian elok je, menyamar rupanya, nasib baik dapat ditangkap kan.

    ReplyDelete
  29. memang patut pun kn berkas... membe sy dulu pernah kehilangan beg duit dia ms kenduri... org yg tk dikenali gak yg curik pura2 jd tetamu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts