Nuffnang saya

Followers

Thursday, August 29, 2013

Selamat menjadi tunangan orang

Selamat menjadi tunangan orang untuk Cik Mira sepupu kepada suami....
Semalam dah tayang gambar harini kita cerita ceriti di sesebalik gambar yang banyakni..
Majlis merisik dan bertunang cik Mirani sebenarnya diketahui lewat.
Sebenarnya keluarga kami terlebih dahulu diberitahu tentang majlis sepupu yang lain..
Rupanya cik Mira yang lebih dulu menjadi tunang orang manakala
cik Nadia pulak akan bertunang hujung minggu ini... 
Hujung mingguni keluarga Fatimah akan berhimpun di Shah Alam pulak...

Majlis merisik dan bertunang cik Mira berlangsung di rumah nenek. 
Boleh kata majlis bertunang dan perkahwinan cucu Fatimah berlangsung di sini...
Dulu majlis perkahwinan akakpun diadakan di sini... 
Mungkin lebih mudah untuk keluarga berhimpun...
Lagipun Ateh iaitu ibu kepada cik Mira telah meninggal dunia..
Sudah pastilah majlis ini memerlukanpertolongan dari emak saudaranya yang lain..

Mengenangkan arwah Ateh memang rasa sebak sebabnya Ateh sangat baik orangnya.
Kalau majlis bertunang atau kahwin dialah paling sibuk kerana kebanyakan gubahan
hantaran keluarga Fatimah dulu hasil sentuhan tangannya..
Teringat-ingat rasanya betapa telitinya kalau dia buat kerja... 
Akak yang bukan ahli keluarga sendiripun terasa inikan pula keluarga diakan...
Walau apapun majlis merisik dan bertunang ini berjalan lancar seperti perancangan...
Alhamdulillah .. syukur kepada yang Esa atas kurniaanNya...

Jom layan gambar akak yang banyakni....
Cik Mira sedang di solek oleh Cik Yatt ...
Akak nak gak menyelit kat situ..
 Cik Nadia yang bakal bertunang minggu depan sedang membetulkan sesuatu..
Entah apalah yang dikomenkan oleh mak dan mak saudaranya...  
 Cik Mira dengan kakaknya...
Adik beradik hanya dua orang...
Persidangan meja bulat tetap berjalan lancar...
Tolong menolong untuk menjayakan majlis...
Rajin belaka cucu cicit Fatimah Gombakni... 
Tetamu dari pihak lelaki... 
Upacara merisik dimulakan... 
Doa di baca untuk mendapatkan keberkatan....
AMIN.. AMIN... Ya Rabbal A'lamin... 

Sebab banyak ngat gambar kita berhenti kat sini dulu... nanti sambung lagi... 

18 comments:

  1. TAHNIAH...moga kekal selamanya.....

    ReplyDelete
  2. musim ahli keluarga akak bertunang la ni yeak...lepas sorang..sorang hah...alhamdulillah...bakal bertambah ahli keluarga nampaknye kak heheheheeh....

    tgk pic tunang ni tingat jaman2 lieya tunang dulu....hihihi

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan selamat bertunang Cik Mira

    ReplyDelete
  4. tahniah...seronok bila buat kerja ramai2

    ReplyDelete
  5. tahniah...moga kekal ke jinjang pelamin...

    ReplyDelete
  6. tahniah ! ... semoga sampai ke jinjng pelamin ... aaamin .

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..
    tahniah..moga selamat & dipermudahkan hingga ke ikatan sah.amin

    ReplyDelete
  8. Cantik tunangan org tu Kak..
    moga jodoh berpanjangan buat mrk..amin! :)

    ReplyDelete
  9. selamat bertunang~

    suka tengok orang kena makeup.. hehehe

    ReplyDelete
  10. tahniah!! cantik la baju cik mira..

    ReplyDelete
  11. meriahnya!adik beradik cik mira dua orang je ye..tp meriah dengan saudara mara yg ramai

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang