Real Estate Investment Trust (REIT)

Selamat berpuasa semua.. sibuk kebelakangan ini ditambahkan dengan masalah komputer di tempat kerja akakni masa nak komen blog kawan-kawan buatkan akak kurang menjenguk blog sendiri dan blog kawan-kawan.. Semalam tertengok cerita melayu yang mana si suami bermuram durja dan si isteri bertanyakan masalah suaminya. Rupanya suaminya telah menggunakan duit simpanan yang ada untuk melabur di dalam saham yang dikhabarkan akan naik namun berlaku sebaliknya. Memang memeningkan kepala kononnya untuk menambahkan duit yang ada tapi yang berlaku duit semakin menyusut... Untuk itu jadilah pelabur yang mempunyai ilmu dalam pelaburan.. chewah macam baguihjer ayat akaknikan...
 
Akakni dah kerja di bidang sahamni berbelas tahun dan tahun 90an dulu lebih teruk dari masa kini. Sebab berlaku adalah kerana ramai yang menganggap pasaran saham adalah tempat untuk berjudi untung dan nasib. Percaya bulat-bulat dengan khabar angin dari sumber yang tidak sah.. Sikap tamak juga  faktor yang mendorong untuk rugi dengan lebih teruk lagi. Namun sekarang ini keadaannya bertambah baik. Mungkin orang sekarang lebih berpengetahuan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Sekuritipun semakin ketat.

Saham adalah bentuk pelaburan yang dibenarkan di Malaysia jadi jangan was-was untuk melabur cuma tambahkan pengetahuan yang ada.. Jadi untuk kawan-kawan akak yang mungkin baru nak berkenalan dengan saham jom berkenalan dengan REIT terlebih dulu. Sektor di dalam Bursa Malaysia untuk pelabur baru berjinak di dalam dunia saham tapi ini untuk jangka panjang.

Definisi REIT?

REIT = Real Estate Investment Trust = Amanah Pelaburan Harta Tanah...

What is a REIT?
A Real Estate Investment Trust (REIT) is a fund or a trust that owns and manages income-producing commercial real estate (shopping complexes, hospitals, plantations, industrial properties, hotels and office blocks).

A management company for a REIT is permitted to deduct distribution paid to its shareholders from its corporate taxable income. However, to enjoy this tax-free status, the REIT must have most of its assets and income tied to the real estate and distribute at least 90% of its total income to investors/unit holders annually
Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) merupakan dana atau amanah yang memiliki dan menguruskan sejumlah hartanah komersil. Kemudiannya, hartanah tersebut akan disewakan kepada penyewa untuk mendapatkan keuntungan. Kutipan sewa selepas ditolak kos operasi kemudiannya akan diagihkan pendapatannya kepada pelabur semula. 90% keuntungan itu akan dibayar sebagai agihan pendapatan kepada pelabur kembali.
 
Kenapa melabur di dalam REIT?

1) Peluang untuk melabur dalam hartanah ~

Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) adalah dana atau amanah yang memiliki dan menguruskan hasil pendapatan hartanah komersil (contoh : kompleks membeli-belah, hospital, perladangan, hartanah perindustrian, hotel dan blok pejabat). ~ terjemahan dari definisi REIT Bursa Malaysia ~

Oleh itu untuk kita memiliki suatu harta tanah sudah pasti kita memerlukan modal yang besar dan juga terpaksa menguruskan hartatanah yang kita ada. Sedangkan dengan pembelian REIT modal yang diperlukan adalah lebih murah . Jadi kita mempunyai peluang untuk menjadi pelabur hartanah dengan harga mampu milik gitu. Nanti bolehler cerita kat anak-anak bangunantu mak yang punya ha... ha.... ha....

2) Agihan Pendapatan (DIVIDEN) yang stabil ~

REIT di Malaysia kebiasaanya mengagihkan pendapatan sekurang-kurangnya 90% dari keuntungan yang diperolehi kepada pelabur REIT.  Sekiranya  tidak melakukan agihan pendapatan ini maka pengurusan REIT ini akan dikenakan cukai pendapatan korporat. Kadar agihan pendapatannya(dividen) juga agak tinggi sekitar 7% - 15% setahun yang dibayar dua kali atau 4 kali setahun.. Pembayaran REIT juga kekal stabil walaupun ketika ekonomi mengalami krisis.

3) Tahap Kecairan ~

REIT adalah lebih cair dari hartanah yang sebenar. Saham yang dipegang adalah lebih mudah untuk ditunaikan kerana di laburkan dalam Bursa Malaysia. Tidak perlu memakan masa yang lama untuk mendapatkan wang kita kembali berbanding kalau kita memegang hartanah yang memerlukan kita mencari pembeli dan penjual. Terpaksa berurusan dengan pelbagai kerenah dan masa yang panjang untuk mendapatkan modal dan keuntungan.

4) Pengurusan Profesional ~

 REIT juga diuruskan oleh profesional terlatih dan pakar untuk memastikan keuntungan syarikat berada ditahap yang tinggi. Sekiranya syarikat itu untung maka keuntungan itu akan dikembalikan kepada  pelabur. Bestkan....

5) Berpeluang untuk meraih keuntungan modal~
 
REIT juga menawarkan peluang keuntungan modal dari segi kenaikan modalyang dilaburkan. Ini bermaksud harga REIT yang kita beli ada kemungkinan untuk meningkat.
 
Contohnya ialah saham AXREIT yang mana harga tutupnya pada 15 Januari 2013 adalah RM3.14 dan pada hari jumaat lepas bersamaan 12 Julai 2013 harganya adalah RM3.78. Menarik tak?
 
Namun tidak dinafikan ada juga saham REIT terdapat penurunan namum selalunya harga tidaklah  turun terlalu mendadak. Dan harus diingat sebagai pelabur kita masih lagi menikmati agihan pendapatan (dividen).

Pelaburan menerusi REIT adalah bersamaan dengan Amanah Hartanah Bumiputera(AHP) cumanya AHP tidak disenaraikan di Bursa Malaysia.. Boleh baca cerita akak dalam  Dividen amanah hartanah bumiputera 2013 . Kalau nak melabur REIT di Bursa Malaysia sudah pastilah kena membuka akaun CDS dengan syarikat Broker Saham yang berdaftar.
 
Untuk cerita Real Estate Investment Trust (REIT) kali ini akak labuhkan ceritanya setakat ini... Akan menyusul episod dua yang akak akan lanjutkan lagi cerita pasal REIT ini. Tulisan ini sekadar untuk cacatan pada diri sendiri juga untuk menambahkan pengetahuan kepada yang berminat..
Gambar dari ::::  Al Aqar REIT
Dulu-dulu Al-Aqar adalah shariah compliance tapi sekarangni
akak tengok dah tak termasuk lagi dalam senarai shariah...
nanti akak survey bila pulak Al-Aqar tak masuk senaraini...

Comments

  1. pelaburan mmg baik untuk masa depan... unit trust ngan ni sama tak kak?

    ReplyDelete
  2. ooo baru lieya tau akak ni kerje dlm bidang saham....ni kalo husben lieya bace ni die suke laa sbb die ni minat bab2 ni.....

    akak terang kan gini baru le paham sikit...kalo tak selame ni tau saham ni org beli2 pastu jual2..heheheeh tak tau pun ape definisi sebenar saham nieh....

    ReplyDelete
  3. REIT ni tak sama ngan unit trust... sebab REIT yang akak terangkan ini di urusniagakan di Bursa Malaysia. Prestasi bergantung kepada pasaran, penawaran dan permintaan. Kalau kita melabur dalam REIT ni umpama kita pemegang saham syarikat tersebut... kalau ada mesyuarat tahunan dia kita boleh pergi dan ada hak untuk mengundi.. gitu.. tak samakan...

    ReplyDelete
  4. ilmu pasal saham.. good info kak.. thanks~

    ReplyDelete
  5. Nak faham kena belajar banyak ni...

    ReplyDelete
  6. Emmmm okje ni kurang tahu pasal saham ni... Tau dulu pun sebab dapat share company!

    ReplyDelete
  7. Thanks for info kak
    Mmg bagus utk jadikan rujukan :-)

    ReplyDelete
  8. Bila dah involved lama pasti lebih arif bagaimana perjalanannya..

    ReplyDelete
  9. al aqar KPJ dah x de kat kaunter shariah?..

    ReplyDelete
  10. detail sy bace nak faham..tp sikit2 da masuk otak..thanks for the info kak...berminat lak nak melabur..

    ReplyDelete
  11. ooo..berapa min unit saham nk kena beli? bp rm? mmg '0' knowledge bab saham ni..

    ReplyDelete
  12. @najjiaRiza minimum beli saham REIT 100 unit jer... janji ada akaun cds..

    ReplyDelete

  13. Loan Opportunity Offered By Mr, Pedro That Save My Family From Financial Bondage

    Hello Everyone, I am Putri Adiratnaa single mom from Jakarta, I would like to share this great testimony on how I got a loan from Mr, Pedro, when we were driven out of our home when I couldn't pay my bills anymore, After being scammed by various companies online and denied a loan from my bank and some other credit union I visited. My children were taken by foster care, I was all alone in the street. The day I shamefully walked into an old school mate who introduced me to Daisy Maureen. At first I told her that I am not ready to take any risk of requesting a loan online anymore, but she assured me that I will receive my loan from them. On second thought, due to my homelessness I had to take a trial and applied for the loan, luckily for me I received a loan of $80,000.00 from Mr, Pedro. I'm happy I took the risk and applied for the loan. My kids have been given back to me and now I own a home and a business of my own. All thanks and gratitude goes to the help of Mr, Pedro for giving me a meaning to life when I had lost all hope. If you are currently seeking loan assistance, you can contact them via: { pedroloanss@gmail.com WhatsApp+1 863 231 0632 }

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts