Kehilangan tokoh negara yang dikagumi

Bila terdengar berita yang Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia di TV3 terus akak rasakan yang Negara kita telah kehilangan ramai tokoh yang berkaliber dalam tahun 2013. Kebetulan tokoh yang meninggal dunia akhir-akhir ini sangat dekat di hati akak. Walaupun mereka tidak kenal akak tapi akak tapi sudah pastilah akak rasa sangat dekat dengan mereka..
 
5 orang tokoh yang akak kagum telah pergi meninggalkan dunia ini, moga mereka aman di sana. Moga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan mencucuri rahmat keatas roh mereka semua.  Entri ini sekadar ingatan untuk diri sendiri suatu hari nanti akak juga akan kembali ke sana. . Mereka yang akak kagumi ini sudah pasti banyak memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada Negara. Kitani tidak pasti lagi...
 
Kehilangan yang paling akak terasa ialah pemergian Datuk Mohd Salleh bin Abdul Majid tapi ini tahun 2012. Tokoh ekonomi yang paling akak kagum kerana seawal penglibatan akak dalam dunia pekerjaan nama Salleh Majid sangat digeruni. Masatu Datuk Salleh merupakan Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (sekarangni dikenali Bursa Malaysia) dari tahun 1984 - 2003. Tahun 90-an dulu tak macam sekarangni sebab kalau nak jadi 'Dealers Representative' atau 'Remisier' kami menjalani satu temuduga dengan wakil BSKL dan juga Kementerian Kewangan. Kawan akak ada yang kena interview dengan Datuk Salleh memang kena kaw-kawler sebab tak boleh nak jawab  soalan. Tiba masa akak berdoalah semoga tak ditemuduga oleh Datuk Salleh.. Rugi pulak rasanya sebab kalaulah akak dapat bertemu beliau masatu mungkin perkara itu menjadi kenangan terindah dalam hidup akak..

DATUK MOHD SALLEH BIN ABDUL MAJID ~ meninggal dunia pada 2/1/2012
Tokoh ekonomi
Asal : Ulu Klang
 
HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia yang baik bukan sahaja meninggalkan nama malah pemikiran dan laras perjuangan. Meninggalkan nama sahaja tidak membawa sebarang erti kalau tanpa pemikiran yang boleh dihayati oleh generasi selepasnya. Inilah yang dilakukan oleh penganalisis ekonomi Allahyarham Datuk Salleh Majid yang kembali ke rahmatullah pada 2 Januari 2012. Artikel Penuh: Khazanah-pemikiran-Salleh-Majid

Artikel di UTUSAN bertajuk Salleh Majid dalam kenangan ditulis oleh kawan dari kecil yang sama bersekolah dengannya.. Membacanya membuatkan akak lebih memahami apa yang membuatkan akak sangat mengagumi Allahyarham.
 
Tokoh kedua yang juga mengejutkan akak semasa menerima berita yang beliau telah meninggal dunia iaitu Azli Paat seorang tokoh IT Negara. Boleh kata melalui Azli Paat akak kenal Facebook buat kali pertama melalui perkongsian beliau yang sangat bermakna di Radio Kuala Lumpur. Masatu rasanya seminggu sekali Azli Paat akan menjadi tetamu undangan di Radio Kuala Lumpur. Akak melihat dia seorang yang sangat tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Bahasa yang digunakan agak mudah untuk orang yang tidak memahami dunia IT sekalipun. Akak nampak keikhlasan yang ditunjukkan oleh beliau dengan harapan ramai orang tidak ditipu oleh kecanggihan teknologi. Moga Allah menempatkan rohnya bersama-sama roh orang yang soleh. Amin...

AZLI PAAT ~ meninggal dunia pada 6/2/2013.
Tokoh IT
 Asal : Kampung Pedada Kuning, Batu Pahat
 
KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini. Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.  Artikel penuh ada di sini ;-  BERITA HARIAN
 
Dalam blog http://hassan1663.blogspot.com antara isi kandungnya ...   Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Arwah meninggalkan seorang balu, Dr Fadhilah ( Pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan ) dan 10 orang anak ( 6 lelaki dan 4 perempuan ) yang berusia antara 6 tahun hingga ada yang baru memasuki alam pekerjaan. Boleh baca sambungannya di sini :- http://hassan1663.blogspot.com

Tokoh ketiga negara yang amat dikagumi iaitu Tan Sri Aishah Ghani pula meninggal sebelum pilihanraya Malaysia yang ke 13. Sebagai seorang wanita tentulah akak merasa kagum dengan ketokohan Tan Sri yang merupakan wanita pertama yang dilantik menjadi senator pada tahun 1963 dan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .

TAN SRI AISHAH GHANI ~ meninggal dunia pada 19/04/2013
Tokoh Politik
Asal : Kampung Sungai Serai, Ulu Langat

KUALA LUMPUR - Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini hari ini kerana sakit tua.

Aishah, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lepas setelah kesihatannya tidak stabil, menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. Artikel penuh : - SINAR HARIAN

Tokoh seterusnya yang meninggal dunia iaitu Datuk Dr Mahani Zainal Abidin mengejutkan akak kerana di mata akak Datuk nampak sangat sihat. Masa akak kerja di Ipoh dulu bos akak merupakan kawan baik kepada Dr Mahani dan selalu jugalah akak mendengar kisahnya. Walaupun tak pernah berjumpa tapi terasa macam kenal dengan orangnya. Semoga Allah mengampuni segala dosanya dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

DATUK DR MAHANI ZAINAL ABIDIN ~ meninggal pada 22/06/2013
Tokoh Ekonomi
Asal : Johor Baharu, Johor

KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi yang terlibat dalam penggubalan polisi semasa krisis ekonomi 1998, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin meninggal dunia hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Dr Mahani, 59, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) meninggal dunia pada kira-kira 2 petang akibat penyakit kanser. Artikel penuh :- BERITA HARIAN

♣ Semalam sekali lagi akak terasa kehilangan  yang merupakan Naib Canselor UUM  pertama (1984 - 1989 ) iaitu Prof Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh. Pada tahun 1987 Allahyarham telah datang ke sekolah akak dan akak sangat bertuah kerana diberikan kesempatan menyampaikan bunga kepada Allahyarham. Macam jodoh pula lepastu akak dapat merasai kehidupan sebagai pelajar di UUM . Jadi nama Tan Sri Awang Had Salleh sentiasa di dalam hati ini.

PROF EMERITUS TAN SRI AWANG HAD SALLEH ~ meninggal dunia pada 1/7/2013
Tokoh Akademik
Asal : Balik Pulau, Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 1 Julai - Tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia awal pagi ini akibat komplikasi paru-paru. Allahyarham, 79, meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi ini di Hospital Putrajaya. Artikel Penuh: UTUSAN
 
 
Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:
 
Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
 
Nota: Apabila seseorang ingin berdoa seperti ini untuk seorang Muslim yang lain, dia boleh memasukkan nama orang tersebut menggantikan nama Abu Salamah didalam doa di atas
 
 Sumber ::::: PERMATA KATA
Minta maaf kerana terpanjang pula entri kali ini...
Gambar lama yang tiada kaitan....  
Cuma akak berdoa moga anak-anak akak nanti
juga akan menjadi teladan yang baik untuk masyarakat.
Semoga mereka dapat menyumbang bakti kepada Bangsa, Agama dan Negara..
 

Comments

  1. Alfatihah buat mereka semua
    Moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. al-fatihah utk mereka semua..

    ReplyDelete
  3. Al fatihah
    Moga roh mereka dikalangan beriman.amin

    ReplyDelete
  4. Anonymous02 July, 2013

    saya paling ingat datok salleh majid . dia meninggal sbb heli terhempas . x de yg selamat . 2 anaknya ketika itu ( klu x silap ) belajar di luar negara . Arwah sgt gigih mencari solution bagaimana nak settlekan masalah pengangkutan awam . Arwah sanggup menaiki motor cc besar ke tgh kotaraya semata2 nak buat tinjauan ttg masalah tuh . Tabik sungguh . Otak di mmg brilliant !

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah untuk mereka semua yang telah menemui Illahi.. Namun, insyaAllah, mana tahu satu hari nanti anak2 akk pula jadi tokoh negara.. AMin

    ReplyDelete
  6. Mereka yg berjasa, akan sentiasa dikenang orang..

    Al fatihah buat mereka...

    ReplyDelete
  7. manusia mati meninggalkan nama,semoga anak2 kita juga bakal menjadi tokoh yg byk jasanya pada negara

    ReplyDelete
  8. tokoh yg berjasa....semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts