Keluarga sendiri vs Keluarga Mertua

Akak ambilni dari wall facebook suami.
Pertanyaan akak ialah adakah ditujukan untuk akak..
Tak nak tanya pada dia.
Ambil iktibar sahajalah....
Jom kita tengok apa yang ingin dikongsinya....

Ada suami yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri ;
 
Ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu ; 

Ada ibu bapa yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibu bapa ;
 
Ada isteri yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebih si isteri;

Ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggung jawab menjaga ibu dan bapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan;
Ada anak perempuan yang lupa dia lebih terikat dengan tanggung jawab kepada suami dan ibu bapa suami lebih daripada ibu bapa kandungnya sediri;

Secara keseluruhan perkongsian ini bagus. Sebagai seorang isteri  akak tau batasnya, mestilah suami kita lebih utamakan.... Emak ngan apak akak juga amat bertolenrasi orangnya. Manakan tidak dah 11 tahun kahwin hanya dua kali akak beraya pertama di kampung akak. Bagi keluarga akak apabila anak perempuannya berkahwin makna tanggung jawabnya dah bertukar. Teringat pada kisah sepupu akak yang keluarga mertua dan keluarga sendiri asyik bergaduh pasal berhari raya di mana.. Sampai kini sepupu akak akan beraya di kampung dan suami dia beraya di rumah keluarga dia.. anak-anak suka hati nak ikut yang mana satu.. ha! ha!
 
Akak juga rasanya tidak kisah suami lebih mengutamakan ibu sendiri dari isteri. Bagi akak sebagai anak lelaki tunggal sudah pasti ini tanggung jawab dia juga akak. Cuma akak berharap siapapun yang bergelar suami sedar yang isteri mereka tetap anak seseorang yang ingin juga sekali-kala berbakti kepada keluarganya sendiri. Suami juga kalau boleh jadikanlah keluarga isteri umpama keluarga dia sendiri. Baguihkan kalau begitu...

Comments

  1. bagus perkongsian maklumat nie
    betul kan kadang2 kita manusia lupa

    ReplyDelete
  2. setuju...hehehe...syurga suami masih dibawah tapak kaki ibunya...tq kak mengingatkan...

    ReplyDelete
  3. Bagus kata-kata tu. mengingatkan kita terutamanya kaum isteri ni.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana mengingatkan. salam kenal...

    ReplyDelete


  5. betul suami perlu jaga ibu..tp hakikatnye hukum ibu dan ibu mentua sama je hehe..x ada bezanya.....so suamila kene main peranan...jaga hati ibu dan ibu mentua kan..

    sy ngan hyby amek sistem giliran hehehee =p

    ReplyDelete
  6. setuju!
    cuma kdg2 suami perlulah bersikap adil dan bertoleransi dlm berumahtangga ni.
    jgn bersikap berat sebelah.
    sbb saya dah pernah laluinya. hingga hancur berkecai rumahtangga yg dibina. :'(

    ReplyDelete
  7. setuju setakat ni alhamdulillah... sama2 kita ambil iktibar...

    ReplyDelete
  8. mungkin sbb sy masih baru, so sy belum dapat biasakan diri lagi dengan hubungan kekeluargaan nih..hehe

    ReplyDelete
  9. sy duk ngn mak mertua kak..jd kalo raya kene gilir..dan bila sy request nk duk lama skit umah mak saya..die terpaksa redha sbb hari2 sy duk umah die dh..jd x adil jika die x bg sy beraya umah sy lama skit..hehe

    ReplyDelete
  10. terima kasih Cho
    kite nak minta maaf, kalo tak sebut name cho dlm entry kite tu...
    ramai sgt.. sampai ilang ingatanku sekejap, tapi kite akan ingat cho, InsyaAllah....

    Cho pun selalu kan komen2 kat blog kite, aa'ah.. kite nak ingat cho, kite letak kat bloglist la...

    ReplyDelete
  11. betul la cho, suami pun kenala pandai macamana nak bahagikan sama rata. selagi tak langgar syariat memang akan ikutla suami. memang syurga dia pada ibunya

    ReplyDelete
  12. suami ko sekadar berkongsi rasa jerrr.... ko tk perlu terasa! ko isteri mithali... ewaaahhh

    Aku sbg isteri juga `cuba yg terbaik' even kdg2 ade rase `ketidakadilan' tu! sbg isteri, mmg kena mengalah dgn ibu mertua!

    p/s: OSK staf dpt rate `special' kt swiss thru PJ DEV. Lenkali ko tanye aku ekkk?

    ReplyDelete
  13. insha Allah yang penting toleransi..kadang2 orang2 luar yg melebih, padahal husband n wife takde problem pn... :)

    ReplyDelete
  14. kalau semua pihak bertoleransi mesti ok kan kak.. =)

    ReplyDelete
  15. dlm perkahwinan toleransi kedua pihak kedua keluarga mmg amat penting.kena adil juga.Alhamdulillah setakat ni kalau bab raya...mmg adil la..contoh kalau raya pertama thn ini di kg saya,maka raya ke3 akan balik kg suami,so thn depan raya pertama kg suami ,raya ke3 kg saya pulak.Raya hj ni pulak..mcm berat je balik kg suami...hihi,,keputusan belum dibuat setakat ini.

    ReplyDelete
  16. perkongsian yg bagus kak...Alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
  17. kami sblm kawen dh wat perjanjian muafakat..rya mesti gilir2...kalu thn ni rya umh fini thn dpn umh husben plak..so fair n square lh...syukur suami pn bertoleransi walaupun kuasa di tngan dia but kna ade give n take la kn...ehehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts