Nuffnang saya

Followers

Monday, November 25, 2013

Congratulations Nurul Azalia

Tahniah untuk anak ibu yang comel dan baik hati Nurul Azalia yang telahpun menamatkan belajar di Genius Aulad. Rupanya dah tiga tahunpun adik belajar di sini dan macam-macam benda yang dia dah belajar di sini. Dari tak pandai menulis sekarangni dah pandai menulis dengan cantik dan kemas... Dari tak pandai membaca sekarangni dahpun pandai membaca.. Doa seharian dan juga surah-surah pendekpun dik Ya dah pandai sekarangni.. Syukur kehadrat Illahi yang membukakan pintu hati anak kami Nurul Azalia untuk menerima ilmu yang baik... 

Bercerita tentang majlis ' Little Ihtifal & Readers Theatre' yang berlangsung di Dewan Cempaka Sari Putrajaya pada 24hb November yang berlangsung meriah dan sungguh bererti sekali. Tapi ada kisah disebaliknya, malam sebelum nak pergitu tak jumpa buku mesej dik Ya dan akak mulalah gabra sebab tak ingat majlis bermula pada pukul berapa.. Nasibler ingat tempat majlis berlangsung sebab sama macam tahun lepas juga. Jadi dah tak ingat pukul berapa ambil keputusan datang awal sikitler pukul 8.00 pagi dah terconggok di Perbadanan Putrajaya... Rupanya pendaftaran pukul 8.30 pagi akak ingatkan 7.30 pagi.. Dahler sampai di lobi tengok meja kosongjer, dah terfikir tersalah tempatker akakni. Nasibler ada seorang kawan kelas dik Ya pun dah sampai lagipun ada papan tanda Little Ihtifal GA..

Bila dah sampai awal tak bersarapanler pulak dan tahunni tak di sediakan sarapan jadi berlaparler kami anak beranak. Tapi sebab semangat nak tengok anak tu lebih kuat tak rasa laparpun.. Jom tengok gambar jerler... 
Gambar Azalia berjubah... 
senyumlah sikit dik Ya... 
Tahniah dik Ya... 
Adik memang hebat... 
'Door Gift' dari Genius Aulad.... 
Sebab datang awal, tempat letak kereta kosong lagi... 
Bergambar di depan dewan yang tersergam indah..
Dewan Cempaka Sari Putrajaya...
Dalam perjalanan nak pergi ke dewan... 
Pentas yang cantik... 
Tahniah untuk cikgu yang bertungkus lumus menyediakan pentas ini.. 
Barisan pelajar berumur 6 tahun yang akan menerima sijil... 
3 kelas kesemuanya untuk sessi pagi..
6 Madinah, 6 Istanbul (kelas dik Ya) dan 6 Damsyik
Hari yang dinantikan telahpun tiba... Tahniah dik Ya... 
Mom, Dad & Genius Aulad, Thank You...
Bergambar dengan cikgu kelas lepas menerima sijil.. 
Gambar masani semuapun tak jelas.. 
Dapat teddy bear dari Genius Aulad sebab dah habis belajar... 
Terima kasih atas tunjuk dan ajar...
Jasa guru-guru semua akan sentiasa dikenang.. 
Doakan anak-anak kami akan terus berjaya dunia dan akhirat... 

Salin dari facebook GENIUS AULAD  bertarikh 20 November 2013..
Dear 6ers children, we'll be really missing you. We'll just have another 2 days to be with you. Your smile, tantrums and laughter. Your have created that fine part in us. You know what? You're more than fine - you're amazing. ~ https://www.facebook.com/geniusaulad.com.my

Membacanya buat hati akak rasa bertuah... melihat video Terima kasih Cikgu yang disediakan masa hari Ihtifaltu memang menyentuh hati... Semoga Genius Aulad berjaya menjadi organisasi hebat yang mampu membuka mata sesungguhnya pendidikan Islam juga ada gaya mutu dan keunggulan... Terima Kasih Cikgu dan Terima Kasih Genius Aulad... 

27 comments:

  1. Tahniah adikkkk. Semoga berjaya dunia akhirat yea

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat dik Ya tahun depan bermula cabaran baru.

    ReplyDelete
  3. Tahniah nurul Azalia. Semoga berjaya dunia Akhirat. Tak terasa anak2 kita Semakin membesar. Begitulah cepatnya masa berlalu.

    ReplyDelete
  4. tahniah dik ya..lamanya dia belajar kak..umur 4 taun dah antar yer..
    gud luck tau tahun depan dah masuk sekolah..kejap jer kan masa berlalu..dalam tak sedar anak2 dah besar pon..

    ReplyDelete
  5. tak sedar Zila... tahu-tahu tahun depan Dik ya dah masuk tahun 1.

    Tahniah dik Ya:)

    ReplyDelete
  6. Tahniah adik Azale... bagusnya kt sana byk tempat kita boleh hantar anak2 belajar..terutama yg berkonsepkan Islam.. kt sini msh blm byk pilihan..nak hntar anak pun kena fikir dua tiga kali.. :(

    ReplyDelete
  7. Tahnaih dik ya dari aunti JM..dah masuk kelas satu nanti rajin2 belajar tau..pastu mesti dgr ckp ibu jgn nakal2..chee wahhh

    ReplyDelete
  8. Tahniah Dik Ya~
    moga jadik pelajar cemerlang dunia dan akhirat. amin~

    ReplyDelete
  9. Tahniah yer diek ya... mmg sebagai parents kita pasti rasa bangga kan !

    ReplyDelete
  10. Tahniah dik ya..tahun depan semoga lebih cemerlang

    ReplyDelete
  11. tahniah dikya. pentas tu cantik. memang gigih cikgu2 dia. kagum pon ada dgn cikgu2 tadika ni. penyabar dan kreatif.

    baju dikya mmg cantik dan elok2 je dgn dia kan.

    ReplyDelete
  12. Tahniah adik kecik hehehe

    Suka tgk nama kelas dia ;)

    ReplyDelete
  13. tahniah azalia..
    proud for you..

    ReplyDelete
  14. Majlis utk budak2 tadika pun buat besar2 di tempat elok pula tu.. untungla kalau sekolah meraikan anak2 macam ni.. kita pun tumpang bangga sangat kan.

    Tahniah azalia.. rajin2 lagi tahun depan ye

    ReplyDelete
  15. Tahniah dik ya.. tahun depan dah masuk darjah 1 ... sure lg seronok

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah..
    tahniah adik ya.. next year dah darjah 1 kan.. moga terus bjaya dgn cemerlang ye.. & selamat melangkah ke dunia psekolahan sebenar next year

    ReplyDelete
  17. serius bebeno muke adik Ya tuh... heheheh

    ReplyDelete
  18. meriah la kak GA punye majlis akhir tahun...grand betul persiapan die kan kak....rase nak anta dayyan jugak nanti...tapi kat putrjaya takde lagi GA ni kak....

    ape pun, tahniah buat adik ya...moga terus sukses...

    ReplyDelete
  19. tahniah dik ya...thn depan sekolah kat mane kak/?

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang