Nuffnang saya

Followers

Friday, November 18, 2011

Sediakan bajet dengan sistem sampul


Sumber : Utusan Malaysia
Pengguna dan isi rumah pada hari ini berhadapan dengan masalah isu kenaikan kos harga makanan, kenaikan harga petrol dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Bagi memastikan kenaikan kos ini tidak memberikan tekanan kepada kehidupan, anda hendaklah menguruskan kewangan dengan baik.

Antara aspek penting dalam pengurusan kewangan ialah membuat bajet bulanan. Bajet membantu anda mengenal pasti aliran tunai sebenar perbelanjaan pada akhir bulan. Salah satu kaedah dalam menyediakan bajet ialah melalui sistem sampul . Untuk itu, anda memerlukan beberapa keping sampul, salinan bajet dan pensil untuk melakukan aktiviti ini.

Langkah pertama : Pengguna diminta menyediakan bajet
Anda harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada bulan tersebut dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberikan kesan terhadap situasi kewangan anda

Langkah kedua : Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori
Teliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti makanan, penggunaan petrol, pakaian, peralatan rumah, hiburan dan sebagainya. Wujudkan sampul surat dengan menulis kategori-kategori yang dinyatakan dalam bajet pada setiap sampul surat.

Langkah ketiga : Isikan sampul dengan bajet yang diperuntukkan.
Isikan sampul dengan wang yang diperuntukkan dalam bajet mengikut kategori.

Langkah keempat : Belanjakan wang
Gunakan wang yang diperuntukkan mengikut kategori sampul surat. Contohnya, sekiranya pembelian untuk makanan, gunakan wang daripada kategori makanan sehinggalah wang tersebut habis mengikut peruntukkan. Pada ketika ini, perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan untuk penyediaan bajet pada bulan hadapan.

Langkah kelima : Letakkan mana-mana wang lebihan untuk simpanan
Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan, jadikan ia tambahan simpanan anda atau gunakan untuk tambahan bayaran kepada liabiliti atau hutang

Langkah keenam : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan
Isikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul. Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet anda. Dalam mengikuti langkah-langkah di atas, sedikit tip ingin dikongsikan bersama agar impian dan hasrat anda benar-benar menjadi kenyataan.





Antara tip-tipnya ialah :-

a. Alihkan peruntukan kategori-kategori anda pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet sebenar.

b. Sekiranya anda tidak membuat pembelian secara tunai, ambil masa beberapa bulan untuk menyesuaikan bajet anda dalam system sampul ini. Jangan terus mengalah sekiranya anda tidak dapat mematuhi bajet. Anda harus berusaha pada bulan seterusnya.

c. Sekiranya anda tidak dapat mematuhi sistem sampul secara bulanan, mulakan secara mingguan atau dwi mingguan. Ia bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu system yang berkesan untuk anda.

d. Adakah saranan membawa wang tunai ini menyebabkan anda rasa takut atau sukar? Anda boleh gunakan kad debit dan masih boleh menggunakan system sampul surat. Hanya tolakkan setiap pembelian anda dan catatkan dibelakang sampul surat dan hentikan pembelian sekiranya baki sampul surat menunujukkan “0”.

Macam bestjerkan, tapi tuler macam dah terlambatjerkan kalau tahu dari dulukan mungkin akak dah banyak simpanankan... kuang.. kuang.. padahal kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih.... yang pasti menyimpan ini mesti dilakukan tanpa mengira masa, usia dan apa juga keadaankan. Antara azam untuk maal hijrah yang akan datang ini ialah untuk menambahkan simpanan dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting. Kemungkinan sistem sampul ini menjadi pilihan supaya akak tidak berlebihan dalam bab yang tidak sepatutnya.. Amin....

6 comments:

  1. bagus gak tip nie ek...
    leh try ler hujan bulan nie hehehe..
    thanx for sharing...

    ReplyDelete
  2. WAh...berguna weh tips ni..boleh guna nih..harap2 dapat buat semua yang dicadangkan..

    ReplyDelete
  3. erm tuan belog..jom xchange link nak?
    dah link kiz bagitau k

    www.kizgarden.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. ekekek... dulu ila rajin tgk channel Health, mmg ada ajar cr ltk dlm sampul or bekas. ila folo ltk dlm bekas. tp ada la sbln 2 je folo. ekekek....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... kak cho.. banyak tips berguna ni.. thanks for sharing.. :) muahhhhhss..

    sok cuti jalan2 mana kak?

    ReplyDelete
  6. Mmg berguna tips ni tp kena istiqamahlah kan...mcm I ni..mula2 je bsemangat lpas tu da lupa da...kekekekek..anyway thanks for the info...maybe I should try to be more discipline..salam kenal cho zila...jgn serik ke blog sy ye ;)

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang