Jangan simpan bebola jeli kristal


Hanya untuk ingatan kepada emak bapa diluar sana berhati-hatilah dengan apa yang kita gunakan. Anak kecil tidak mengetahui bahaya yang didepan mata kita yang dewasa inilah yang harus memantaunya. Satu kisah untuk dijadikan teladan kepada kita semua kerana penjualan bebola jeli kristal ini telah diharamkan oleh kerajaan. Semoga Ifti Ilya Farhana akan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan untuk ibunya diharap dapat melalui trauma ini dan bersabar dengan dugaan ini.
SITI Aishah Yusof membelai anaknya, Ifti Ilya Farhana yang nyaris maut kerana tertelan bebola jeli kristal di HTTA, Kuantan, semalam
KUANTAN 2 Nov. - Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam semalam, gara-gara tertelan dua biji bebola jeli kristal di rumahnya di sini, pada 26 Oktober lalu.
Dalam kejadian semasa cuti Deepavali, mangsa, Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairudin tertelan bebola itu dipercayai diberikan oleh seorang kanak-kanak lain yang menyangka ia adalah gula-gula.
Menurut bapa mangsa, Mohd. Khairudin Harun, 29, kejadian disedari oleh isterinya, Siti Aishah Yusof, 27, yang berada di rumah tetapi menyangka anaknya itu mengunyah gula-gula.
"Namun, selepas diteliti barulah perasan bahawa itu bukan gula-gula, tetapi bebola jeli kristal. Isteri saya sempat mengambilnya, namun dua daripada tiga biji bebola itu telah ditelan anak kami," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Mohd. Khairudin yang mempunyai dua anak berkata, dia menyangka bebola ditelan itu tidak memberi kesan dan akan keluar bersama-sama dengan najis anaknya.

Namun selepas beberapa hari, katanya, Ifti Ilya Farhana mula demam dan muntah-muntah.

"Dia juga tidak mahu makan dan minum. Saya membawanya ke HTAA, Sabtu lalu untuk dirawat.

"Selepas ujian X-ray, doktor mengesahkan tiada apa-apa di dalam perutnya. Bagaimanapun pada malamnya, anak saya tiba-tiba muntah dan turut mengeluarkan sebiji bebola jeli kristal," ujarnya.

Justeru keesokannya, dia terus membawa anaknya ke hospital lalu doktor mengesahkan bahawa bebola itu berada di dalam usus kecil dan perlu dibedah segera.

Katanya, selepas dibedah selama dua jam, doktor memaklumkan keadaan anaknya itu stabil dan akan sembuh dalam masa seminggu. "Pembedahan itu berjaya mengeluarkan bebola kristal itu yang telah mengembang sehingga sebesar bola ping pong," katanya.

Pada 25 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan larangan penjualan bebola jeli kristal atau dikenali sebagai colour crystal ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu.

Ia selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pengharaman itu memaklumkan, kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam dalam perut manusia.

Comments

  1. bahaya kan...nasib baik rumah kita tak de benda2 mcm nie..

    ReplyDelete
  2. da baca da nih kak.. ngeri lak

    ReplyDelete
  3. bhya,,, me pon kena hati2 lepas ni.. sbb ada anak kecik

    ReplyDelete
  4. aduii bahya tul la..bukan budak2 je kkdg kite tgk pun cm jeli bulat2 dlm abc tu je kan?

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, takutnya....

    nasib baik berjaya di keluarkan kan...

    ReplyDelete
  6. bahaya ni...mujurlah tak jadi apa2 yg lebih teruk..semoga cpt sembuh adik ni...

    ReplyDelete
  7. aihh bahayanyerrr...memang kena hati hati lebih skit ni..mudah mudahan tak jadi pada keluarga kita kan..

    ReplyDelete
  8. memang bahaya kn..jadikn teladan,,kita ada ank kecik yg xtau apa2 lg..

    ReplyDelete
  9. nauzubillah...alhamdulillah budak tu selamat...

    mintak dijauhkan drp keluarga kita benda2 tak elok seperti ini...amin...

    ReplyDelete
  10. eee menakutkan je kan... moga dijauhkan perkara sebegitu

    anak masz x pandai lagi makan gula2 walau umur dah 3 tahun, kalu dia trus x pandai makan gula2 pon x per.. x elok utk kesihatan kan..

    ReplyDelete
  11. memanglah malang tak mengira tempat n keadaan...
    tapi kena beringat seblm kena...

    ReplyDelete
  12. Bahayanye..
    Alhamdulillah budak tu dapat diselamatkan..

    ReplyDelete
  13. bahayanyer.. Alhamdulillah bdk tu selamat...

    ReplyDelete
  14. Ada baca tentang bebola kristal ni hari tu. Syukur budak tu tak apa-apa, sebab ada yang dah meninggal kan, tertelan benda ni.

    ReplyDelete
  15. owh.. rupanya dah ade larangan utk jual/beli bebola kristal tu..

    ReplyDelete
  16. Memang bahaya benda alah tu...ari tu anak bawak balik..cepat2 amik pada dia...nampak memang menarik....tapi sangat bahaya

    ReplyDelete
  17. memang bahaya ... kadang2 kita tak perasan... bila anak masukkan sesuatu ke dalam mulutnya ....

    ReplyDelete
  18. sib baik dapat diselamatkan...bagi yang ader anak kecik perlu berjaga dalam setiap tindakan anak2 kalau boleh jauhi daripada barang2 yang berisiko...

    ReplyDelete
  19. seb baik mmg tak pernah beli kat umahh.. pembunuh dalam senyap rupanaya huhuhuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts