Nuffnang saya

Followers

Friday, June 5, 2015

Selangor ada banyak tempat menarik

Entri panjang dan banyak sumber yang akak korek hanya untuk rujukan...
Negeri Selangor negeri bertuah kerana macam-macam ada di sini...
Rupanya tahun 2015 dipilih sebagai Tahun Melawat Selangor...
Oleh itu bertepatan sekali kalau entri keistimewaan negeri Selangor untuk pelawat ini akak sediakan..

Selalu kalau cuti panjangjer jalan ke utara dan ke selatan pasti akan sesak...
Jadi apa kata kita tinjau apa yang menarik di Negeri Selangor yang kita tidak pernah lawati...
Percutian yang dekat dan tentulah belanjanya lebih murah ....
Jadi tidak perlulah kita menambah kesesakan di atas lebuh raya lagi ....

Senarai yang akak buat ini hanya di Negeri Selangor tidak termasuk Kuala Lumpur..
Jadi bayangkan betapa banyak tempat untuk kita lawati sebenarnya....
Tengok peta pelancongan untuk negeri Selangor ini terlebih dahulu....
Jom akak mulakan cerita tempat wajib dikunjungi kalau datang ke Selangor...

SUNWAY LAGOON

Taman Tema yang sangat terkenal...
Harga boleh tahan juga rasanya...
Klik di sini :- HARGA TIKET SUNWAY LAGOON
Untuk warganegara dewasa adalah RM90 dan kanak-kanak RM65...
Ehm kenalah menabung dahulu baru boleh masuk sini...
Maalumler makanan di dalampun boleh tahan juga harganya...
Namun keseluruhan memang enjoy sangat terutama kalau pergi ramai-ramai...
Nampakkan betapa lamanya akak tak kesini...
Masani Atikah dan Azaliapun comel sangat...
Pakai baju renang tapi pakai pampers, dalam air tentulah bukak...
Masani sepupu suamipun anak dara dan budak sekolah lagi...

I-CITY SHAH ALAM

Ini tempat baru yang tidak kurang menariknya...
Tapi pada akak harga tiket dia lagi macam ehm mahaljer...
Terpulanglah jugakan sebab ada tempat yang kita nak juga pergikan...
Macam akakpun ada juga pergi tempat yang akak teringin sangat...
Banyak tempat menarik di I-Cityni cuma sediakanlah duit....
Antaranya yang paling awal tarikan di sini ialah melihat lampu yang macam-macam bentuk...
Lepastu macam-macam ada antaranya ialah Taman Tema Air, Cho Zila di muzium lilin, Snow Walk, Cho Zila di Trick Art Museum,Cho Zila diHouse of Horror, Fun World Rides And Attractions, 5D Cinema  dan lain-lain lagi...
Boleh tinjau harga tiket yang ada di I-CITY
Memang banyaklerkan dan banyak jugalah duit yang kena keluar...
Kami dah pergi sebahagiannya dan ada rezeki datanglah kot idak tak payahlahkan...

Jom baca entri kenangan kami di sini :- INFO RED CARPET

Ada tarikan terbaru di i-city yang buatkan akak juga teringin nak sampai lagi ke situ jom baca blog :- LITTLEMAMADIARY ... baru membebel harga tiket mahal tapi nak juga pergikan... naluri ingin tahu...

KIDZANIA

Tempat kegemaran anak-anak akak..
Pergi dah lebih dari dua kalipun masih merengek nak pergi sini..
Janji belajar rajin-rajinpun sebab nak pergi sini...
Apa yang menarik sangat Kidzaniani kenalah pergi sendiri..
Yang happy hanya kanak-kanak tau bukan kita ibu bapanya...
Cho Zila di KIDZANIA

Bacalah artikel ini :- SIRAP LIMAU @ TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI CUTI SEKOLAH.. Kebanyakanya adalah di Negeri Selangor...

Jom terokai tempat menarik mengikut 9 daerah di Selangor...

(I) PETALING
Daerah yang paling banyak tempat menarik untuk dikunjungi...

(A) Shah Alam

1) Taman Botani Negara~
terkenal sekali Rumah 4 musim
ada macam-macam lagi sebenarnya...
2) Taman Tasik Shah Alam
3) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
4) I-City
5) Wet Water World
Baca kisah Cho Zila di WET WORLD SHAH ALAM
6) Taman Seni Islam
7) Muzium Sultan Alam Shah
8) Kilang Roti Gardenia
9) Denai Alam Riding Recreation Club

Taman Botani Negara pada masa ini  ada hari keluarga PTGS 2010
Gambar masa I-City mula dibuka...
Jom baca cerita  kami di sana juga :- Cho Zila di WET WORLD SHAH ALAM

(B) Petaling Jaya/Damansara/Subang Jaya

1) Sunway Lagoon
2) Muzium Petaling Jaya
3) Pasar Antik Amcorp Mall
4) Kidzania
5) Kilang Coklat Beryl's
Cerita kami di Kilang Coklat ada di sini :- Posing di Kilang Coklat
6) Muzium Coklat
7) Farm In the City http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2014/12/farm-in-city-seri-kembangan.html
8) Asean Water Sports Village Puchong
9) Mines Wonderland

(I1) HULU SELANGOR 

Terjah blog ini :- JOM HULU SELANGOR
1) Pekan Kuala Kubu Bharu
2) Empangan Peretak
3) Alor Lempah, Ampang Pecah
4) Bukit Kutu
5) Taman Rekreasi Millenium
6) Santuari Ikan Sungai Chiling

PETA PELANCONGAN DAERAH HULU SELANGOR
Gambar kami di Empangan Sungai Selangor Kuala Kubu di entri ini :- Sebelum naik ke Fraser Hill

(II1) GOMBAK

Maklumat dari sini :- MPS.GOV
1) Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
2) Empangan Batu
3) Muzium Orang Asli
4) Batu Caves
5) Gua Damai
6) Hutan Lipur Bukit Lagong
7) Hutan Lipur Sg Tua
8) Hutan Rimba Kanching
9) Hutan Rimba Templer
10) Taman Rimba Komanwel
11) Tasik Biru Kundang

(IV) KLANG

Maklumat dari sini :- MPKLANG
(maklumat dari MPKLANG ini banyak dan sangat membantu)

1) Tanjung Harapan
2) Pulau Ketam
3) Terminal Star Cruise
4) Taman Bandar Diraja
5) Pelabuhan Klang
6) Gedung Raja Abdullah
7) Kota Raja Mahadi
8) Jambatan Kota
9) Istana Alam Shah
10) Balai Bomba Klang Selatan
11) Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

(V) KUALA SELANGOR

Maklumat dari sini MDKS.GOV
1) Bukit Malawati
2) Kelip-kelip Kampung Kuantan
Baca cerita :- Cho Zila di KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN
3) Taman Alam Kuala Selangor
4) Pantai Remis Sungai Sembilang
5) Homestay Sg. Sireh
(sebenarnya di sini banyak ajer projek homestay kalau berkenan google sahaja)

(VI) SABAK BERNAM
MDSB
1) Pantai Bagan Nakhoda Omar
2) Kelong Paradise
3) Muzium Daerah Sabak Bernam
4) Pantai Batu 23, Sg Nibong
5) Pekan Sungai Besar
6) Pusat Pemerhatian Enggang
7) Pasar Sungai Haji Dorani
8) Homestay Sungai Dorani yang sangat femes !!!
9) Muzium Pertanian dan Perikanan
10) Sabak Waterfront
11) Sungai Apong
12) Homestay banyak ada di sini..~ untuk merasai suasana kampung
(Boleh tengok di sini untuk lebih mudah... mdsb @ homestay)

(VII) SEPANG

1) Kuala Lumpur International Airport (KLIA 1 & 2)
2) Litar Antrabangsa Sepang
3) Muzium Automobil Nasional
4) Avani Sepang Gold Coast Resort
5) Pantai Bagan Lalang
6) Banghuris Homestay
Bacalah Banghuris homestay Sepang mempersonakan ... akakpun jadi kagum...

(VIII)KUALA LANGAT
MDKL
1) Pantai Morib dan Pantai Kelanang
2) Bukit Jugra dan aktiviti paragliding
3) Muzium Insitu Jugra
4) Paya Indah Wetlands
5) Pulau Ketam
6) Pulau Carey ~ Perkampungan Budaya Mah Meri dan Hatters Castle
Info boleh baca dari :- Blog Dr Singa di Pulau Carey
9) Tanjung Sepat ~ Lover Bridge
8) Kilang Kerepek
9) Homestay juga terkenal di sini...
10) Gold Coast Morib Resort
Jom baca cerita kami :-  CHO ZILA BERCUTI DI GOLD COAST MORIB JER!!

Bacalah blog akak tentang :- Kuala Langat di mata CHO ZILA

(IX) HULU LANGAT

1) Sungai Congkak
2) Air Terjun Sungai Gabai
3) Agrotek Garden Resort
4) Bukit Broga
5) Gunung Nuang

Hanya untuk rujukan sahaja...
Kalau ada salah silap harap dimaafkan...

Suka baca artikel ini :- TOP SELANGOR ATTRACTIONS

Sila lawat laman web TOURISMSELANGOR

8 comments:

  1. wahhhhh...baru taw byk tempat2 menarik kt Selangor ni.lps ni, xyahla jln jauh2..:D

    ReplyDelete
  2. Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

    ReplyDelete
  3. betul Selangor pun byk tempat menarik untuk bawak anak2 bercuti time cuti Sekolah ni

    ReplyDelete
  4. tq for sharing...
    blhlah dijadikan panduan..
    cuti baru2 ni sempat bawa ke icity..coming soon ade rezeki blh ke tmpat2 lain lak

    ReplyDelete
  5. banyak jugak tempat dalam selangor acik dah pergi zila..18 tahun acik tinggal diselangor dulu kan

    ReplyDelete
  6. Wahhh sampai balai bomba pun jadi tempat menarik kat selangor ni.

    ReplyDelete
  7. Wahhh sampai balai bomba pun jadi tempat menarik kat selangor ni.

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang