Nuffnang saya

Followers

Monday, June 1, 2015

Gua Ashabul Kahfi

Tempat yang terakhir dikunjungi sebelum berangkat ke Madinah...
Lokasi Gua Ashabul Kahfi tidak jauh dari Bandar Amman...
Merupakan suatu kisah benar tentang 7 pemuda yang tertidur di dalam gua..
Mereka cuma bangun selepas 309 tahun kemudian..
Pemuda-pemuda beriman ini hidup di zaman Raja Diqyanus Rom...
Mereka hidup dikalangan penduduknya menyembah berhala dan raja yang zalim...
Demi menjaga iman, mereka lari kerana di kejar oleh tentera yang ingin membunuh mereka...
Firman Allah;“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”.

(al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.
Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”.
(al-Kahfi: 11).
SUMBER : SUHAILA @ jejak ke gua Ashabul Kahfi. Memang banyak ilmu tentang Ashabul Kahfi boleh dapat di sini...
Jom tengok gambar yang ada semasa di sana..
Bergambar beramai-ramai di depan pintu gua...
Berakhirlah kisah jalan ramai-ramai di Palestin dan Jordan..
Sampai di Madinah nanti kebanyakannya berjalan sendiri-sendiri sahaja..
Menunggu di luar kerana ada grup lain yang telah masuk ke dalam sana terlebih dahulu..
Guanya bukanlah besar manapun kalau masuk ramai sangat mahu tidak bernafas...
Panas terik tapi cuaca terasa sejuk dan nyaman...
Ini pemandangan di depan gua..
Main tunjukjer entah lubang apa yang ada di situ...
Di belakang kami terletak tinggalan para penghuni gua...
Terdapat juga satu tempat simpanan tulang dipercayai kepunyai penghuni gua tersebut...
Di letakkan di bawah tempat tidur batu mereka..
Tapi di sebabkan handphone akak buat hal di sana tiadalah gambar...
Gambar yang ada inipun dikirimkan oleh adik ipar akak yang ditengahtu..
Di sebelah gua tersebut ada sebuah masjid besar...
Nampak cantik tapi tidak sempat untuk masuk ke dalam kerana waktu yang suntuk... 

Berakhirlah kisah perjalanan akak di bumi Jordan...
Rasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Madinah pula...
Dalam hati ada gusar kerana inilah pengalaman pertama akak mengerjakan umrah...
Persiapanpun tidak selengkap mana namun berdoa Allah permudahkan segalanya.. 




6 comments:

  1. melwat tempat2 sejarah yg dinyatakan dlm al quran yg kita dah lama baca dan diceritakan pada kita mmg best kan..

    ReplyDelete
  2. seronok tengok akak sampai jugak ke sana dengan keluarga

    ReplyDelete
  3. best nya kak..walaupun baca catatan akak je tapi memang rasa sangat nak pergi sama..

    ReplyDelete
  4. seronok betul kak....dpt pg banyak tempat yg ramai org impikan nk pegi sana...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang