Nuffnang saya

Followers

Tuesday, June 2, 2015

Tanjung Malim Bandar Ilmu

Berhenti dulu cerita umrah ziarah akak terlebih dahulu...
Mari kita berkenalan dengan bandar Tanjung Malim...
Bandar terakhir sebelum kita masuk ke Negeri Selangor...
Sebelum Lebuh raya PLUS, Bandar Tanjung Malim ini agak sibuk...
Seingat akakler tiap kali ke Kuala Lumpur bas mesti singgah Tanjung Malim...
Untuk mengembalikan nostalgia akak naik teksi dengan opah akak masa kecik-kecik dulu kita ambil artikel dari majalah LIBUR ini..

MOTIF ::: Kenali negeri Perak yang ku cintai...

Sumber : Majalah LIBUR November 2014

Bandar Unik
Bandar unik yang bersempadanan dengan negeri Selangor ini berada di selatan negeri Perak. Mendapat nama daripada istilah Muallin yang bermaksud ilmu, ia terletak hanya 70km dari Kuala Lumpur. Tanjung Malam macam juga bandar-bandar lain yang ada di Malaysia. Ia kaya dengan sejarah dan keunikannya yang tersendiri. Antaranya ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kedai Pau Yik Mun, kedai makan Gado-gado Aman, Taman Tema Air Panas Sungkai dan pusat perkelahan air terjun Kalumpang..

UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga mempunyai muzium yang membenarkan orang ramai menghayati sejarah terperinci mengenai dasar pendidikan negara

Pau Yik Mun
Menjadi tumpuan kaki makan kerana pau daging, pau kacang dan pau kaya yang disediakan cukup menyelerakan. Di tambah pula daengan kopi putih yang nostalgik, pasti terangkat punggung ketika menikmatinya!

Gado-Gado Aman
Terleteak di mendan makan Tanjung Malim, gado-gado ayamnya sant istimewa. Kuah kacangnya yang manis dan pekat menambah nafsu makan jika diminum dengan air jagung yang dipesan.

Air Panas Sungkai
Selain menikmati air panas semula jadinya, orang ramai juga berpeluang menikmati pengalaman merebus telur dan menjamu selera di sini. Terdapat beberapa buah kolam yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah dan bergembira.

Air Terjun Kalumpang
Air sungainya yang sejuk dan suasana kanopi hutannya yang mendamaikan mengundang orang ramai untuk mengadakan palbagai jenis aktiviti riadah seperti manda-mandi dan berkhemah..

Mesti Tahu
Tiada bayaran dikenakan untuk mereka berkunjung ke MuziumUPSI. Masuk adalah percuma..

Itu sahaja kisah dia...
Akak pernah buat entri kedai makan yang sedap di Tanjung Malim..
Nama kedainya ialah RESTORAN GARDEN SEAFOOD TANJUNG MALIM
Bangunan Suluh Budiman adalah di kawasan UPSI...
Boleh nampak dari jalan raya besar...
Gambar adalah dari SUMBER :::MDTM

Menurut Laman Web Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) tempat menarik di Tanjung Malim adalah :-
1) Bangunan Suluh Budiman ... gambar di atas...
2) Kampung Kubu - Kampung asal dan tertua di Tanjung Malim..
3) Kawasan Perang Dunia ke 2 Slim Village
4) Jambatan Sungai Slim - Kesan peluru dan bom masih boleh di lihat di jambatan ini..
5) Rumah Za'ba - Pendita Za'ba pernah tinggal di rumah tersebut...

Jadi apa lagi macam-macam ada di Tanjung Malim ...
Dari segi sejarahnya, rekreasinya, dan makanannya...
Perak Darul Ridzuan moga terus maju di bawah Sultan yang hebat... 

3 comments:

  1. byk jugak kan tmpt2 menarik..tp kalau kat tg malim falsya tau satu jer..pau yik mun..hehehehe

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang