Bercuti di Gold Coast Resort Morib

Kami ke sini untuk harijadi akak tahun ini dengan menempah secara online untuk promosi harijadi di http://www.goldcoastresort.com.my/. Sekarangni groupon der promosi hotelnikan. Promosi yang akak ambil ini  berbaloi rasanya dengan harga yang dibayar, tapi ada kisah yang ingin akak ceritakan sepanjang bercuti di sini.

Kebetulan sepanjang budak cuti sekolah ini, akak akan bekerja atau berkursus setiap hujung minggu makanya adalah selamat untuk akak bercuti di awal cuti persekolahan mereka. Akak dan suami sahaja ambil cuti dan lepas budak dua orangtu habis sekolah baruler kami bertolak untuk memulakan perjalanan. Untuk catatan inilah perjalanan kami yang pertama dengan kereta baru kami.. kereta apa tunggu mungkin nanti...

Ini dua orang budak yang tertidur sebab dalam perjalanan ke Morib itu ada kemalangan maka jalan jem sikit.. Dan yang penting sebab kereta baru maka dapatlah budak dua orangtu tidur dengan selesa sekali...
Kami dah sampai ok... nilah bilik kami untuk semalam..
Dik Ya dah seronok bagai nak rak sebab tengok kat bawahtu ada kolam besar... ye ha!.. asyik tanya bilalah kita nak turun ini ibu!!
Kakak pulak ambil tempat bergambar di sini... nasib bilik kami berdepan dengan water park baruler bestkan.
Kami makan maggi cup jer untuk makan tengahari sebabnyer tak singgah manapun dalam perjalanan. Nak makan di restoran dia pulak ada function, nak keluar suami akak kata jauh so pergijer kedai serbaneka tapi harga boleh tahan untuk maggi cup tu RM3.00 tau..
Oleh kerana kami ambil keputusan untuk pergi ke water park hanya esok pagi jadinya petangtu akak dan anak-anak hanya berendam di jakuzi ini( tapi jakuzi tak berfungsipun). Seronok gak dapat gelak ngan anak-anak...
Ayah dia ambil gambar dari dalam bilik sebab ada tingkap antara bilik dan bilik air.. Kalau budak dua orangni baik ambil gambar ginikan best cantik jer...
Ada Gazebo kat tepi pantai tau, sebenonyer cantik tapi mun dah budak berduani buat perangai tak nak bergambo buatkan mood akak ke laut gak....
Lihat sajalah perangai dua beradikni yang buatkan ibunya rasa panas hati sepanas cuaca hari itu...
Pemandangan yang cantik ini tak dapat diabadikan memang geram sesangat...

Ha... ada cerita pasal hotelni yang ingin akak kongsikan bukan untuk menghentam tapi hanya untuk rujukan. Masa mendaftar takder masalah oklah mungkin tak ramai sangat. Masuk bilik takder elektrik pulak, dan nak panggil suruh diperbaiki punyaler lama datangnya. Rasa macam nak geramler pulak... Dah baiktu masalahnya jakuzi tetap tak boleh digunakan, jadinya janji konon ada jakuzitu takderler... tapi tak kisahlerkan...

Malamtu masa nak ambik hadiah seperti dijanjikan rupanya dapatler anak patung yang tak seberapatu, dapat satu sijil dan sebiji kek(kena mintak dikaunter). Mula tertanya gak kenapa ada yang dapat kek, akak tak dapat rupanya kena tanya dulu. Nasib mulut akak ni ringan sikit, tapi keknyer yang adoler bukanlah seperti yang akak bayangkan... Gambar nanti akan dikeluarkan ok...

Makanan rasanya memang tak kena dengan tekak akak dan suami, gitu juga ngan anak-anak. Entahler mungkin bukan selera akaklertu, dahler pekan jauh gak kalau nak keluar jadinya kalau pergi bawakler makanan sikit untuk lapik perut ok...

Yang paling sakit hati ialah masa nak masuk water theme park dia. Dalam kata lain pulak ialah staf dia perlu pergi kursus mengendali pelanggan. Malas nak cerita tapi memang geramler kalau ingat... tapi nasibler ok bila dah masuk dalam, anak-anakpun suka sesangat.

Kesimpulannya, mungkin akakni sebelum pergi mempunyai harapan yang tinggi atau mengharapkan 5 bintang tapi yang akak dapat hanyaler 2 bintang.. Kalau harapan yang akak sandarkan tidak terlalu tinggi mungkin akak tidak rasa sekecewa itu.. Sekian terima kasih...

Comments

  1. mesti frust kak kalau jadi benda2 camtu..yang dijanjikan tak mcm kita bayangkan..lepas tu yg kita plan tak jadi..memang geram lah..

    ReplyDelete
  2. wah seronoknye cuti2 ni lepak kat sini kan :)

    ReplyDelete
  3. Nasib baik anak2 seronok dpt mandi manda dlm water theme park tu,xlah frust sgt dgn Gold coast resort nie...

    ReplyDelete
  4. Staf kat waterpark tu sombong ke? Mesti muka masam je layan pelanggan kan?

    ReplyDelete
  5. wahh dah sampai gold coast morib yer.... macam best jer...

    alamak!!! nape pulak jadi mcm tu.. xkan dah booking untuk bestday x automatik dapat.. apelah.. nak kene tanyer dulu pulak...

    ReplyDelete
  6. mi kena buat aduan kat pihak atasan.. tah pape kan..

    ReplyDelete
  7. wahhhh kak berjalan sokmo ye =)
    sy baru plan nak ke sini huhu...semalam berapa ye kak?

    ReplyDelete
  8. alahai sian kat akak... masa kita pegi tu alhamdulillah semua ok..smpai hubby cakap nk pegi lagi.. syok mandi theme park dr check in smpai check out..

    malam tu kami makn kt pantai morib..ada kings ikan bakar, sedap juga

    ReplyDelete
  9. ala kak, baru plan nak gi sini

    ReplyDelete
  10. Tgk themepark tuh menarik jek.. Selalunya budak2 laa yg sukakan mandi2 themepark..tuh..

    Citer je laa apa yg tak bestnya..tuh?

    ReplyDelete
  11. bile ade problem camni..mood akan ke laut le..nk bercuti pon da kureng kan..sabar sis..

    ReplyDelete
  12. assalam zila..kalau macam tu teruk..memang tak kan ada ulangan lagi kan..cukup le sekali tu.

    ReplyDelete
  13. salam rindu kat cho...hehehe..dh melekat nm cho..sbb kadang2 panggi anak yg kecik tu cho juge...ater org perak..muahahaha..
    teman x penah sampei morib..tp nmpk gaya cam best da water park bagai..tp tggu staf demer g kurusus dulu ler..

    ReplyDelete
  14. As salam kak,

    Sedih je bunyi endingnye... Supposed to be happy kan... Apa2 pun anak2 gembira kite yg tgk pun gembira gak :))) Comel je adik beradik tdo mcm tu dlm kereta :)

    ReplyDelete
  15. hmm..tu la kan. x bole nk letak harapan yg tinggi. setakat ni saya pergi bercuti kt dlm malaysia ni, kt awana genting adalah terbaik. yg lain2 biasa je. mase bercuti ke bangkok pun sgt best, stay kt Furama International.

    http://suriaqistina.blogspot.com/2012/06/dapatkan-perkhidmatan-persembahan-kami.html

    ReplyDelete
  16. wow, bestnyerrrr...
    dap tu berkubag dlm jakuzzi mommie tu.. hehehhe

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. kalu dana pun tntu rasa kecewa kak... tp nsblah bdk2 tu hepy yek... yelah diaorang mana tau apa kite rasa kn

    ReplyDelete
  19. mmg geram la kan kak kalau jadik benda² mcm ni...takpela kak..bila tgk anak² happy, jadila pengubat duka lara tu.. :)

    ReplyDelete
  20. adohai auta la ni nampak kat websitr cam hebat....cancel la camni

    ReplyDelete
  21. Terima kasih.. Sila dtg lg..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts