Terbang bersama Air Asia

Ini hanyalah catatan peribadi yang bertujuan untuk ingatan dan pengajaran kepada akak di masa akan datang. Seperti yang akak bagitahu inilah pengalaman kali pertama akak menempah menerusi online tiket Air Asia. Tambahan pula semasa akak menempah itu ada promosi yang menawan hati, memang tidak berfikir panjang.  Oleh itu adalah perkara yang membuatkan akak berfikir sesungguhnya akakni tersilap percaturan. Jom tengok apa masalah yang menimpa akak disebabkan oleh jadual penerbangan yang tersilap pilih semasa menempah.

Pengajaran yang paling berharga akak dapat  ialah jangan nak suka-suka tekan butang submit. Kena fikir kalau bawa anak kecil tak sama dengan travel masa tidak ada diaorang. Sungguh berbeza tau, kalau dulu masa kami belum ada anak main terjah ke agensi perlancongan bawa bag 'heaver sack', kalau ada penerbangan bersesuaian dengan bajet terus boleh terbang. Ini kalau ada budak takkan nak tersadai kat airport tunggu pagi baru bergerakkan, jadi serba serbi kena fikirkan.

Perkara pertama yang menjadi masalah akak ialah pengangkutan pergi dan balik ke LCCT. Mulanya kami fikir nak letak sahaja kereta di LCCT tapi disebabkan akak pergi hari ahad dan balik hari rabu tak tergamakler pulak maalumler tempat letak kereta di LCCTtu terbukakan. Dari segi kospun agak mahal juga untuk 24jam di tempat letak kereta zon A adalah RM40.50 dan zon C adalah RM33.50. Boleh tengok di :- check-your-parking-fee

Jadinya pilihan kami hari itu ialah pergi menggunakan bas dari KL Sentral. Yang menjadi masalahnya ialah waktu balik pulak sebabnya penerbangan kami tertunda makanya kami sampai kaunter tiket teksi LCCT pada pukul 12.08 malam. Jadinya harga teksi untuk balik ke Bandar Kinrara pada malam itu berharga RM96.60 sebab katanya selepas pukul 12.00 tengah malam sistem tiket dia bertukar. Padahal akak dah bajet dalam RM65-RM70jer kot. Pengalamankan sudah pasti ada harganya..

Oklah kita layan saja gambar kenangan semasa pergi ke Langkawi dengan terbang bersama Air Asia.. Jom kita layan...
Dua orang budak yang seronok sesangat main troli masa mula sampaitu, tengokler beg kami tak banyakpun sebabnya pergi ke Langkawi memang seronok-seronok sahaja...
Dua orang budak dah letih menunggu kebetulan kamipun sampai awal di lapangan terbang dan juga kapal terbang ditunda jadual perjalanan lebih kurang sejam..
Inilah xtvt boring ibu dia sampai gambar pintunipun nak diambiknyer.. layanjerler...
Azalia duduk dengan akak, tapi Atikah dengan ayah dia.. jadinyer ada gambar adik dia sahajalah yerk...
Tak berani nak ambik gambar dekat dengan kapal terbang sebab ada keluargatu kena halau dengan kakitangan lapangan terbang kot.. jadilah jauh-jauh yerk...  Ok.. kami dah sampai Langkawi, syukur Alhamdulillah...

Perkara kedua yang disebabkan oleh jadual penerbangan yang silap pilih masa menempah ialah hotel. Almaalumler walaupun kami sampai di Langkawi pada pukul 12.00 malam tapi terpaksalah juga tempah hotel untuk satu malamkan. Lepastu disebabkan penerbangan balik pada pukul 10.45 malam maka hari terakhirtu terpaksalah tempah hotel untuk satu hari dan lewat check out. Kononnya nak cuti bajet akhirnya ada juga pembaziran di sana sini.

NEXT ENTRY : toyota-rush-kereta-sewa-langkawi . Jom kita tengok pulak apa cerita pasal kereta sewa kami....

Comments

  1. sebelum merancang dan kalau nak book tiket flight tu lbh baik kena comparekan sekali hotel check in dan check out.. biasanya kalau sya cuti2 naik flight ni confirm ambil tiket pagi spy bila smp destinasi tepat pd check in time yg biasanya kul 2 ptg.. kalau nk balik plak selalu ambil tiket flight sebelah petang spy bila check out tu cukup2 masa utk check out.. biasanya kul 12 t.ari.. dan ambil flight petang sbb in case ada kes delay mcm ni at least smp ke LCCT tu xdelah overnight sgt.. itulah yg selalu sya praktikkan...

    ReplyDelete
  2. fuuuiihhh belajar dr pengalaman tu berharga kan,.. kalau akak memang x da pengalaman sebab semua en somi yg urus,... adehhss.

    ReplyDelete
  3. Saya pun akan on board Air Asia next week..kami ke Sabah..setahun gak tempah tiket time promosi...

    Tak sanggup nak tinggal keta kat sana...mahal bangat...so mintak tolong parents antarkan...hehee...

    Semoga perjalanan kami nanti dilindungi dan dipermudahkan segala urusan, amin

    ReplyDelete
  4. betul kata akak tu, pengalaman memberi pengajaran.
    lepas ni sure akak akan lebih berhati2 kan..

    ReplyDelete
  5. setakat ni saya x pernah lg naik airasia. sbbnya mase pergi jalan2 dulu pun, ditaja dan pergi pun atas dasar kerja (2 dlm 1..hehe)..xpe kak, belajar dr pengalaman. kita hanya mampu merancang, tp Dia yg tentukan segalanya.

    http://suriaqistina.blogspot.com/2012/06/tanggal-270609.html

    ReplyDelete
  6. Pengalaman mengajar kita supaya lebih berhati² lepas nih.

    ReplyDelete
  7. ya ampun rega ticket parking tue lebey mahai dari parking kat haneda airport....rate cab pun cekik darah ekk...x per pengalaman katanyer @.@

    ReplyDelete
  8. ooo akak gi n balik waktu malam yeak....lieya mmg selalu book fly tu mesti pagi....sbb dah rugi hotel kalo fly mlm nie....

    takpe kak, tu semua pengajaran...tak buat kite tak tau kan...ni dah ade pengalaman so next time percutian akak lagi berhemah....

    ReplyDelete
  9. meriah gila harga parking.. cab pun boleh tahan..adeh la..takpe.. pengalaman..lain kali tau dah kan..

    ReplyDelete
  10. assalam cho zila..pengalaman boleh jadikan panduan untuk diri sendiri dimasa akan datang kan..
    acik tak pernah lagi naik flight..naik feri je

    ReplyDelete
  11. eee....bestnya dpt gi jalan2...

    ReplyDelete
  12. ye lahh semua tuu jadi pengalaman buat kita kan ..
    akk ke jakarta arituu singgagh tidur dirumah mertua adik ipar .. so pagi2 kami dari rumah dia lahh
    kejap je ..

    ReplyDelete
  13. xper kak..ni pengalaman..lps ni jd panduan..at least akak ok le gak cuma terkna waktu mlm..ade sorang blogger yg sya baca aritu terbook bln posa..lg le haru kn..sbb murah pnye psl udah excited tu yg cam xpk pjg tuh...

    ReplyDelete
  14. Jadi pengajaran dari pengalaman yg dialami kalau tak mana tahu.. tak apalah..

    ReplyDelete
  15. Ni semua pasal timing la kan? Tapi takde unsur2 penipuan daripada Air Asia la kan?

    Elok lagi amik gmbr dari jauh, nampak skit kapal terbang tu.

    ReplyDelete
  16. dulu sy gi naseb baik kaka antar..kalaau x mesti pening jugak.....x pela,benda nak jadik..yg penting akak n family enjoy kat sana =)

    ReplyDelete
  17. beshnyeeee gi Langkawi..jue asik berapa kali godek AirAsia..saja nak ngk harga promo....hehe tapi lom rezeki lagi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts