REVIEW : Alive 3D Art Gallery dan Rumah TerbalikT Port Dickson
Ulasan dari sudut pandang akak sahaja bukan kata pakar. Yang baik dijadikan pedoman yang mana tidak betultu di lupakan sahaja. Kita gabungkan antara kedua tempat yang menarik ini kerana lebih bermanfaat untuk mengetahui pro dan kontranya.
3D dan rumah terbalik ini tidaklah berdekatan antara satu sama lain. 3D berada di Lukut dan rumah terbalik terdapat di Port Dickson. Kedua-duanya baru lagi dibuka, 3D mula dibuka pada 9 November 2014 manakala rumah terbalik pada 7 May 2015.
Selamat Datang ke Alive 3D Art Gallery
Terdapat 51 jenis lukisan 3D dipaparkan di galeri Alive 3D. Jadi pandai-pandailah korang memilihnya dan cuba ikut arahan yang terdapat di situ... Kalau di Rumah terbalik terdapat staf yang sudi membantu untuk mendapatkan gambar yang terbaik.
Gambar tak jadi...
Gambar tidak menjadi memang biasalah kerana tidak mengikut arahan yang diberikan. Inilah yang paling susah kerana dengan tempat yang kecil dan orang yang ramai memang payah untuk mendapat aksi dikehendaki.
Kena berbaring...
Untuk kanak-kanak atau orang lelaki ok sahaja kalau kena berbaring. Tapi untuk golongan yang masih ada sifat malunya memang rasa payah sikitlah nak terlentang tergolek.
Rasa macam lebih kurangjerkan...
Yang kaki ke atastu di Upside Down
Dan yang kaki terkangkang tu di 3D..
Korang rasa sama lebih kurangjer kedua tempatni punya fungsi. Kalau Alive 3D Art Gallery tu aku setujulah memang itulah fungsinya tapi di Rumah terbalikpun lebih kurang sama. Suami akak tidak masuk rumah terbalik. Memang betul, tidak rugipun dia menunggu di dalam kereta.
Masa di sini ramai sangat orang, nampak kosongjer terus masuk...
Jadi tidak sempat baca dan tengok arahan...
Jadi mungkin aksini macam tangkap muatjer...
Gambar di atas contoh di rumah terbalik...
Jadi kena berfikir kalau terbalikkan gambar jadi macamana...
Kiranya masa ambil gambar kena berfikir sikit...
Untuk orang yang tidak suka berfikir macam akakni memang tidak menjadi...
Jadi tidak sempat baca dan tengok arahan...
Jadi mungkin aksini macam tangkap muatjer...
Gambar di atas contoh di rumah terbalik...
Jadi kena berfikir kalau terbalikkan gambar jadi macamana...
Kiranya masa ambil gambar kena berfikir sikit...
Untuk orang yang tidak suka berfikir macam akakni memang tidak menjadi...
Semasa pergi ke 3D akak sangat teruja dengan pelbagai gambar yang ada. Kebetulan gambarnya juga lebih berwarna warni dan cantik. Bila sampai ke rumah terbalik akak mengharapkan kelainan tapi tiba di situ tidak banyak yang dapat dibezakan. Rasa macam menyambung perjalanan dari galeri 3D sahaja cuma tempat yang berlainan.
Lagipun rumah yang ada bukanlah rumah terbalik yang sebenar seperti di Sabah mahupun Kuala Lumpur(kena pergini). Terpaksa berebut untuk bergambar juga menghilangkan mood kita. Kalau nak datang sini kenalah cari masa orang tidak ramai. Kerana bergambar di rumah terbalik lebih sukar untuk mendapat 'real'nya kalau tidak kena caranya.
Harga tiket di Rumah Terbalik Port Dickson
Harga tiket di 3D juga adalah sama seperti ini.
Adakah berbaloi harga tiket sebegini untuk masuk ke sini? Pada akak tidak berbaloi langsung kalau kita memang tidak suka bergambar. Banyak lagi pemandangan indah yang boleh dapat secara percuma di tempat lain. Tapi untuk kaki bergambar tempat ini adalah sangat sesuai. Haritu ada satu famili datang, anak ada 5 orang. Bayangkan berapa harga yang terpaksa dibayar untuk masuk ke sini.
Kalau sudah pergi ke 3D tidak perlulah lagi ke rumah terbalik atau sebaliknya. Tidak apa yang hebatpun kerana lebih kurang sama sahaja antara dua tempat ini. Untuk akak yang pernah sekali pergi ke sini rasanya tidak akan pergi lagi kecuali jika harga tiketnya dikurangkan.
Insyaallah hendak pergi ke rumah terbalik yang sebenar di Menara Kuala Lumpur. Nampak lebih real siap ada kereta terbalik dan rumah terbalik di KL dikatakan rumah terbalik tertinggi kerana dua tingkat. Yang penting, kena tunggu hari yang bersesuaian untuk mengelakkan orang terlampau ramai.
SEKIAN .... tapi ya sifat manusia.. akakpun sama rasa teringin sangat bila tengok orang lain dah sampai... Ya!! untuk merasai sendiri tidak salahpun, cuma pada akak harga masuk agak mahal berbanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan.. Ini hanya pandangan akak yang mungkin kurang tebal poketnya, orang lain mungkin ada pandangan yang berbeza.... Rupanya cerita Port Dickson akak belum tamat lagi, punyalah lama...
Syoknya jalan2. heheh
ReplyDeleteKenan masukkan dlm list ni
ReplyDeleteHi,saya datang blogwalking and follow :)
ReplyDelete