Merancang percutian di Kidzania ~ Tips dan maklumat penting

Tinggalkan sekejap kisah Port Dickson akak. Cerita Kidzania yang telah akak buat separuh drafnya sebelum ini akak sambung kembali istimewa untuk cuti sekolah..Sekarangni musim cuti sekolahkan, tentu boringkan kalau duduk rumah sahaja... Perkara yang menjadi kemestian ibu bapa ialah mencari tempat sesuai bergembira untuk anak mereka. Kidzania merupakan salah satu tempat yang menjadi kegemaran kanak-kanak. 

Entri sekadar perkongsian tentang tips dan maklumat penting dalam merancang percutian di Kidzania. Mungkin tips dan maklumat penting ini dapat membantu ibu bapa dalam memaksimakan pekerjaan dan mata yang diperolehi. Kalau pergi tapi dapat main sedikit permainan terasa ralatnya..

PEMBELIAN TIKET

Perkara yang perlu diambil kira ialah membeli tiket samada melalui online atau walk in.. Lebih elok di beli online kerana terdapat diskaun. 

Boleh baca entri di blog akak pasal pembelian tiket, klik di sini :- TIKET KIDZANIA

Bukti kami datang paling awal... ha.. ha... 

PERGI SEAWAL MUNGKIN

Akak sarankan pergilah seawal pagi yang mungkin kerana kita tidak mahu tersekat di kaunter tiket dan bank untuk menukar cek terlalu lama. Lebih awal kita masuk ada peluang untuk kita memilih pekerjaan yang menjadi dambaan hati kanak-kanak kalau ke Kidzania sebagai contoh Air Asia.

PILIHAN HARI 


Pilihlah hari yang masa bukanya lebih panjang.. Jadual ada seperti di bawah...


1) Ahad hingga Jumaat (Isnin ditutup ok!)
10.00 pagi hingga 5.00 petang

2) Sabtu, cuti sekolah dan cuti umum
10.00 pagi hingga 7.00 malam

3) Isnin ditutup tapi untuk cuti sekolah atau cuti umum dibuka..


Sudah tentu masa yang panjang membolehkan banyak pekerjaan boleh dilakukan... Maka duit kidzos juga akan semakin banyak... yeeeha...

MAKAN KENYANG SEBELUM MASUK KE SINI

Sebelum masuk pastikan anak-anak kenyang supaya tidak membuang masa untuk makan dan minum. Harga makanan kalau tempat cam gini memang agak mahal.. Jadi bersarapan beratlah sikit sebelum masuk. Jimat belanja jimat masa juga.. 


JOB SEEKER & PETA KIDZANIA

Antara tempat yang perlu pergi sebelum bekerja ialah tempat mencari pekerjaan.. Di sini anak-anak akan mendapat 3 pekerjaan yang menepati biodata yang diberikan. Jika kita pergi ke tempat pekerjaan seperti yang di sarankan duit kidzos juga akan dapat lebih dari biasa...


Jangan lupa untuk melihat peta Kidzania sebelum pergi. Di sana nanti kita akan dibekalkan peta tapi masatu dah tidak sempat nak tengok. Boleh baca entri akak di :- PETA PEKERJAAN


PEKERJAAN YANG PALING DIMINATI..


~ Harus berkejar ke tempat pekerjaan yang mendapat sambutan yang menggalakkan.Kalau lambat nanti terpaksa berbaris lebih panjang dan merugikan masa... 

1) Bomba
Pekerjaan yang sentiasa mendapat sambutan hangat dari kanak-kanak cillik.. Anak akakpun pernah merasa semasa mengikuti rombongan sekolah. 

2) AIR ASIA

Terdapat pelbagai pilihan pekerjaan di Air Asia. Yang paling mendapat pilihan di hati tentulah bertugas sebagai pilot..
Gambar diambil oleh jurugambar dibenarkan... kenalah beli...

BACA DULU MAKLUMAT PENTING


~ Perkara pertama yang perlu dipastikan terlebih dahulu kenalah baca maklumat penting yang ada di luar tempat pekerjaan di pilih. 
Maalumlah kalau kapisiti yang muat di dalamtu hanya 6 orang dan dalam barisan ada 20 dan setiap sessi memakan masa 30 minit kenalah berfikir dahulu... Mata Kidzos yang dapatpun hanya 8 ehm memang kenalah kita keluar mencari pekerjaan yang lain...
Yang ini pulak cuba perhatikan economytu ... bermakna jika nak masuk kena bayar 6 kidzos.. (-Z)

BERATUR SEBELUM MASUK



~ Setiap kali ingin melakukan pekerjaan kita tengok dahulu ramai orang di dalam dan terus lihat maklumat yang ada diluar pintu. Boleh beratur kalau tengok tidak ramai orang. Janganlah menonong terus masuk ke dalam kerana itulah peraturan... 
Atikah dan dik Ya beratur di luar Pharmaniaga sebelum masuk ke dalam. Ada kotak disediakan seramai bilangan yang dibenarkan...

ADA YANG KENA MEMATUHI SYARAT...

~ Ada juga permainan yang ada syarat seperti ketinggian.. Jadi kenalah tengok di luar tempat yang kita pilih itu terlebih dahulu nanti beratur penat-penat rupanya tidak cukup syarat....
Gambar tak jelas sebab masa ambilni bateri memang dah dalam keadaan yang sangat teruk.. Sempat ambil gambar terus tiada nyawa handphone.. jadi gambarni kecik sudah..
Tidak boleh memandu kalau tiada Lesen Memandu..
Syarat untuk mendapatkan Lesen Memandu..
1) Kena check mata di Hoya
2) Kena ambil insuran di  Alliancae.


Jadi pastikan kita membaca semua arahan yang terdapat di luar kedai..

ADA PEKERJAAN YANG BOLEH DAPAT MAKAN

~ Konsep sendiri buat sendiri makan. Ada pekerjaan yang boleh lakukan pekerjaan tapi kena bayar dengan duit kidzos seperti di Marry Brown dan dapat bawak balik burger yang dibuat sendiri.. Oh korang kat rumah malas nak tolong ibu kat sana berebut nak buat yer...


~ Ada pekerjaan seperti di Ayam Brand Cooking School dapat duit dan dapat bawak balik sandwich juga. Dapat cenderamata lagi... memang best... Boleh baca entri tentang peta pekerjaan yang ada di entri sebelum ini :- PETA PEKERJAAN
 Dapat buku nota dan resipi lagi... 

MENARA JAM SEJAM SEKALI ADA PEKERJAAN


Tepat satu jam menara Jam akan ada satu pekerjaan untuk kanak-kanak.. 

Setiap sejam sekali ada pertunjukan...
Jadi boleh join dan dapat juga duit Kidzos

PAKAI KASUT YANG BERSESUAIAN


Pakailah kasut yang bersesuaian kerana anak-anak terpaksa berlari dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada aktiviti yang terpaksa menghantar barang dari satu kedai ke kedai lain. Jadi kalau anak kecil emak bapak pun kena ikut sekali kenalah pakai kasut sesuai yer...


SEDIAKAN BAG KECIL

~ Bawa beg kecil untuk menyimpan duit kidzos supaya tidak bertaburan dan tidak teratur. Kalau anak keciltu letakkan juga tanda nama dan nombor untuk dihubungi manalah tahu kalau terpisah. Tapi rasanya semuapun selamat cuma langkah berjaga-jaga...

BUAT PAZZPORT


~ Lebih berbaloi kiranya anak kita membuat pazzport yang membolehkan mereka mendapat duit kidzos yang banyak. Boleh membaca di entri kami yang lepas KIDZANIA PAZZPORT .

Jadi setiap kali habis satu pekerjaan boleh cop...


Akak pernah juga buat entri pasal panduan untuk ke Kidzania mungkin juga boleh dirujuk di situ :- PANDUAN DAN TIPS MELAWAT KIDZANIA KL . Walaupun tahun 2013 tapi masih boleh lagi digunakan... 

Pss: sebenarnya ini entri terpendam dari awal tahun tapi telah akak tinggalkan mungkin tiada kesinambungan dalam cerita.... Jadi mana yang berguna boleh ikut yang kurang bergunatu lupakan sahaja. 





Comments

  1. Memang rumit nak masuk kidzania ni ya. Tapi tetap ramai yang nak masuk

    ReplyDelete
  2. Bagus kan kidzania ni. Bantu anak anak sedar apa kepentingan cita cita dari usia muda

    ReplyDelete
  3. Wah!! Detail kak cho zila share..senak nk refer nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts