Manfaat melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Selalu orang terkejut kalau akak cakap yang akak suka melawat muzium. Ramai yang rasa melawat muziumni membosankan dan tiada apa yang hendak dilihat. Muzium jugakan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziznikan.. Tapi lihat aksi anak-anak akak dalam entri terdahulu yang sangat happening. Jadi moh kita  melawat muzium yang terdekat dengan kita..
I LOVE Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

sebab dan alasan mesti melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Klang :-


1) Bangunan yang menempatkan Galeri Diraja S.A.A. juga sangat menarik untuk diterokai. Bangunan yang dibina pada tahun 1909 yang bercirikan seni bina kolonial klasik (neo classic).
2) Bangunan ini juga diisytiharkan sebagai bangunan warisan kebangsaan. Kita harus berbangga dapat masuk ke bangunan yang telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan.
3) Mempelajari sejarah susur galeri keluarga diraja Selangor serta asal usul kerajaan negeri Selangor.
4) Melihat sendiri koleksi peribadi Sultan Abdul Aziz, hadiah dan sumbangan dari pemimpin, raja dan ketua negara dari seluruh dunia.
5) Menanam rasa cinta tentang kepentingan menghargai dan berbangga dengan warisan yang ditinggalkan..
6) Yang terakhir ialah dapat bergambar. Rasa macam kitani juga sebahagian dari keluarga diraja. Hendak masuk istana memang tidak mungkin jadilah dapat pergi ke Galeri sahaja..
Bukti bangunan ini warisan Kebangsaan.
Bacalah sejarah bangunan ini....
Stem kenangan untuk akak juga...
Zaman akak muda-muda dulu jenuh cari kenalan satu Malaysia..
Berlawan dengan kawan nak lengkapkan stem semua negeri..
Nampak manfaatnya dapat imbau kenangan sendiri juga...
Habis posing kat dalam kita posing kat luar pulak..
Salah satu 'singa' yang menjaga istana.
Singa batu ini juga hadiah dari pemimpin negara lain..
Galeri Diraja ini memang catik untuk berposing...


Sebenarnya banyak gambar tapi biarlah kawan-kawan pergi sendiri. Akak kagum tengok pinggan mangkuknya, replika mahkota yang digunakan untuk istiadat, sudu kenangan dari pelbagai negara, ah banyak lagi .. korang mesti pergi....

Comments

  1. Best sgt.. kenapa la tak terfikir nk p tmpt ni hehehe..

    ReplyDelete
  2. oh! saya pun ada setem setem itu!!
    moga 50 tahun lagi dah mahal harganya!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts