Restoran Ikan Bakar Pak Teh Sri Iskandar

Aktiviti makan-makan keluarga masa balik kampung yang lepas. Patut masuk lepas cerita balik kampung tapi dah terlepas ke sini jadi kita ceritajerler... Adik akak nak belanja makan kerana kebetulan ramai dari adik beradik akak dan anak-anak ada di kampung.


Antara tempat yang menjadi pilihan ialah Restoran Ikan Bakar Pak Teh Sri Iskandar. Kebetulan pemilik kedai ini dulu pernah bersekolah dengan adik akak jadi kami pilih Restoran ini. Kalau tersinggah ke Sri Iskandar boleh singgah Restoran ini.

Terimakasih kepada adik akak yang belanja kami...
Moga bisnes akan bertambah maju dan dipermudahkan...
Nazmi dah jadi hidangan utama merangkak atas meja..

Antara pilihan makanan ketam lembut sambal, sotong goreng tepung, ikan bakar, kangkung, lala, ... syukur atas nikmat yang diberikan.. 
 Sebelum makan.. kosongjer....
Habis dah makan... nasi memang tak habis..
Sebab petangtu bapak saudara buat majlis aqiqah..
Jadinya malamtu memang meratah laukjerlah... 


Akak doakan bisnes adik akak akan bertambah maju dan dilindungi oleh Allah S.W.T. Mungkin kawan blog yang biasa berkunjung ke sini tahu bisnes adik akak... Kalau bateri kong ingatlah BATERIKU.COM
Antara barisan artis yang menggunakan perkhidmatan BATERIKU.COM

Comments

Post a Comment

Popular Posts