Nasi Lemak Kampung Pandan
Sudah sekian lama ingin merasai nasi lemak Kampung Pandan dan akhirnya van warna hijau datang ke Bndar Kinrara. Memang rezeki yang terhidang depan mata dapat juga kami merasa membelinya. Bukan tidak pernah rasa tapi selalunya dibeli oleh adik ipar akak. Lainkan rasa orang beli dengan kita beli sendiri. Cuma rezeki untuk makan di kedainya sahaja belum tercapai.
Akak tidak tahulah samada 'food truck' di Bandar Kinrara ini masih ada lagi ataupun tidak. Sebelum ini ada di hari isnin, rabu dan khamis, tapi minggu lepas tidak ada satu trakpun yang ada di situ. Mungkin akak pergi lewat sikit entahlah. Trak Nasi Lemak Kampung Pandanpun akak ada rezeki sekali jumpajer...
Dari jauh dah suka dengan trak ini.
Tidak sangka pulak trak Nasi Lemak Kampung Pandan.
Sebenarnya suami akak ada ikatan persaudaraan dengan pemilik Nasi Lemak Kampung Pandan.
Namun bukan sebab bersaudara akak nak bagi 5 bintang untuk nasi lemak mereka.
Sambal nasi lemak mereka adalah sangat sedap.
Ini sesuai dengan tekak akak...
Akak suka sangat dengan lontong di Nasi Lemak Kampung Pandan.
Akak memang bukan peminat lontong tapi lontong di sini memang sedap .. meletopsss.
Ada letak serunding ... oh my teringat-ingat...
Tapi jauh sangatlah pulak nak pergi...
Gambar lupa sangat nak ambil...
ALAMAT :-
NO 21, Pusat Penjaja DBKL,
Jalan Wirawati, Taman Maluri,
Kuala Lumpur..
Inilah rupa 'food truck' di Bandar Kinrara..
Sambutan memang kurang sedikit...
Lagipun lampu jalanpun tiada ..
Jadi gelap sedikit, macamanalah orang nak nampakkan..
Boleh baca kisah nasi lemak Kampung Pandan di UTUSAN MALAYSIA ... Cubalah sendiri keenakan nasi lemak Kampung Pandan dan juga lontongnya......
bestnya
ReplyDeletens lmk ni kunci pling penting msti sambalnya kn kak
ReplyDeleteTq awak...😘😘✌🏼Cerita pasal bisnes kami nasilemakkgpandan...kita copy tau...tq again awak❤️❤️✌🏼
ReplyDelete