Crumbs Kinrara ~ akan merinduimu

Kedai Crumbs Kinrara sangat istimewa namun apakan daya telah menamatkan operasinya... Sebenarnya akak nak buat entri khas tentang kedai ini .. Tapi sayang adik Crumbs buat pengumuman akan tutup kedai dah.. Sedih memang sedih sangat sebab rasanya tidak akan jumpa lagi kedai seumpama ini.. Nasiblah masih ada whatsapp penghubung antara kami semua Crumbian. Akakni kurang aktifpun rasa sedih bayangkanlah mereka yang sentiasa berhubung..

Banyak aktiviti yang Crumbs buat sebenarnya. Paling best banyak maklumat yang tiada di mana-mana grup akan dapat di sini.. Terutama aktiviti orang Kinrara. Ada jadual kuliah untuk masjid al-Ehsan, juga aktiviti masjid sekitar Kinrara.. Kerana ahli Crumbs ini bukan setakat di Kinrara. Di sini paling seronok kau tanyalah apapun pasti ada yang menjawab. Nak cari tukang urut, cari tukang paip, pembaik aircond, nak buat majlis esok baru nak cari tukang buat kuih.. macam-macam ada. Kalau ada yang susah sekejapjer tabung dibuka dan senangjer nak penuh. 

Hendak berceritapun tidak tahu dari mana sebab banyak benda yang baik berlaku. Moga adik-adik Crumbs (dua orang adik beradik) akan berjaya dalam usaha yang baru ini. Moga terus ingat kami bersama kejayaan ini. Tidak mungkin akak lupa sapaan mesra adik berdua dari mula kita kenal dulu. Pertama sekali kenal Crumbs sebab Atikah dan Dik Ya masuk kelas cuti sekolah. Semoga berjaya Lyn dan Yana... 

Yogurt yang sedap dan kegemaran Atikah dan Dik Ya...
Tengok di belakangtu macam-macam produk ada...
Pilihlah yang mana berkenan di hati...
Adik Crumbs yang manis dengan anak-anak cilik ....
Pelbagai manisan juga jual di sini...
Tidak pernah tangan kosong kalau keluar dari Crumbs...
Kelas memasak untuk kanak-kanak juga ada di sini...
Ahli Zumba yang sporting... 
Kelas Bahasa Arab untuk yang dewasa juga ada
Akak kenal dengan Crumbs sebab hantar budak-budakni ke kelas sebegini...
Menu yang pelbagai terdapat di sini akan ditayangkan..
Setiap hari menu berbeza dari pelbagai tukang masak...
Jadi setiap hari tengoklah whatsapp untuk order..
Ayam juga dijual di sini...
Carilah yang halal...
Musim perayaan lemangpun ada jual...


Oh inilah kehidupan ada mula pasti ada akhirnya.. Namun ikatan ukhwah yang terjalin ini moga dapat diteruskan..Insyaallah.. Tidak mungkin ada lagi kedai konsep sebegini lagi.. harapan moga grup whatsapp masih diteruskan.. 

Comments

  1. singgah pagi isnin
    semoga semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts