Dua hari di Puteri Mart, Puchong

Bosan dua hari bekerja di Puteri Mart hujung minggu yang lepas terubat juga dengan maklumat dan info baru yang akak dapat selama berada di sini.

Puteri Mart ni terletak di Bandar Puteri, Puchong adalah tempat 3 + 1 yang ada pasar basah menjual ikan, ayam, sayur dan lain-lain, ada pasar kering seperti baju, kasut, aksesori dan lain-lain dan ada food court makanan tidak halal. Puteri Martni terletak dibawah pengurusan IOI properties dan menjadi tumpuan penduduk Bandar Puteri terutama yang berbangsa cina sebab akak tengok 99.9% yang datang adalah bangsa itu.

Jom layan gambar yang ada ok :-
Ini gambar Puteri Mart yang akak maksudkan yang diambil sementara menunggu yang lain sampai. Tak mainler janji melayu ok, dua hari berturut2 yang melayu inilah yang menunggu yang bukan melayu, melayu sekarang dah ikut janji Jepun dah...

Gambar "booth" kami yang cinonet sesuai ngan bayaran yang murah dan yang tak tahannya ialah tidak ada penyaman udara hatta kipas yang menghala ke arah kami.. wau memang panasler dua hari itu.

Ini untuk pengetahuan sahajalah akak terjumpa dengan sandal FitFlop Original yang murah. Betul ker tak ori tak dapat dipastikan tapi menurut seseorang yang sedang mencuba kasuttu dan terus membelinya dia kata dia dah beli satu yang original dan dia kata yang ini memang ori.Lupakan pasal Puteri Mart kita tengok apa yang ada di sekitar situ apa yang ada.
Kedai Fun Cheer yang betul men"cheer"kan mood akak untuk hujung minggu yang tak best. Akak suka tengok sebab ada jual barang-barang comel sesuai untuk "goodies" dan juga tambahan koleksi budak dua orangtu.

Ok dan satu lagi akak dah jumpa kedai makan yang akak cari untuk Jalan Jalan Cari Makan berdasarkan maklumat di internet iaitu Restoran Baser dan Restoran Makanan Cina Muslim: Mohd Adam Ali. Senang nanti bolehlah kita terjah... Fuh lega hujung minggu yang meletihkan dah habis. Next month lagi banyak kot, isyh malaih betoiler...

Comments

  1. Sis, tengok la sandal fliplop, menat gak mende2 comel nih, hehehhe...Puteri Mart Puchong? tak penah gi...okey tak Sis?

    ReplyDelete
  2. fun n cheer ni ade kt klana jaya gak..dkt je ngn opis..klu pegi situ klu xmmbeli tak sah..ade je bnda comey yg aku rembat..hihih

    ReplyDelete
  3. Mahal ke tak sandal tu. Wife Abe suka sandal tu

    ReplyDelete
  4. tak pernah nampak lak puteri mart ni. ada kadang pegi ke bandar puteri tu...
    barang mentah murah tak situ?

    ReplyDelete
  5. sandal fliplop .. huhuh x pernah tgk punn ...

    ReplyDelete
  6. byk gak ek brg party..ni yg best kalo byk pilihan..

    ReplyDelete
  7. hehe.samalah kita.suka tgk barang2 kat funcheer atau seangkatan dgnnya cam daiso sebagainya.. =p

    ReplyDelete
  8. Emme: sandal fitflopni memang best dan lepas disuggest oleh Oprah dalam show dia terus fitflopni femes giler... sandalnya macam biasajer tapi memang selesa....
    finizaini : memang fun cheertu best barang dia murah gak dan memang banyak pilihan ... suka ngat
    abe nazri : untuk wife tersayang kalau dia suka beli jer kalau ori kat kedai besartu, harga dia RM250 keatasler.. tapi kat puteri mart range RM160-RM200..
    gee : akak pernah nampak gak puteri mart ni masa lalu dulu2 tapi tuler baru tau der barang basah.. tak tauler murah ker tak tapi ramai gak yang datang .... selalu akak perasan orang cina ni tak kisah harga tapi kualiti kena tip top..
    ida : kat blog akak der gambo sandal tu..
    fiza : akak memang kemaruk barang comel2ni, esp note book sampai husband akak bising sebab kalau masuk kedai gitu mesti beli kadang2 entah apa2 yang dibelinyer.. he..he...

    ReplyDelete
  9. tak tau pun kat puchong ada tempat2 mcm ni..hehee

    ReplyDelete
  10. jarang g puchong..mmg dah dekat ngan pjaya tapi tkot sesat..banyk gak barang ek dlm kedai2..

    ReplyDelete
  11. ok jugak kak.. smbil bekerja sambil cuci mata.. hiks..

    ReplyDelete
  12. owh orang puchong eh.tak penah masuk puteri mart ni,teringin gak nak masuk tapi suami saya mesti tak nak.huhu.slalu makan kat baser je,restoran chinese muslim tu best ke tak eh?takpenah cube sbb tengok dari luar biasa2 je.hee

    ReplyDelete
  13. hahaha mrs adam... restoran chinese muslim mohd adam ali tu mmg best dan harga pun murah banding dng kedai makan chinese muslim ...dari luar mmg nampak biasa ajaaa..sebab owner dia lebih penting jaga quality then kecantikan kedai....dan mereka dah dpt cert halal dari jakim jugak bukan byk kedai makan muslim ada cert halal... cuba lah tak cuba tak tau hehehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts