Antara Maghrib dan Isyak TV3

Akak tak pernahpun tengok ceritani sebab waktu siarannya 11.30 pagi tapi akak terkejut dengar Azalia nyanyi lagu madu 3 rupanya dia tengok ceritani dengan nenek dia.
Menyusuli 'Gulai Tempoyak Chicken Chop' di slot Senda Pagi, nantikan kemunculan drama bersiri komedi ‘Antara Maghrib Dan Isyak’ terbitan Suhan Movies Trading yang mengisahkan asam garam kehidupan keluarga berpoligami 4 lelaki dari pelbagai usia mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi.

Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami.

Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid.
Sebenarnya bukanlah ceritatu yang akak ingin ulaskan tapi lebih kepada kisah yang akak alami sendiri minggu lepas. Begini minggu lepas akak pergi ke Mahkamah Syariah, Jalan Othman, Petaling Jaya (opps! bukan kisah rumah tangga akak tau) untuk menjadi saksi kepada kawan akak yang memohon perceraian secara fasakh dari suaminya. Masa mula tahu cerita yang suami dia dah berkahwin lain dan sudah mempunyai seorang anak dengan isteri barunya akak memang terkejut. Akak tidak dapat mempercayai kebenaran cerita tersebut memandangkan suami dia tergolong kepada suami yang amat mengambil berat dan nampak seperti pasangan yang bahagia.


Akak mengenali kawan akaktu sebenarnya semasa kami sama-sama terpaksa di masukkan wad disebabkan uri di bawah seperti entry akak sebelum ini :- uri-di-bawah-placenta-previa. Oleh kerana akak bersama dia selama 2 bulan setengah kami menjadi rapat dan semasa di sini akak melihat suami dia penuh dengan tanggungjawab. Semasa di dalam wad misalnya suami dia akan cuba memenuhi permintaan kawan akak, akak juga mengambil kesempatan dengan turut sama mengirim. Selalunya akak minta suami dia belikan laksa sebelah padang FAM Kelana Jayatu dan tidaklah kami asyik makan makanan hospital yang sangat sedap itukan. Suaminya juga boleh dikatakan seminggu lebih dari 4 kali datang melawat kawan akak itu dan kebiasaanya akan ditunggu isterinya sehingga habis waktu melawat. Oleh itu tentulah akak terperanjat mendengar cerita kawan akak mempunyai madu dan seorang anak tiri.. OMG! OMG! OMG!


Itulah hakikat kehidupan berbalik kepada cerita mahkamah syariah haritu tujuan akak manjadi saksi sebenarnya bukan ingin melihat rumah tangga mereka runtuh dan bukan juga akak menolak poligami tapi hanya sekadar sokongan kepada seorang sahabat. Akak tidak sanggup mendengar dia merintih dan menangis mengenangkan nasib dia dan anak-anak. Akak hanya ingin dia memulakan kehidupan yang baru samada terus sebagai suami isteri atau sebagai ibu tunggal.


Bayangkan selepas dia melahirkan anak yang sama tarikh lahir dengan Azalia (kes uri di bawah itu) suaminya menyuruh dia berhenti kerja dan sudah pasti susah untuk dia memohon pekerjaan yang baru. Nasiblah dia ada seorang adik lelaki yang bujang dengan pekerjaan yang agak baik menampung kehidupan anak beranak disamping sedikit pemberian dari suaminya.


Semoga akak dan yang lain mengambil iktibar dari kisah ini antara maghrib dan isyak misalnya yang mengambil kesempatan konon bersembahyang di surau padahal pergi berjumpa isteri muda (rasanya ramai yang buatni).Seperti kawan akak juga suami dia suatu masa dulu konon sibuk buat kerja part time buat kitchen cabinet dan wiring rumah orang sebabtu selalu balik lambat padahal pergi rumah isteri muda.Entahlah sukar diduga apa yang akan terjadi kepada kitakan, semoga tiada dugaan yang berat untuk kita semua hendaknya.
Kalau madu yang ini banyak khasiatnya.

Comments

  1. ssh la camni guna alasan nak g surau tp nak menyimpang ke tpt lain plak

    ReplyDelete
  2. hmm mmg tak sangka ekk di luar nampak baik, tp ada pasang niat lain...

    rasanya mesti lebih terseksa bila kepercayaan selama ini di renggut begitu sekali...

    sedih pula baca citer ni, tulah tak boleh letakkan kepercayaan 100% pada suami sebenarnya, perlu ada sedikit syak tu kan...

    ReplyDelete
  3. tumpang sedih atas apa yg terjadi kat kwn akak tu...

    kesian sgt...berat mata yg memandang, berat lagi bahu dia yg memikul...
    harap dia tabah...

    ReplyDelete
  4. alahai kesian betul diyer..mudahan diyer tabah hadapi semuanyer dan redha diatas takdir yang menimpaNya.InsyaAllah segalanyer akan dipermudahkan nanti..

    lelaki neh memang takleh nak diduga hateynya..depan pijak semut tak mati padahal....hermm

    ReplyDelete
  5. sbb tu... apa2 pon..prasaan curiga msti ada.. supaya x tjadi kes mcm ni.. bila kt spnuhnya pcayakan suami.. si suami y x hargai kpercayaan sang isteri mula mgambil ksempatan...

    betapa hancurnya hati sorang istri... apa2 pon..smoga dia byk2 bsabar

    ReplyDelete
  6. Hidup bermadu ni susah kak. Saya lelaki pun memang langsung tak berniat nak kawen lg. Cukup ler isteri yang dah ada kat umah tu ... cukup jaga dan makan saya //.. udahhh.. hehehhe

    ReplyDelete
  7. uri kat bawah? bahaya tu kan...

    banyak lelaki yg buat gitu

    ReplyDelete
  8. takut sungguh kan kak

    mujur suami sy jenis tak keluar rumah...

    kdg dah 'perhambat' dia soh kuar minum melepak ngan kengawan tengok bola kt luar pon dia takmo, katanya lg best luang masa dgn anak.

    mudah2an dia tak curang....huhuu

    ReplyDelete
  9. Itulah sebabnya...selain dari rasa curiga perlu ada, kita sendiri mesti siapkan 'payung' untuk kita dan anak2. Manalah tahu...langit bukan selalu cerah. Keypointnya, arwah atuk tegas pesan pada semua ahli keluarga, esp perempuan, kalau dah kawen, walau apa pun masalahnya, JANGAN BERENTI KERJA... Walau gaji sikit, ianya mungkin boleh memberi kita sedikit kekuatan bila dugaan muncul.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts