Spageti Goreng Untuk Majlis Harijadi

Masa yang dinantikan akan tiba juga iaitu sambutan hari jadi untuk Azalia yang akan diadakan esok 22hb Oktober di Umai Cafe, Putrajaya. Sambutan harijadi ini secara bersama seperti tahun-tahun sebelum ini dengan sepupu Azalia iaitu Naufal yang juga lahir pada bulan Oktober. Menu untuk esok simple sahaja iaitu menu minum petang seperti bihun goreng, nasi goreng, roti jala, kuih karipap, satay entahler tak ingat apa yang diorder hari itu.

Umai Cafe ini hanya menyediakan tempat dan makanan dan segala dekorasi dan goodies terpaksa disediakan sendiri. Dekorasitu rasanya kami telah meminta pertolongan sepupu suami untuk datang awal untuk menyiapkannya. Risau gakni sebab selama ini sambutan hari jadi hanya diadakan dirumah sahaja tapi kali ini dibuat di Cafe dan jemputan kali ini sedikit ramai. Harap semuanya berjalan lancar hendaknya.

Oklah gambar bawah hanya makanan yang akak hidangkan semasa harijadi Azalia yang akak buat dirumah tempohari pada tarikh harijadi sebenar dia 8/10.
Akak hanya masak spageti goreng, nugget goreng, kentang goreng dan dadih stoberi. Hidangkan kuih raya dan air minumpun hanya minuman dalam kotak punya rajin ibu Azalianikan....

RESIPI SPAGETI GORENG
Resipi asal dari sini : -myresipi tapi akak olah sesuka hati
1 paket Spaghetti ~ (rebus hingga kembang, bubuh minyak sikit supaya tidak melekat)
1 biji Lada Capsicum ~ potong dadu kecil
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 sudu besar cili kering kisar
10 ulas Bawang Putih ~ tumbuk
Cendawan Shitake - hiris (bahan tiada jadi tak bubuhpun)
1 paket Crab Sticks - potong 3
1 paket Sosej Ayam berkeju - potong serong 5
1/2 kilo Isi Ayam - goreng tepung dn potong kecil (ni akak tak buat tapi ganti..)
Daging cincang yang digoreng terlebih dahulu @ kalau nak cepat gunajer daging burger potong halus2 dan goreng.
1 botol kecil Sos Spaghetti Prego (Mushroom)
Serbuk Lada Hitam Kasar (ni tak bubuh sebab guna cili kering kisar)
Minyak Zaiton utk menggoreng - boleh juga gunakan minyak biasa

1. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cili kering kisar. Bila dah naik bau dan cili masak, masukkan spaghetti sauce.
2.Gaulkan tumisan kemudian masukkan capsicum. Tumis hingga layu sedikit. Jika sos kering, tambahkan air sikit.
3.Masukkan daging cincang goreng, crabsticks, sosej dn isi ayam. Biarkan sampai sos mendidih.
4. Selepas itu masukkan cendawan dan akhir sekali spaghetti. Taburkan lada hitam ikut suka pedas. Akak tabur gak cheese nak rasa omputih sikit...
5.Gaul rata semua bahan, padamkan api. Bolehlah hidangkan

Ni macam spageti bolognaise tapi digoreng punya sebab dah orang melayukan nak buat macam mana. Lagipun masak cam gini senang sebabnya kalau anak akaktu tak payah nak tolong gaul-gaulkan boleh terus masuk perut selamat....

Comments

Popular Posts