Hidup Sihat Awet Muda

Siapa yang tak ingin sihat dan awet mudakan so akak terjumpa satu artikel dari majalah Rapi Bil 173 (01 Okt 2011) yang boleh diambil iktibar dan pengajaran yang berguna..

Untuk tampil awet muda, bukan sekadar menjaga kecantikan tetapi perlu menjalani rutin harian yang menyihatkan. Seimbangkan kecantikan dengan kebiasaan hidup yang sihat dalam mengecapi kenikmatan hidup yang lebih sempurna. Ok akak setuju dengan kenyataan ini...

Menurut Susan Love, ahli kanser payudara dan penulis Live A Little Breaking The Rules Won't Break Your Health mengatakan ramai orang beranggapan untuk mencapai tingkat kesihatan perlu berkerja keras. Tetapi kita sering lupa, ada juga perkara-perkara kecil yang boleh membuatkan kita menjadi lebih bahagia dan badan bertambah sihat.

Oleh itu, cuba teliti dan ubah kebiasaan aktiviti yang anda lakukan agar hari anda menjadi lebih bertenaga, sihat dan kelihatan awet muda.

Sekiranya dulu kita suka minum kopi di kafe kegemaran untuk lebih sihat dan gembira maka bolehlah dinikmati juga "dark chocolate"

Siapa kata kopi membahayakan kesihatan? Kandungan kafein ini boleh mencegah kerosakan DNA (penyebab kanser kulit) dan kaya antioksidan. Menurut penelitian, dengan minum 3-4 cawan kopi sehari, ia dapat menurunkan risiko diabetes tahap 2 sehingga 25%. Komen akak :- Ini aku kurang nak percayaler pulak tapi aku cuba minimakan minum kopi hanya secawan sehari.
Selain itu, anda juga boleh menikmati 'dark chocolate' yang berkualiti kerana ia terbukti dapat meningkatkan dan melancarkan pengaliran pembuluh darah sehingga 129%. Komen akak :- Boleh dicubakan sebab akak memang hantu yang ada unsur-unsur coklat....

Cubalah untuk berjalan kaki pada hujung minggu sambil memutarkan lagu untuk lebih bersemangat

Berjalan kaki adalah senaman yang paling mudah dan menyenangkan berbanding dengan senaman yang lain. Kajian dari University of Illinois mengatakan berjalan kaki sangat efektif untuk membakar lemak. Jalani rutin berjalan kaki dengan kadar kecepatan sedang selama 3 jam seminggu dapat menyihatkan sel-sel otak anda.
Dalam Journal of Sport & Exercise Psychology mengatakan untuk lebih memastikan anda lebih ghairah dengan komitmen ini, bawa dan dengarlah lagu kesukaan anda. Pasti tidak terasa jarak berjalan kaki yang anda lalui. Komen akak :- Setakat berjalan kakitu ada juga akak amalkan tapi masalahnya tidak menjadi rutin kalau rajin buatler tapi kalau malastu lama gak tak buat so camnerkan, mungkin dengan dengarkan lagu kegemaran maka akan lebih bersemangat siapa tahukan tapi kena beli dululerkot ipod...

Bercinta dengan suami dan banyakkan luangkan masa berdua-duaan untuk lebih sihat dan gembira

Bercinta memang baik untuk fizikal dan jiwa, begitu juga bila sudah berkahwin. Jangan lebihkan anak-anak daripada suami. Suami juga perlukan kasih sayang. Selain itu, jangan kita mempunyai masa yang khusus bersama suami hanya di tempat tidur sahaja. Luangkan masa berdua-duaan pada hujung minggu bersama.
Dalam Journal of Social and Clinical Psychology, pasangan yang kerap berdua-duaan akan mempunyai suasana hati yang lebih baik. Manfaat waktu bersama ketika bercinta-cinta dahulu. Contohnya, menonton wayang, makan malam atau bermain boling. Komen akak :- Yang ini tak nak komen lebih-lebih sebab tau akak amat berkurang sekali masa bercinta dengan suami sekarang, kelam kabut dengan dunia anak-anak, mungkinkah akak kena berubah untuk menjadi lebih awet muda!!

Selain mengubah aktiviti tersebut kepada lebih baik, anda juga boleh lakukan aktiviti-aktiviti sihat melalui amalan ini :-
Minum Air Putih :

Agar tubuh sentiasa terhidrasi, minumlah air putih sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Ini kerana, air putih akan membantu badan anda melakukan pembuangan racun dan detosifikasi. Malah, ia akan membuat anda menjadi lebih bertenaga. Komen akak :- Ini memang menjadi amalan akak mesti minum air putih sebanyak-banyaknya baru rasa puas hati.

Minum Jus Buah dan Sayur♢ :

Amalkan minum jus buah dan sayuran setiap hari. Ini kerana jus buah atau sayuran mempunyai pelbagai nutrisi yang akan cepat diserap oleh sistem pencernaan. Nikmatilah, sekurang-kurangnya jus buah atau sayuran sebanyak 2 kali sehari terutamanya ketika bersarapan pagi dan sebelum makan malam. Komen akak :- Akak suka tapi tengok tahap kerajinanler kot, tapi boleh di lakukan....

Rehat 30 Minit♢ :

Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk anda berehat. Emosi yang sihat akan membuatkan aura kepercayaan diri akan keluar dengan maksima. Di samping itu, miliki emosi yang sihat dan jauhilah diri daripada pembentukan kerutan pada wajah akibat tekanan emosi atau stress.
Anda boleh lakukan apa sahaja untuk membuatkan anda relaks seperti mendengar muzik, membaca buku atau berjalan santai dengan mempamerkan muka ceria pada wajah. Komen akak :- Inilah yang akak perlu lakukan, berehat.. berehat hanya 30 minit.

Rawatan Badan:

Manjakan diri dengan melakukan rawatan badan. Anda tidak perlu ke salun atau spa yang khusus tetapi memadai dengan mandi air hangat dan belailah badan anda dengan lulur atau losyen yang beraroma lembut. Komen akak :- Akak memang tak mampu nak gi spapun hanya kalau mandi dirumahtu memang selalu gunakan lulur mandi yang akak beli di My Mydin. Memang terasa best sangat sebab rasa kulit lembutjer...

Bersihkan Muka♢ :

Jangan lupa untuk anda membersihkan muda sebelum tidur. Ini kerana , kulit kita juga perlu bernafas dan membersihkan kulit wajah adalah perkara yang paling mudah untuk membuang sel-sel kulit mati. Ingat, walaupun penat atau letih dengan aktiviti yang anda lakukan hari itu, jangan lupa untuk membersihkan solekan pada wajah anda. ~ Komen akak :- Yang ini memang selalu buatlahkan dan buat masa ini seiring dengan umur akak telah mengunakan pencuci muka Nuetrogena Ageless..

Senyumlah♢ :

Apabila anda membuka setiap kali bangun tidur, cubalah tersenyum. Percaya atau tidak, ekspresi yang kita keluarkan ketika membuka mata akan menentukan hari anda itu berjalan dengan sempurna atau tidak.
Jadi, ketika bangun pagi, undanglah tenaga positif masuk ke dalam diri dan katakan " Hari ini adalah hari terindah untuk dinikmati dengan sempurna" ~ Komen akak :- Ini juga selalu berlaku kepada akak cuba sebanyak mungkin untuk tidak marah-marah dipagi hari namun selalunya kalau anak-anak buat perangai memang dah tak boleh nak senyum dah.. alahai..

Menurut George B. Stefano, Pengarah Neuroscience Institute State University of New York mengatakan seseorang yang suka bercuti secara teratur mempunyai tekanan darah dan ukuran pinggang yang lebih kecil berbanding dengan orang yang selalu sibuk.

Comments

  1. oooo alkisahnya.. minum kopi tu baik ye.. skrg ni baru tau.. ramai yg ckp tak baik sblm ni.. sampai nani takot nak minum kopi..

    bab berjalan seminggu sekali tu.. minggu lepas nani ngan anak2 gi juggle tracking kat bukit gasing.. mmg banyak mengeluarkan peluh lah.. lepas tu rasa segar je.. dah la mendaki tangga sampai ke puncak.. tak kira lak brapa anak tangga.. bila menurun pendakian tu plak.. guna jalan denai.. mmg sangat2 menduga.. sbb berjalan lebih kurang sejam gak.. lagi2 perjalanan yg mencabar.. eheheh..

    pstttt,,, mekasih dtg umah nani...

    ReplyDelete
  2. kaK, sKE Ar poSt akak yang nih hehehe..banyak inFO..

    pst..sy sKe bab bercinTa dGn suami tu ekekeke

    ReplyDelete
  3. nani... best yerk bukit gasingtu tak pernah cuba pernah ajak suami gi tapi tak naknyer.. tapi akak nak gi bukit wawasan kat puchongni jer... nanti akak gi .. akak update kat sini...
    mysha... tuler kan malu rasa nak komen lebih2 sebab memang akak rasa bersalah lak... akak memang melebihkan budak dua orangtu dari suami.... alahai...

    ReplyDelete
  4. thanks.. tips yang bagus untuk kekal awet muda.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts