Desa ParkCity pulak

Xtvt : Roadshow lagi
Tarikh : 24/10/2011
Tempat : Desa ParkCity Waterfront

Kalau tidak kerana kerja sudah pasti akak tidak sampai ke sini Desa ParkCity ~ The Best Place to Live in Kuala Lumpur yang memang terasa kelainannya. Dalam hati akak cakap memang best sesangatler tempatni kalau dapat tinggal di sini lagiler syiokkkkk.

Gambarni ambil dari :- http://desaparkcity.com/. Apa yang ada di sini? Macam-macam ada ok walaupun kecil seperti Maxvalu untuk supermarket, kedai basikal, kedai binatang, kedai DIY, kedai untuk pembelajaran anak seperti Enopi, kids sport & gym, artworkshop dan paling banyak kedai makan. Contoh kedai makan yang ada ialah Kluang Station, Big Apple donuts, onde-onde, The Steamboat Ketam Village dan banyak lagi.

Inilah booth kami yang terletak di luar maka memang terasa panas sekali dengan akakni pakai baju kurung lagi maalumler hari kerja bukannyer weekend macam biasa. Akak kerja di sini dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam memang penat dan paling tak suka ialah hari ini akak sakit gigi sehingga menyebabkan keesokan harinya akak dapat MC

Gambarni ambil dari :- http://desaparkcity.com/. Pemandangan yang mendamaikan untuk makan sambil menikmati pemandangan yang indah, memang terasa lain betul suasana di sini tau. Gambar di bawah ini pulak akak ambil dari hand phone masa meronda di taman, tempatni memang sesuai untuk berjogging dan ber"stroller" dan berbasikal. Memang best....
Bestkan... terbaik untuk berjogging...

Di bawah ini pulak gambar yang akak ambil dari waterfront, tengoklah ada tempat khas untuk letak basikal.
Booth kami di hadapan Coffee bean ngan Pulau Ketam Steamboat, juga Rakuzen oleh itu dapatlah akak tengok betapa bersantainya orang-orang di sini dengan lepak-lepak, minum dan berbual padahal haritu hari isnin. Aktiviti sekeluarga pulak dapat dilihat dengan berbasikal anak beranak dan bawa anjing berjalan-jalan dan yang penting dari tamantu boleh terus bawa ke dalam waterfront. Terkejut-kejut akak tengok anjing yang besar dah nak rupa serigala sebab bulu dia tebal jalan depan akak, anak-anak kecil pulak riang ria main skuter dan berbasikal depan booth akak. Kesimpulannya berbeza memang berbeza...

Seperti biasa sepanjang roadshowni akak rasa perkara yang paling best ialah banyak tempat baru yang akak boleh tahu dan paling tak best kena kerjalahkan menebalkan muka edarkan flyer bagai... tapi selesai sudah untuk bulan oktober dan November ada lagi nak kena buka boothni...

Comments

  1. Cantiknyer tempat jogging tu....bleh hilang penat cam ni...heehe

    ReplyDelete
  2. kita duk Kl xpernh lak g sini..heeee mcm menarik je tmpt ni...

    ReplyDelete
  3. baru ku tahu tempat ini ada di KL ya....

    ReplyDelete
  4. mcm menarik je.. tak tau pon kewujudan tmpt ni

    ReplyDelete
  5. baru tau kt KL ada tmpt ni... menarik!

    ReplyDelete
  6. hi u...

    yeahh situ memang best, hhehehe tambah2 dekat playground :) hehhehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts