Atikah dah boleh membaca

Sebenarnya akak nak tunjukkan buku bacaan bahasa malaysia Atikah di Genius Aulad yang menggunakan kaedah phonic. Sesungguhnya akak tidak menyangka yang Atikah boleh membaca semasa berumur 5 tahun namun syukur kepada Allah swt kerana memberikan kemudahan itu kepada dia. Terima kasih juga kepada guru-guru dia di Genius Aulad yang banyak membantu sebab akak tahu Atikah mempunyai masalah dalam memberikan penumpuan dalam melakukan sesuatu perkara.

Kemungkinan anak orang lain lebih cepat "menangkap" dari anak akak inikan tapi pada akak kebolehan Atikah ini sudah besar ertinya. Akak tidak meminta yang berlebihan untuk mereka cuma mengharapkan anak-anak akak akan dapat mengharungi kehidupan ini dengan jayanya.
Atikah yang sedang belajar membaca.Buku yang comel...Azalia yang menyibukkan diri berposing...

Buku bacaan ini merupakan keluaran Genius Aulad sendiri dan memang mudah difahami dengan gambar yang cantik dan comel memikat hati. Buku ini dibaca oleh setiap anak-anak mengikut kemampuan mereka sendiri dan guru dia akan menandakan bacaan mereka mengikut tarikh bacan tersebut. Anak akak akan berbangga kalau hari tersebut misalnya guru akan menandakan tarikh dan juga satu simbol misalnya bunga, dia cakap "ibu hari ini Ika dapat bunga besar". Bukan dapat bunga tapi tanda bacaan mereka, kalau tak lepas bacaan mereka haritu guru akan tanda tarikh dan simbol R.. gituler seterusnya. Jadi akak harap Ika dan Dik Ya akan terus gembira membaca dan menulis di Genius Aulad.

Comments

  1. hoyeee!!! pandai bACa da diER... baguS akak ek buku diER.. sekeTol2 tulisan diER...

    ReplyDelete
  2. Clever gurl! Keep it up sweet!

    ReplyDelete
  3. pandainya dia.. ;) good gurl.. ;)

    ReplyDelete
  4. wah, genius aulad...insya-Allah genius kakak nanti..:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..dah pandai baca dh dia ye..clever girl.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Nak gak buku cam gitu.. mana dapat?

    ReplyDelete
  7. salam kenal..

    ramai kata GA ni bagus,tp tmpt izan takde...kalau ada,nak jugak hntr ke sini.. =)

    pndai membaca dah tu..mesti teruja kita tgk kan =)

    follow sini pula..

    ReplyDelete
  8. perasaan bangga bula anak pandai membaca dan mengira...

    ReplyDelete
  9. tahniah atikah.. semoga terus berjaya..

    sy pun sebenarnya ngah survey2 gak tadika utk anak sy next year..tp syg, kt jb ni x der lak genius aulad nih.. ramai kawan2 yg ckp bagus tadika ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts