Piknik di Taman Wetland
Ini kisah sebelum bulan puasa yang lepas... Al kisah kawan sekolah mengajak berpiknik di Taman Wetland Putrajaya... Memang bukan rezeki akakler ini kali ketiga perjumpaan antara kawan-kawan kami sekalipun akak tidak dapat pergi.. Bermacam halangan untuk akak sampai ke sana..
Kali pertama di Ipoh, akak demam teruk padahal akak sudahpun sampai di rumah adik akak di Ipoh.. Kali kedua pulak akak di Hospital Putrajaya sebab jaga Atikah yang di masukkan wad kerana denggi. Dan ini kali ketiga pula kebetulan ibu mertua pulak baru datang ke rumah.... Memang bukan rezeki akak gamaknya...
Akak hanya ingn berkongsi gambar yang dikirim melalui kiriman whatsapp ... Macam bestjerkan dapat jumpa kawan-kawan dan anak-anak kitapun dapat kawan baru.. Moga jalinan ukhwah kita semua akan terus berkekalan hingga akhirnya.. Syukur punya kawan seperti kamu semua pelajar Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah Ipoh,....
Mohon kawan-kawan sedekahkan al-Fatihah untuk anak kepada senior sekolah akak iaitu Kak Mas yang kehilangan anaknya dua hari lepas. Selepas mendengar khabar yang anaknya koma selepas kemalangan motorsikal selalu akak periksa status kak Mas. Rasanya lama juga kak Long koma dan janji Allah itu pasti dan kak Long telah menghadap Illahi ... Moga kak Long Nabila Azira tenang di sana dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.. Moga kak Mas sekeluarga juga akan tabah menghadapi ujian dari Dia yang maha kuasa..
Ini di Menara Tinjau ....
Amboi syiok kome berpiknik yer... Jeles teman tau....
Mesti macam-macam ceritapun ada...
Semoga ada lagi perjumpaan akan datang...
Gambar kiri kawan terakhir sampai dan yang kanan dah nak pulang....
Semoga persahabatan kita akan membawa kita ke arah kebaikan...
bestnya.
ReplyDeleteAl-fatihah buat kak long Nabila
ReplyDeletetakpe takde rezeki kak... insyallah msti ada kesempatan lain
ReplyDeletealfatihah bt arwah
Mudah-mudahan ada rezeki Cho nak bersama kawan-kawan. Enjoy kalau dah ramai macam ni.
ReplyDeleteAlfatihah buat anak kawan Cho tu ya!