Inspirasi Masjid Cina

Ramadhan hari kedua dah yer... selamat berpuasa untuk kawan-kawan semua.. moga Ramadhan ini membantu kita untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.. Moga kita akan mengambil kesempatan Ramadhan ini melakukan kebaikan yang ganjarannya tidak terhitung..

Bercerita pasal Ramadhan tentulah masjid merupakan tempat yang elok untuk dikunjungi. Kalau dapat bersolat terawih setiap malam di surau atau masjid terasa indahnya puasa kita. Entri akak kali ini bercerita pasal Masjid unik yang terletak di Bandaraya Ipoh...Kami telah mengunjungi masjid ini tapi tidak sempat untuk menunaikan solat..

Terjumpa artikel di Majalah Santai Travel jadi akak kongsikan di sini untuk rujukan.. 

Sumber : Santai Travel ( Oktober 2015)
Penulis  : Azlie Halim

Perjalanan beribu batu dimulakan dengan langkah pertama. Langkah saya kali ini menuju ke Ipoh Perak ternyata berbeza apabila saya berpeluan menjejaki keunggulan senibina di Masjid Muhamadiah atau lebih dikenali dengan nama Masjid Cina.

Menggunakan perkhidmatan keretapi ETS KTMB, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh terasa begitu dekat dengan perjalanan hanya dua jam setengah.

Terima kasih kepada Islamic Tourism Centre (ITC), Tourism Malaysia dan Tourism Perak diatas inisiatif menganjurkan program lawatan suai kenal ke Masjid CIna Ipoh sekali gus mempromosikan masjid sebagai salah satu tarikan utama pelancong di Malaysia.

Apa yang pasti acara ini berjaya mewujudkan suasana persekitaran semula jadi yang ceria, indah dan menarik, membudayakan semangat cintakan keindahan berasaskan pemuliharaan alam semula jadi, menggalakkan masyarakat umum mengindahkan serta menghargai persekitaran dalam kawasan kejiranan.

Terletak di Taman Tasek Jaya Ipoh, Masjid Mudammadiah bermuala daripada sebuah surau kecil yang telah dibina oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Latif Haji Mohd Kasim bersama rakan-rakannya pada tahun 1978 dan kemudiannya telah dinaiktark kepada masjid pada 21 Disember 2007.

Jika dilihat sekali imbas, kita tentu akan menyangka bahawa bangunan yang bercirikan senibina Cina ini merupakan sebuah masjid.

Dibina pada tahun 2013, Masjid Muhammadiah merupakan mercu tanda baharu budaya bandaraya Ipoh dengan struktur ang diilhamkan dari motif-motif seni negara China dengan adunan senibina Malaysia. Ia dapat dilihat kepada rekabentuk atap dan menaranya yang bermotifkan Bunga Raya, berbeza dari senibina asal Cina yang lazimnya menggunakan bunga teratai.

Elemen-elemen seperti naga, juga tidak digunakan sebagai mana kebiasaan rekabentuk tradisional bangunan-bangunan di negara China.

Menelan kos sebanyak RM6.8juta, Masjid ini memainkan peranan yang penting sebagai pusat komuniti dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti bilik mesyuarat dan dewan serbaguna.

Program lawatan tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatan kuasa Kesina, Pelancongan & Kebudayaan Negeri Perak. Menerusi program itu juga ITV turut mengagihkan jubah-jubah pelancong kepada pihak Masjid Muhammadiah bagi membantu menampung peningkatan jumlah pelawat yang berkunjung ke masjid tersebut.

 Gambar ini pada hujung tahun 2013..
 Dik Ya serasi dengan bangunan... 
Masjid Muhammadiah Tasek, Ipoh...

Comments

  1. masjid ni dekat dgn kampung saya ☺️

    Ramadhan Kareem.. semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk menjalani ibadah puasa ☺️

    ReplyDelete
  2. Memang unik masjid ni. Rasanya macam pernah baca tentang masjid ni. Dalam blog Cho juga ke... Lupalah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts