Nuffnang saya

Followers

Tuesday, June 28, 2016

Ipoh Menggamit Memori

Ipoh memang mengamit memori akak.. tingkatan satu hingga tiga dan tingkatan enam akak bersekolah di Ipoh.. Habis belajar terus bekerja di Ipoh memang tidak teringin langsung hendak berkerja di Lembah Klang.. Namun takdir Allah, akak berkahwin dengan orang Gombak berkerja dengan kerajaan Negeri Selangor tentulah di sinilah akak sekarang... Walau macamanapun Ipoh tetap dalam ingatan...

Mungkin pada setengah orang Ipoh tiada apa-apa, tidak semaju dan sehavoc Kuala Lumpur. Pada akak Ipoh punyai segala yang akak inginkan. Akak taipkan artikel tentang Ipoh menggamit memori dari Majalah Santai Travel.....


Sumber : SANTAI TRAVEL

Ipoh, sebuah bandaraya yang pesat membangun tapi masih mengekalkan unsur semulajadinya. Terletak di antara gunung-ganang, bangunan pencakar langit utuh berdiri diapit oleh rumah-rumah kedai lama yang menggamit memori silam.

Bandaraya Ipoh terkenal di Malaysia sebagai bandaraya yang berkembang hasi perlombongan bjih timah. Ipoh mengalami perkembangan industri dan pertambahan penduduk yang pesat seiring dengan fungsi dan kedudukannya sebagai sebuah bandaraya tetapi masih mengekalkan aura lama dengan deretan rumah-rumah, kedai dan banglo peninggalan zaman penjajah. Kedudukan dan perkembangan Ipoh di Lembah Kinta berfungsi sebagai bandar sumber bijih sehingga dinaik taraf menjadi sebuah bandaraya, terletak kira-kira 200 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Nama Ipoh diambil bersempena pokok Ipoh yang banyak terdapat di sini dahulu. Getahnya yang beracun sering digunakan oleh Orang Asli untuk penahan sumpit mereka. Ipoh mula mendapat status bandar raya pada 27 May 1988, oleh Sultan Azlan Muhibbudidin Shah Ibni Almarhum Yusuf Izzuddin Shah. Bandar Ipoh terbahagi dua oleh Sungai Kinta merujuk kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Untuk ke Ipoh dari Kuala Lumpur cukup mudah.

Terdapat perkhidmatan bas dan keretapi ETS dalam frekuensi yang banyak dalam satu hari dari Kuala Lumpur, hanya mengambil masa lebih kurang dua jam. 

STESEN KERETA API IPOH

Destinasi pertama yang saya singgah sebaik sampai di Ipoh adalah Stesen Kereta Api Ipoh. Stesen ini juga dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh kerana mempunyai sedikit persamaan dengan rekabentuk Taj Mahal di India. Bangunan ini juga menyerupai Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaan stesen ini bermula pada tahun 1914 dan siap pada 1917 dek kerana masalah bahan binaan dan kos pembinaan yang tinggi. Ramai yang tertarik dengan unsur senibina klasik dengan gaya British 'Raj' yang dilengkapi dengan kuabah dan menara kecil berbentuk 'Moorish' . Arkitek British, AB Hubback yang dipertanggunjawabkan untuk mereka bangunan stesen ini.

Stesen ini telah dijaga dengan baik dan warna putih digunakan untuk mengekalkan sejarahnya. Pokok Ipoh yang mnejadi asal usul nama Ipoh juga ditanam berdekatan stesen. Berlandaskan sejarah Stesen Kerata Api Ipoh, Perak merupakan negeri yang pertama sekali diperkenalkan dengan teknologi kereta api di Malaya dan ia merupakan landasan pertama yang dibina oleh pihak Britiish bertujuan untuk aktiviti pengakutan industri bijih timah.


GUNUNG LANG

Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak hanya lima kolometer dari bandaraya Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Jajaran Gunung Lang merupakan kawasan bukit batu kapur yang terletak ditengah Lembah Kinta dan merupakan kawasan rekreasi yang terletak di utara Bandaraya Ipoh. Ianya boleh dimasuki melalui Lebuhraya Utara Selatan melalyi susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Kawasan bukit batu kapur ini telah diterokai seawal 1880 oleh pelombong bijih timah Melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini.

Kawasan ini juga telah di jadikan kawasan perlombongan bijih besi dan menghasilkan kawasan landskap terganggu seperti kawasan berpaya dan tasik. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah, laluan pejalan kaki, menara pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia. Tempat letak kereta disediakan secara percuma dan tambang untuk menaki bot adalah RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 500 meter.

GUA TEMPURUNG

Gua Tempurung terletak di Gopeng, 25 kilometerdari Ipoh. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa Gua Tempurung ialah gua batu kapur semulajadi terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua ini berlengkar di dalam perut Gunung Tempurung sebagai satu terowong dari timur menembusi ke barat sepanjang 1.9 kilometer. Gua Tempurung mempunyai marmar dan beatu kapur, gua mengandungi timah dan mineral lain. Terdapat beberapa perlombongan biih timah berskala kecil di dalam gua sepanjang abad yang lain. Gua Tempurung merupakan gua utama di banjaran ini. Kemudahan seperti jejantas dan tangga telah disediakan di dalam sebahagian daripada gua-gua tersebut. Dengan kemudahan ini pelancong dapat melawat ke dalam gua dengan lebih mudah, selesa dan selamat.

SYURGA MAKANAN IPOH

Ipoh terkenal dengan pelbagai makanan yang best. Ramai yang sanggup datang ke Ipoh semata-mata untuk menikmati makanan istimewa di sini seperti nasi vanggey, mee kari, mee kicap dan banyak lagi. Oleh kerana perjalanan saya singkat, hanya dua malam diIpoh tidak banyak retoran dan makanan yang sempat saya cuba. Niat di hati ingin mencuba Nasi Vanggey atau Nasi Ganja yang popular di Jalan Yang Kalsom. Tetapi hasrat itu terpaksa saya batalkan dek kerana terlalu ramai orang beratur untuk membeli nasi ganja yang popular itu. 


TAMAT

Cerita akak pulak....Banyak lagi tempat menarik di Ipoh yang tidak sempat di terokai oleh penulis sebenarnya. Perkara yang paling menggamit memori akak tentang Ipoh sebenarnya ialah keramahan penduduk Ipoh betoilah kot perkataan "Ipoh Mali Tarak Sombong". Baru pertama kali kenalpun umpama dah kenal bertahun.. 

Paling best ialah tiadalah kesesakan jalan raya yang teruk membuatkan perjalanan selalunya tidak mengambil masa yang lama. 

Antara tempat rekreasi pilihan akak untuk berjogging suatu masa dahulu ialah Padang Polo dan Taman Dr Seenivasagam.. Sesekali memilih Bukit Kledang di Menglembu untuk melihat panorama Bandaraya Ipoh. Untuk yang suka cabaran di Ipoh terletaknya puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Korbu.

Untuk pencinta makanan terdapat pelbagai pilihan. Selain dari Nasi Vanggey terdapat kedai Mi Kari Daud Mat Jasak. Selalu mi kari di sini kuah dan mi yang sedia ada tapi di sini kita boleh memilih seaneka fish ball atau fish cake yang akan dicelur untuk di makan bersama mi kari. Mi kicap juga amat terkenal di sini.. Paling seronok ialah sarapan di Ipoh yang menyediakan makanan berat bukan hanya ada nasi lemak, mi goreng, bihun goreng dan kue tiaw yang sudah siap di masak.. Kalau di sini dulu seawal pagi akak dah meronda mencari laksa, mi kari, mi wantan, char kue tiaw dan lain-lain.. Medan Selera yang agak terkenal di Ipoh ialah Medan Selera Taman Kanak-kanak, Medan Selera Stadium Negeri dan juga Medan Selera Datuk Sagor(berdekatan Masjid Negeri)... Harap balik Ipoh dapat buat entri tempat makan yang best di Ipoh ... Jom baca blog ini juga :- Mengunyah

Jangan lupa Nasi Ayam yang sangat terkenal di Ipoh...
Kalau akak duduk Ipoh memang tak masukler Chicken Rice Shop yang mahaltu...
Di sini banyak sangat kedai Nasi Ayam yang sedap..
Macam yang di atastu Nasi Ayam Tauge... 
Laksa kalau di Ipoh ada fish cake macam laksa orang Cina.. 
Ipoh memang ramai bangsa Cina jadi sedikit sebanyak mempengaruhi makanan di sini... 
Ipoh juga ada Lost World of Tambun..
Dah lama sangat tak ke sini yer anak-anak..
Taman tema baru akan dibuka di Ipoh Julai ini ...
MAPS ~ Movie Animation Park Studios..
Gambar dari blog EMILY2U dan ada info juga di blog ini...

Cukup sudah entri ini kerana tujuan hanya ingin berkongsi info dari majalah dah menjadi entri akak pulak... 

6 comments:

  1. Selalu juga terfikir nak jalan-jalan ke Ipoh tapi tak tahu apa nak buat di sana. Banyak juga pilihan sebenarnya kalau digoogle tapi biasalah selagi tak pergi, selagi itulah tak terfikir nak mencari apa yang istimewa ada di Ipoh.

    Nasi Ganja tu dah lama teringin tapi sampai sekarang tak juga pergi-pergi. Ada hati juga nak naik ETS sampai Ipoh tapi simpan dalam hati aje!

    ReplyDelete
  2. MAPS tu ada menang contest aritu dpt pass masuk...tgh tgu diorang update adiah nanti

    ReplyDelete
  3. betul kak ipoh besttt ! saya pernah duduk sana 1 tahun setengah

    ReplyDelete
  4. betul lah tu ipoh mali tarak sombong...
    saya org perak. ipoh tu dah macam sebahagian dari hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni tak tahu nak panggey cho ke kak cho ni...biasa kalau oghang perak cho tu dah dikira pangkat ler kan?
      saya memang dah duduk di perak, oghang kuale kangso. beraya di kuale ler teman. cho tak balik perak ke tahun ni? hehe

      Delete

Nuffnang oh Nuffnang