Nuffnang saya

Followers

Wednesday, June 29, 2016

Masjid Aqsa yang dirindui ~ Wordless Wednesday

Kenangan di Palestin sentiasa dalam ingatan. Mendengar berita keganasan tentera Palestin di kaca TV membuatkan ingatan ini melayang ke sana. Teringatkan wajah anak-anak Palestin yang suci dan bersih, wajah warga tua yang menanggung penderitaan berpanjangan, wajah manis anak muda yang sungguh bersemangat... Allah selamatkanlah bumi Palestin.. Bulan Ramadhan yang mulia ini penduduk Israel masih mencemari kesucian Masjid Aqsa yang merupakan antara 3 masjid yang dimuliakan...

Gambar di bawah ini adalah kiriman whatsapp kawan dari admin grup Crumb Kinrara yang dapat pergi ke sana sebelum Ramadhan.. Rindu semakin rindu rasa hati akak dengan Masjidil Aqsa. Moga Allah memberi akak kesempatan lagi kepada akak untuk berkunjung ke sini lagi... 
Yang atastu Masjid Aqsa lama...
Yang berkubah kuning itu Dome of the Rock...
Laluan sepi sebelum sampai ke Masjid Aqsa... 
Melalui rumah-rumah penduduk dan juga kedai ... 
Sebelah kiri keadaan di dalam masjid Aqsa...
Di sebelah kanan ialah di Dome of the Rock atau kubah Shakhrah...
Kubah Shakhrah bukanlah sebuah masjid, sebaliknya, merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Isra dan Mi'raj.
~ Wikipedia ~
Rindu serindu rindunya...

Bawah ini gambar rombongan kami tahun lepas... 
 Kenangan sebelum keluar dari Masjid Aqsa untuk balik ke Jordan..



5 comments:

  1. msti di rindui kan kak... tempat yg terpilih

    ReplyDelete
  2. Oh alhamdulillah kak pernah jejak ke masjidil aqsa.
    Tempat yg penuh sejarah bila sudah pernah ke sana mesti menggamit kenangan indah utk diingati.
    Rindu nak ke sana lagi ye kok cho.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak, saya sedang mencari travel agensi yg membawa rombongan umrah ziarah palestin.boleh akak bgtau akak menggunakan khidmat travel agensi apa? Saya harap akak dpt membantu.

    ReplyDelete
  4. Boleh emailkan pada sy di norairulhisham@gmail.com 🙂

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang