Ikon Teluk Intan
Menara Condong membuatkan Teluk Intan menjadi tempat yang istimewa untuk dikunjungi. Kalau datang Teluk Intan mesti kita akan berjumpa dengan Menara ini sementelah pekan Teluk Intantu bukanlah sebesar manapun..
Kalau masa dulu-dulu kami selalu pergi ke pekan Teluk Intan menemankan bapak membeli hadiah untuk kejohanan sukan atau acara penyampaian hadiah..
SUMBER : Berita Harian (22hb Mei 2016)
Kalau masa dulu-dulu kami selalu pergi ke pekan Teluk Intan menemankan bapak membeli hadiah untuk kejohanan sukan atau acara penyampaian hadiah..
Gambar kenangan dua tahun yang sudah...
Kewujudan Menara Condong mempopularkan Teluk Intan , sehingga ia menjadi identiti bandar ketiga terbesar di Perak ini, selepas Ipoh dan Taiping.
Banyak catatan juga yang menyamakan menara condong istimewa ini dengan Menara Pisa di Itali.
Menara Condong Teluk Intan diitiraf oleh Jabatan Warisan Negara sebagari warisan kebangsaan.
Berdasar catatan, Menara Condong Teluk Intan dibina oleh arkitek berbangsa Cina, Leong Choon Cheong yang berfungsi sebagai sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk tempatan pada musim kemarau selain berperanan sebagai penunjuk waktu atau time keeper apabila ia dilengkapi jam besar.
Wang derma daripada penduduk tempatan digunakan untuk membeli jam berkunci dari London buatan firma JW Benson -Ludgatehill.
Mudahkan pengurusan air
Sekalipun berusia lebih 100 tahun, menara berkenaan masih berdiri kukuh hingga hari ini.
Ketika pemerintahan Jepun, menara jam ini digunakan oleh askar Jepun sebagai menara kawalan.
Menurut satu kajian, tujuan lain pembinaan menara ini atau dikenali sebagai jam tinggi antaranya ialah memastikan kemudahan pengurusan air British dipertingkatkan sebagai bekalan tambahan sekiranya berlaku kebakaran, selain memperingati jasa pentadbir British ketika itu.
Menara ini jug pernah digunakan oleh Persatuan Pengakap Teluk Intan pada tahun 1940 dan Lembaga Perncang Keluarga Negara (1977 hingga 1992).
Pengaruh seni bina China sangat kuat terhadap pembnaan menara jam ini apabila ia menampilkan konsep sebuah pagoda.
Dari luar kelihatan seolah menara jam ini seperti bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat saja yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu.
Bebanan tangki air punca condong
Menara jam ini dibangunkan di atas struktur tanah yang lembut.
Bebanan berat tangki air menyebabkan lama kelamaan menara ini menjadi condong. Bagaimanapun, ada yang mendakwa, pernah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga tapak menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan tangki air yang berat dipercayai punca menara ini mula condong.
Hari ini Menara Condong Teluk Intan tidak lagi berperanan sebagai tangki simpanan air, namun jam besarnya masih lagi berfungsi. Justeru, produk pelancongan di Teluk Intan ini mampu menggamit kehadiran pelancong asing mahupun domestik kerana ia memiliki nilai sejarah dan warisannya yang tinggi.
Tempat menarik yang lain di Teluk Intan adalah seperti :-
1) Batu Tenggek ~ terletak di persimpangan pekan Teluk Intan. Katanya dulu batu itu kecil dan diletakkan oleh askar British dan kini telah semakin membesar...
Jangan sengetkan kepala anda kerana menara ini memang senget....
Tempat menarik yang lain di Teluk Intan adalah seperti :-
1) Batu Tenggek ~ terletak di persimpangan pekan Teluk Intan. Katanya dulu batu itu kecil dan diletakkan oleh askar British dan kini telah semakin membesar...
2) Masjid Sultan Idris II
3) Balai Polis Teluk Intan yang lama
4) Bangunan Lama Mahkamah Tinggi
Rujukan di blog ini ::- Suhazainul Blog
Untuk lebih jelas boleh pergi ke blog ini AGARKUTIDAKLUPA BLOG tentang kisahnya jalan-jalan Teluk Intan.. Gambarpun cantik dan akakpun sebenarnya ada impian untuk meronda dan ambil gambar seperti itu... Jangan lupa ke blog ini :- AGARKUTIDAKLUPA BLOG
3) Balai Polis Teluk Intan yang lama
4) Bangunan Lama Mahkamah Tinggi
Rujukan di blog ini ::- Suhazainul Blog
Untuk lebih jelas boleh pergi ke blog ini AGARKUTIDAKLUPA BLOG tentang kisahnya jalan-jalan Teluk Intan.. Gambarpun cantik dan akakpun sebenarnya ada impian untuk meronda dan ambil gambar seperti itu... Jangan lupa ke blog ini :- AGARKUTIDAKLUPA BLOG
Rupanya Madrasah Al-Ihsaniah ini juga tidak kurang menariknya ... Moga warisan ini juga akan terus terpelihara...
Teluk Intan memang banyak bangunan bersejarah... Gambar dari blog :- AGARKUTIDAKLUPA BLOG
Last week saya ke perak tapi lalu je kat sini tak sempat singgah
ReplyDeletebestnya
ReplyDeleteIni pun dah lama dalam perancangan. Kawan suami saya, a Russian tinggal di sini. Dia suka sangat Teluk Intan dan tak mahu berpindah ke KL walaupun tak ramai Russians di sana yang dia tahu.
ReplyDeletebila lah dpt bergambar betul2 sebelah menara condong tuh...
ReplyDeleteMercu tanda teluk intan..klu kesini mesti kena bergambar kat menara.aktiviti wajib kan
ReplyDeleteMercu tanda teluk intan..klu kesini mesti kena bergambar kat menara.aktiviti wajib kan
ReplyDelete