Persediaan Sebelum Umrah
Rupanya sudah setahun lebih akak mengerjakan umrah tapi tidak banyak entri tentang umrah akak di sana.. Rugi rasanya tidak berkongsi pengalaman berharga selama berada di sana bukan sahaja untuk perkongsian namun juga sebagai kenangan pada diri sendiri..Yang paling akak tiba-tiba nak buat entri ini kerana adik-adik Crumbs akak hantar gambar ziarah Palestin dan umrah di whatsapp grup kami. Sekarang dua adik Crumbs berada di Mekah, membuatkan terasa kitapun berada di sana...
Sebelumtu akak nak bagi tahu yang entri ini bukan untuk menasihati atau mengajar kerana akak hanya berkongsi pengalaman akak sahaja. Entri ini berkenaan persediaan insan biasa-biasa macam akak sebelum mengerjakan umrah dan ziarah.
Sebelumtu akak nak bagi tahu yang entri ini bukan untuk menasihati atau mengajar kerana akak hanya berkongsi pengalaman akak sahaja. Entri ini berkenaan persediaan insan biasa-biasa macam akak sebelum mengerjakan umrah dan ziarah.
Mengerjakan umrah dan haji ini tidak sama seperti kita melancong kemana pelusuk dunia sekalipun. Oleh itu persiapan sebelum pergi itu tidak hanya berkaitan duit tapi mental, fizikal dan rohani...Jom kita tengok apakah persediaan yang dilakukan oleh Cho Zila sebelum pergi mungkin boleh menjadi panduan kepada yang baru pertama kali pergi ke sana...
PERTAMA : PEMILIHAN EJEN PENGELOLA UMRAH
Perkara yang pertama yang dibuat selepas kami bersetuju untuk mengerjakan umrah dan ziarah ke Palestin adalah mencari ejen pengelola umrah yang boleh membawa kami ke sana. Namun sudah pastilah antara yang kami bincangkan sebelum memilih ejen yang bersesuaian dengan kehendak kami semua... Tapi urusan ini akak serahkan kepada adik dan isterinya...
Antara faktor yang kami ambil kira juga seperti :-
1. Harga.
Kami membuat perbandingan harga antara ejen yang menawarkan perkhidmatan seperti yang kami kehendaki. Terdapat pelbagai ejen menawarkan harga yang berlainan jadi terpulang kepada kita untuk membandingkan mana yang memenuhi kehendak kita dan yang penting poket kita juga. Kami memilih Andalusia Travel and Tour untuk pergi ke sana.. Bagi kami harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan Andalusia Travel and Tour juga mempunyai pengalaman membawa jemaah ke Palestin...
2. Hotel.
Untuk hotel pula sebenarnya pakej yang kami ambil itu boleh dinaik taraf jika kita mengkehendaki hotel yang lebih berdekatan semasa di Mekah.. Hotel di Palestin, Jordan dan Madinah adalah sama.. Bilik boleh dipilih samada untuk berdua, bertiga dan seterusnya dengan harga yang berlainan. Kami memilih pakej untuk bilik berempat dan yang seronoknya di Palestin dan Jordan kami dapat sebilik berdua sahaja.. Hanya di Madinah dan Mekah kami tinggal sebilik 4 orang..
Di Palestin bilik yang disediakan kepada kami agak sempit tapi sangat selesa malah berdekatan dengan salah satu pintu gerbang masuk ke Masjidil Aqsa. Boleh baca kisah hotel kami di tulisan akak yang lepas :- HOTEL METROPOLE BAITULMUQADIS .
Di Jordan lagi menarik hotelnya kerana pihak agensi di Jordan menaik taraf hotel kami dan dapatlah akak dan emak akak tinggal dibilik yang besar dan selesa. Nama hotel langsung dah tak ingat tuler pasalkan kalau tidak bertulis...
Di Madinah juga hotel sangat selesa walaupun 4 orang sebilik iaitu Hotel Mubarak Silver lebih kurang 200 meter dari Masjid Nabawi. Dengan persekitaran Madinah yang jalannya landai lebih memudahkan kami menolak kerusi roda emak..
Di Mekah hotel yang disediakan agak jauh tapi pada akak sangat berpatutan dengan harga yang kami bayar.. Sebahagian dari ahli rombongan telah menambah harga pakej untuk menginap di Hilton Tower yang lebih berdekatan dengan Masjidil Haram. Hotel Malak Taqwa menjadi tempat kami menginap selama di Mekah yang terletak hampir 250 meter ke Masjidil Haram..Bukan jauh sangat tapi dugaan yang besar kerana jalan berbukit, maalumlah kena menolak emak .. Namun yang seronoknya makanan yang disediakan oleh pihak Agensi boleh diterima oleh tekak kami sekeluarga.
Di Palestin bilik yang disediakan kepada kami agak sempit tapi sangat selesa malah berdekatan dengan salah satu pintu gerbang masuk ke Masjidil Aqsa. Boleh baca kisah hotel kami di tulisan akak yang lepas :- HOTEL METROPOLE BAITULMUQADIS .
Di Jordan lagi menarik hotelnya kerana pihak agensi di Jordan menaik taraf hotel kami dan dapatlah akak dan emak akak tinggal dibilik yang besar dan selesa. Nama hotel langsung dah tak ingat tuler pasalkan kalau tidak bertulis...
Di Madinah juga hotel sangat selesa walaupun 4 orang sebilik iaitu Hotel Mubarak Silver lebih kurang 200 meter dari Masjid Nabawi. Dengan persekitaran Madinah yang jalannya landai lebih memudahkan kami menolak kerusi roda emak..
Di Mekah hotel yang disediakan agak jauh tapi pada akak sangat berpatutan dengan harga yang kami bayar.. Sebahagian dari ahli rombongan telah menambah harga pakej untuk menginap di Hilton Tower yang lebih berdekatan dengan Masjidil Haram. Hotel Malak Taqwa menjadi tempat kami menginap selama di Mekah yang terletak hampir 250 meter ke Masjidil Haram..Bukan jauh sangat tapi dugaan yang besar kerana jalan berbukit, maalumlah kena menolak emak .. Namun yang seronoknya makanan yang disediakan oleh pihak Agensi boleh diterima oleh tekak kami sekeluarga.
KE DUA: PERSIAPAN DARI SEGI ROHANI DAN JASMANI
Inilah persiapan yang paling utama dan harus diambil kira oleh semua jemaah yang ingin menunaikan umrah di Tanah Suci. Kita bukan nak pergi bersuka ria tapi tujuan kita adalah untuk beribadah dan kalau boleh menjadi yang lebih baik selepas kita balik dari umrah nanti. Akak sebenarnya di saat hendak berangkat ke tanah suci terasa panik juga kerana terasa banyak yang akak tidak tahu. Itulah akibatnya tidak bersedia seawal yang mungkin. Sekejap rasanya masa berlalu dari tarikh kami mula mendaftar, bersiap menyediakan visa dan akhirnya sampailah masanya kami berangkat. Oleh itu adalah penting untuk kita bersedia dari segi fizikal, mental dan persiapan rohani untuk menjadikan ibadah umrah kita diberkati. Antara yang boleh dilakukan sebelum berangkat ke tanah suci :-
1. Pergi ceramah persiapan umrah disediakan agensi
Kebanyakan agensi menyediakan kursus umrah selama sehari untuk jemaah. Kepada yang pertama kali ke sana adalah penting untuk menghadiri kursus ini untuk meberikan gambaran secara kasar tentang keadaan yang akan berlaku semasa di sana. Malah kita juga boleh bertanya sebarang kemusykilan yang menjadi persoalan tentang ibadah umrah. Kepada yang sudah berkali-kali pergi sekalipun eloklah datang mendengar ceramah disediakan untuk menjadi ibadah umrah lebih berkesan.
3. Bertanya kepada orang yang telah pergi umrah atau haji
Ramai dikalangan saudara mara juga sahabat handai kita yang telah pergi menunaikan ibadah umrah atau haji. Ambillah kesempatan itu untuk bertanyakan pengalaman dan kisah mereka untuk menjadi iktibar kepada kita sebelum berangkat ke sana. Sebenarnya banyak benda kecil dan ringkas yang kita ambil ringan yang mungkin menjadi perkara yang merosakkan ibadah kita nanti.
Terdapat banyak blog kawan-kawan yang menceritakan pengalaman mereka di sana. Oleh itu bolehlah kita mengambil pengalaman mereka kala berada di sana sebagai pedoman. Ada juga blog yang sangat lengkap dengan doa juga pedoman sebelum berangkat ke sana. Malah akak juga melihat video ceramah berkaitan umrah untuk lebih pemahaman.
5. Membaca Sejarah Islam dan kisah nabi.
Dalam kita menunaikan umrah terdapat lawatan ke tempat bersejarah semasa ziarah kita ke Madinah dan Mekah. Oleh itu elok juga kalau kita baca tentang sejarah Islam dan kisah-kisah Nabi. Apabila kita sampai ke tempat itu maka satu perasaan yang sukar untuk digambarkan akan dapat kita rasai. Menghayati sejarah tempat tersebut akan membuatkan kita lebih bersyukur dan mengambil iktibar dari peristiwa sejarah itu.
Kalau kita pergi ke Palestin sudah semestinya kita lebih membaca kisah sejarah Nabi juga sejarah Palestin sendiri kerana banyak tempat lawatan yang memerlukan kita mengingati pelajaran sejarah Islam kita dulu-dulu. Masa akak pergitu jenuh juga mengingat maalumler dah lama tak belajarkan...
~ Sembahyang sunat berjemaah kiranya dapat dilakukan sebanyak mungkin untuk membiasakan diri kita semasa berada di Mekah dan Madinah. Kalau ada majlis ilmu di masjid rajinkanlah diri untuk mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
~ Perbanyakkan solat sunat untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. .. Lakukan Solat Taubat untuk memohon ampun dari yang maha Esa atas segala kesalahan dan keburukan yang telah kita lakukan selama ini. Lakukanlah ibadah solat sunat yang lain untuk menjadikan ia sebagai kebiasaan kita semasa di Mekah dan Madinah malah berterusan sampai bila-bila. Ini adalah kerana sepanjang di sana kita hanya teringat nak pergi ke masjid sahaja, balik ke hotel hanya untuk tidur. Jadi kalau tidak menjadikan kebiasaan dengan amal ibadah sunat ini kemungkinan masa yang kita ada di sana akan menjadi sia-sia.
~ Sentiasa berzikir dan berselawat juga doa-doa harian untuk menjadikan kita senang menyebutnya ketika berada di sana. Yang penting amalan zikir, selawat dan doa ini memang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Kalau mulut sentiasa mengamalkan zikir dan selawat hati sentiasa tenang. Lakukan setiap masa samada semasa memandu, memasak, di tempat kerja untuk menjadikan mulut kita sentiasa mengamalkannya.
~ Berdoalah apa juga kepada yang Esa kerana Allah sentiasa menunaikan doa umat manusia. Ada doa yang boleh kita dapati dari buku yang mungkin boleh di salinkan dalam satu nota untuk memudahkan. Apa juga permintaan dan doa kita yang ingin dipohonkan kepada yang maha Esa juga boleh kita tulis dalam satu kertas. Supaya selesai kita bersolat bolehlah kita keluarkan doa yang telah kita tulis supaya segala hajat dan permintaan kita di dengari oleh Allah s.w.t. Kadang-kadang semasa kita menadah tangan itu untuk kita menyusun ayat menjadi sukar sedikit. Tapi kalau kita sudah tulis dan lagi bagus kita amalkan sebelum kita pergi lagi mulut ini lancar untuk menyebut setiap permintaan dan hajat kita... Insyaallah...
8. Melakukan senaman ringkas
Mungkin perkara ini bukanlah sepenting manapun tapi bersedialah sedikit kerana sepanjang umrah dan ziarah kita nanti memang banyak berjalan. Setiap hari hendaklah kita melakukan senaman ringan supaya otot kita tidak 'terkejut' dengan banyaknya aktiviti semasa di sana. Kalau badan kurang berupaya maka ibadah yang dilakukan terasa kurang sempurna. Berada di Madinah rasanya boleh tahan lagi sebab suasana bandar itu agak tenang tapi kala berada di Mekah memang memerlukan kekuatan fizikal yang berganda. Masjid sahaja sangat besar dan luas. Ibadah umrahpun memerlukan kita banyak berjalan untuk tawaf dan juga bersaie disamping terpaksa bersesak dengan jemaah yang lain.
KETIGA: MENYEDIAKAN BARANGAN KEPERLUAN
Kalau berjalan ke satu tempat barang keperluan juga mesti diambil kira supaya tidak menyusahkan kita. Inikan pula kita hendak pergi ke tempat untuk beramal ibadah yang kemungkinan masa agak ketat untuk dirugikan. Jadi kalau kelengkapan agak sempurna dilakukan sebelum pergi dapatlah kita melakukan amal ibadat dengan lebih tenang dan mudah...
Akak senaraikan barang yang kemungkinan diperlukan semasa di sana mengikut senarai akak dan juga mengikut pengalaman akak selama berada di sana.
1) Keperluan pakaian juga peralatan yang lain..
Akak tulisni untuk kegunaan orang perempuan kalau lelaki tidaklah akak pandai...
~ Telekung adalah peralatan yang paling penting sekali untuk disediakan kerana kebanyakan masa kita akan memakainya, Bawalah terlekung lebih terutama di bahagian atas supaya kita boleh menggantikan telekung jika sudah dipakai berkali-kali. Di sini memang menjadi kebiasaan orang perempuan memakai telekung walaupun di kedai makan. Kalau nak lebih comel belilah tudung yang boleh dijadikan telekung yang banyak di pasaran sekarang.
~ Pakaian yang mudah dipakai semasa berada di tanah suci adalah jubah kerana lebih ringkas. Bawalah beberapa helai jubah untuk dipakai semasa pergi ke masjid dan baju biasa untuk lawatan. Tidak perlulah membawa terlalu banyak kerana boleh membeli jubah yang lebih cantik dan murah di sana nanti. Lagipun ada perkhidmatan dobi disediakan oleh pihak hotel kalau tidak mahu bershopping.. tapi tak rambang mataker tengok jubah blink blink masa balik dari masjid..
~ Ramai yang suka menggunakan baju putih untuk menunaikan umrah namun mestilah mengambil kira tentang aurat. Kerana baju warna putih agak telus kadang-kadang menampakkan susuk tubuh. Lagipun akak ada baca yang warna putih itu disunatkan pada lelaki sahaja.
~ Kasut juga penting untuk keseselesaan kita disana. Akak bawak selipar yang selesa kerana banyak berjalan dan mudah untuk dibawa masuk dalam tandas. Jangan lupa bawa beg uncang supaya mudah diletakkan kasut semasa masuk ke dalam masjid. Lagi satu jangan dilupakan stokin yang biasa dan juga stokin untuk tawaf dan saiee(lebih tebal).
~ Antara barang lain yang difikirkan perlu ialah membawa, tuala, tuala kecil, baju tidur, pakaian dalam dan seluar panjang (di pakai dengan jubah)
3) Bawa Al-Quran kecil, buku panduan umrah, buku doa dan buku catatan..
~Akak bawa satu Al-Quran kecil untuk bacaan supaya mudah di bawa kalau pergi ke masjid walaupun di sana banyak Al-Quran disediakan. Ini supaya memudahkan kita mengetahui tempat bacaan terakhir yang kita baca supaya senang disambung..
~ Buku panduan umrah memang sangat penting untuk kelancaran ibadah kita maalumlah tidak semua kita hafal. Kalau lagi baik buatlah flash card untuk bacaan yang penting tapi bendatu ada di jual juga. Kalau rajin buatlah catatan doa atau sebarang nota penting berkaitan umrah yang memudahkan semasa di sana nanti.
~ Biasanya kita dapat beg sandang kecil untuk membawa benda penting semasa ke masjid. Senang sedikit urusan kita dalam satu bag sahajakan masukkan quran kecil kita, spek mata untuk yang rabun macam akak,
3) Alat keperluan diri (toileteries) dan ubat-ubatan
~ Bukan sahaja untuk umrah alat keperluan diri memang menjadi benda wajib kita bawa kalau melancong. Antaranya berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo rambut, alat pencuci muka, sikat, bedak dan apa yang kita fikirkan perlu.
~ Ubat-ubatan juga amat penting kerana kita tidak tahu lagi keadaan kita semasa di sana. Ubat asas yang mesti ada untuk keperluan segera jika berlaku kecemasan seperti minyak angin, ubat penahan sakit, plaster dan ubat yang diberikan doktor.
~ Tolong bawa gunting dan pengetip kuku untuk kita sentiasa kelihatan bersih.
~ Jangan lupa bawa cermin mata untuk membaca kepada yang rabun.. Nanti banyak benda yang tidak boleh kita lakukan kerana kesilapan kecil kita itu. Satu kerja pulak kena mencari kedai cermin mata pula setibanya kita di sana nanti. Lagi satu jangan dilupakan cermin mata hitam untuk lawatan di sana kerana macam akak kalau bergambar di bawah matahari mesti tak nampak mata.. Jadi cermin mata hitam sangat membantu..
4) Dan lain-lain
~ Jangan lupa bawa cermin mata untuk membaca kepada yang rabun.. Nanti banyak benda yang tidak boleh kita lakukan kerana kesilapan kecil kita itu. Satu kerja pulak kena mencari kedai cermin mata pula setibanya kita di sana nanti. Lagi satu jangan dilupakan cermin mata hitam untuk lawatan di sana kerana macam akak kalau bergambar di bawah matahari mesti tak nampak mata.. Jadi cermin mata hitam sangat membantu..
4) Dan lain-lain
Plug antarabangsa
Kamera
Botol spray untuk berwuduk
Penutup muka (mask)
Cermin mata hitam
Cermin mata untuk membaca.
Kebanyakkan barang umrah akak beli di Mydin sahaja.
~ Biasanya kita dapat beg sandang kecil untuk membawa benda penting semasa ke masjid. Senang sedikit urusan kita dalam satu bag sahajakan masukkan quran kecil kita, spek mata untuk yang rabun macam akak, botol air kosong, botol spray yang ada air, tuala kecil, minak angin, buku nota, handphone dan duit.
Penutup muka (mask)
Cermin mata hitam
Cermin mata untuk membaca.
Kebanyakkan barang umrah akak beli di Mydin sahaja.
~ Biasanya kita dapat beg sandang kecil untuk membawa benda penting semasa ke masjid. Senang sedikit urusan kita dalam satu bag sahajakan masukkan quran kecil kita, spek mata untuk yang rabun macam akak, botol air kosong, botol spray yang ada air, tuala kecil, minak angin, buku nota, handphone dan duit.
BAGI PEREMPUAN - Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)
1) Telekung sembahyang - 4 helai (akak bawak lebih sebab kami ziarah ke Palestin)
2) Mini telekung - 2 helai (akak tak bawakpun sebab bertelekungjer)
3) Baju kurung - 3 pasang (akak bawak skirt dengan blausjer)
4) Jubah biasa - 3 pasang (yang ni lebih sikit)
5) Baju tidur dan seluar panjang - 2 pasang
6) Stoking tawaf & saie(bertapak tebal) - 3 pasang (beli di Madinahjer~ tak sempat beli stokin korea)
7) Stoking biasa - 3 pasang (ehm akak bawak banyak juga)
8) Tuala kecil - 1 helai
9) Sarung tangan - 3 helai (ni tak bawak tapi seeloknya bawak)
10) Jubah seluar - 2 pasang (banyak jubah seluar lagi baguih)
11) Singlet berzip (untuk keselamatan) - 2 helai (tak belipun)
12) Buku doa(kecil)&surah yassin - 1
13) Pakaian dalam wanita yang secukupnya
14) Penyangkut baju - 5
15) Ubat-ubatan(ubat batuk/sakit tekak/Strepsil/cirit-birit/vicks/vitamin c
16) Sarung beg/jaring - 1
17) Set gantung kecil, pengetip kuku - 1
18) Beg sejadah kecil - 1
19) Uncang kasut - 1
20) Alat cukuran - 1
21) Alat2 mandian - 1
22) Krim bibir dan tumit - 1 (penting juga akak beli di Madinah)
23) Marker pen (jika perlu) - 1 (dan pen juga)
24) Telefon bimbit & charger - 1 (beli kad telefon di hotel sahaja)
25) Kamera - 1
SUMBER : http://www.andalusia2u.com/maklumat-am/panduan-pakaian-keperluan-asas.html
KEEMPAT : PERTUKARAN MATAWANGSebelum pergi ke negara orang mestilah tukar duit RM ke matawang negara yang hendak ditujui. Ini penting juga untuk di buat sebelum kita pergi umrah. Walaupun kebanyakan pakej umrah ada menyediakan semua keperluan dari segi makan, tempat tinggal dan juga pengangkutan tentulah kita hendak berbelanja sedikit untuk diri dan cenderamata.
Rasanya banyak benda nak cerita tapi macam dah panjang semacamjer akak punya entrini... Harap entri ini dapat membantu kawan-kawan yang macam akak pertama kali ke sana. Yang dah selalu pergi rasanya tidak menjadi masalah... Yang penting dengarlah nasihat dari agensi yang kita pilih kerana mereka sudah biasa mengendalikan jemaah umrah dan haji. Jadi sebarang masalah dan kesulitan telah menjadi mainan mereka. Jangan degil sangat nanti bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah orang lain yang sama mengikut kita...
Seronoknya.. belum berkesempatan untuk menunaikan umrah.. doakan saya yea..
ReplyDeleteentry yang sangat-sangat bagus kak! boleh tak nak save?
ReplyDeleteentry yang sangat-sangat bagus kak! boleh tak nak save?
ReplyDeleteBoleh ajer.... mungkin boleh tambah2 ngan blog kawan2 yang lainkan...
DeleteAmin
ReplyDeleteMemang betul..persiapan mental rohani lagi oenting dr keperluan lain..apa pun entry ni memang good info
ReplyDeleteBetul tu, Cho. Nak menunaikan umrah, bukan setakat holiday macam selalu kita pergi. Kena bersedia dari segi mental dan fizikal, serta berdoa banyak-banyak semoga dipermudahkan segala urusan ibadah kita di sana.
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman Cho ni. Bilalah dapat pergi dengan seisi keluarga agaknya!