Pulau Pangkor destinasi mesti pergi
Pulau Pangkor memang destinasi wajib pergi rakyat Malaysia. Orang Perak lagilah kalau tidak pernah sampai Pulau Pangkor macam ada yang tidak kena. Walaupun pulauni kecil dan tidak segah Pulau Langkawi atau Tioman tapi Pangkor ada keistimewaannya tersendiri. Pulau ini mempunyai sejarah yang berkaitan dengan negara kita, keindahan alam semulajadi dengan keindahan pantai, air yang jernih dan hidupan laut yang cantik.
Pulau Pangkorni istimewa kerana di sini terdapat perkampungan nelayan moden dan tradisi. Di sini juga ada resort yang mewah dan chalet yang bajet untuk memenuhi keperluan pengunjung yang datang. Yang paling penting pulau ini tidak jauh dari Kuala Lumpur dan mudah untuk diakses.
Pulau Pangkorni istimewa kerana di sini terdapat perkampungan nelayan moden dan tradisi. Di sini juga ada resort yang mewah dan chalet yang bajet untuk memenuhi keperluan pengunjung yang datang. Yang paling penting pulau ini tidak jauh dari Kuala Lumpur dan mudah untuk diakses.
PENGANGKUTAN
Pulau Pangkor terletak di daerah Manjung dan merupakan tempat kelahiran Menteri Besar Perak kini Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir. Pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor bolehlah menaiki feri dari jeti Lumut atau Marina Island. Perjalanan feri dari jeti Lumut mengambil masa selama lebih kurang 45 minit manakala dari Marina Island hanya 10 minit.
Untuk sampai ke sini tidaklah susah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan. Sekiranya ingin santai boleh sahaja naik bas dari pelbagai destinasi ke Lumut. Kiranya naik ETS atau keretapi boleh sahaja berhenti di Batu Gajah atau Ipoh dan naik bas ke Lumut. Kalau suka membawa kenderaan sendiri bolehlah ikut Lebuhraya PLUS dan keluarlah dari simpang Taiping kalau dari utara dan simpang Gopeng kalau dari selatan. Kalau akak suka sangat ikut jalan kampung dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam dan terus ke Lumut.
Setelah sampai ke Lumut boleh sahaja memilih untuk melalui jeti Lumut atau jeti Marina Island. Kalau ke Marina Island kenalah mengikut arah ke Teluk Batik dan carilah tanda arah ke Marina Island. Tempat letak kereta yang selesa dan luas di sediakan untuk kedua jeti tersebut.
Apabila sampai ke Pulau Pangkor, terdapat Van Pelancong ataupun teksi yang boleh membawa pengunjung samada untuk mengelilingi pulau atau untuk ke hotel penginapan. Kita juga boleh menyewa kereta, basikal atau motorsikal dari jeti atau juga tempat penginapan jika hendak mengunjungi tempat menarik di pulau tersebut.
Apabila sampai ke Pulau Pangkor, terdapat Van Pelancong ataupun teksi yang boleh membawa pengunjung samada untuk mengelilingi pulau atau untuk ke hotel penginapan. Kita juga boleh menyewa kereta, basikal atau motorsikal dari jeti atau juga tempat penginapan jika hendak mengunjungi tempat menarik di pulau tersebut.
Lupa nak bagi tahu yang pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki kapal terbang 'Berjaya Air' dari lapangan terbang Subang terus ke lapangan terbang Teluk Dalam, Pulau Pangkor.
Kami hanya singgah bergambar di Pantai Teluk Nipah kerana kesuntukan masa.
Cuaca juga masatu memang sangat panas terik dan Atikah juga dah mengadu sakit.
Kalau tidak boleh menyewa bot dan mengunjungi pulau yang berhampiran.
Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan di sini, tapi akak tidak sempat bertanya...
TEMPAT BERSEJARAH UNTUK DILAWATI
1. Kota Belanda
Antara tempat yang harus dikunjungi kalau ke Pulau Pangkor ialah Kota Belanda. Kota ini terletak di Kampung Teluk Gadung yang mengambil masa selama 15 minit untuk sampai dari jeti Pulau Pangkor.
Kota ini berusia 336 tahun dibina pada tahun 1680. Merupakan sebuah kota batu yang didirikan oleh Belanda iaitu penjajahan pertama Eropah di Perak. Tujuan pembinaan adalah sebagai sebuah kubu pertahanan dari serangan lanun dan penduduk tempatan yang memberontak terhadap pemerintahan Belanda. Kota ini juga berfungsi mengawal laluan barang dagangan di Perak terutamanya bijih timah.
Terletak berhadapan dengan Kota Belanda dan berada berhampiran dengan kampung nelayan di tepi pantai. Masa pergi haritu tidak perasan langsung Batu Bersurat dan sedihnya pemandu van juga tidak bercerita yang selain dari Kota Belanda boleh juga melawat Kota Belanda.
Lakaran yang diukir atas Batu Bersurat merupakan bentuk harimau yang sedang menyerang sesuatu dipercayai kanak-kanak. Juga terdapat dua bulatan berbentuk daun dan perkataan Belanda serta Inggeris. Tahun yang tercatat pula adalah tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan diketuai oleh Panglima Kulup sekitar tahun 1690an.
3. Galeri Pangkor
Banyak maklumat tentang sejarah Pulau Pangkor yang boleh kita dapat dari lawatan ke Galeri Pangkor. Boleh baca cerita kami di sini :- CHO ZILA DI GALERI PANGKOR
AKTIVITI AIR YANG BOLEH DILAKUKAN
1) Teluk Nipah, Pasir Bogak dan lain-lain lagi
Teluk Nipah dan Pasir Bogak adalah dua pantai utama perkelahan di Pulau Pangkor. Di sini terdapat pelbagai jenis penginapan juga terdapat pakej percutian untuk dinikmati. Manakala pantai yang lain juga mempunyai keistimewaan tersendiri kepada pengunjung...
Bukan sahaja pantainya yang cantik tetapi terdapat banyak aktiviti pantai yang ditawarkan di Teluk Nipah. Jika sukakan cabaran boleh sahaja kita mencuba permainan banana boat, water ski, berkenu dan jet ski. Terdapat beberapa operator yang mengendalikan aktiviti sukan air. Sekiranya ingin lebih santai boleh sahaja menyewa bot mengelilingi pulau di sekitar Pangkor. Di sini juga terdapat banyak gerai menjual cenderamata istimewa untuk dibawa pulang dengan harga yang berpatutan. Juga terdapat gerai makan untuk kita menjamu selera.
Pasir Bogak juga tidak kurang menariknya. Di sini juga ada melihat burung enggang makan sekiranya datang ke Sea View Resort sekitar pukul 5.30 petang ke pukul 6.30 petang. Tengok burungni adalah percuma.
Teluk Ketapang (Turtle Bay) pula dikatakan masih ada lagi penyu yang mendarat di sini.. Sebenarnya banyak lagi pantai yang boleh dikunjungi di Pulau Pangkor, akak pernah berkhemah di Teluk Segadas. Rasanya Teluk Segadas memang sesuai digunakan untuk berkhemah malah kem bina semangatpun banyak dibuat di sini.
2) Snorkeling dan aktiviti laut yang lain
Jika ingin bersnorkeling bolehlah pergi ke pulau-pulau kecil di sekitar sini seperti Pulau Giam dan Mentagor . Pengunjung boleh melihat tarikan unik seperti Monkey Bay, Whale Rock, Crocodile Rock dan Turtle Rock. Pulau Giam terletak berdekatan dengan Teluk Nipah dan memakan masa 10 minit perjalanan dengan bot.
Banyak aktiviti laut yang lain boleh dilakukan kalau berada di Pulau Pangkor. Kita boleh berkayak, jet ski, banana boat, memancing juga malah boleh berkhemah di tepian pantai. Boleh juga bermain bola tampar di tepi pantai kiranya datang berkumpulan..
Resort mewah yang boleh memenuhi kehendak pelanggannya dengan kemudahan yang setaraf dengan harganya. Tidak pernah sampai ke sini tapi dari cerita orang tempatni memang ekslusif dan sesuai terutamanya untuk pasangan yang ingin berbulan madu dan mengembirakan ahli keluarga. Tidak hairanlah banyak anugerah yang diperolehi oleh resort ini.
Subhanallah cantiknya dah lama berangan nak pergi tapi tidak kesampaian juga .. gambar dari google..
4) Pukat Tarik
Boleh merasai sendiri bagaimana menangkap ikan menggunakan pukat tarik.. Mohler kalau berani.. Ada yang menawarkan aktiviti ini boleh google ataupun bertanya kepada operator hotel.
5) Menikmati keindahan matahari terbenam (sunset)
Kalau dah namanya tepi pantai memerhatikan matahari terbenam sudah menjadi satu kemestian. Dan yang khabarnya Pangkor Laut Resort juga ada menawarkan sunset cruising dengan harga RM400 untuk 4-5 orang.
TEMPAT MENARIK DI SEKITAR PULAU PANGKOR
1. Melawat kilang hasil laut Pangkor
Lawatannya bukanlah kilang sangat tapi tempat membeli hasil laut. Harganya pada pandangan akak tidaklah semurah manapun tapi mungkin sudah sampai Pangkor mestilah singgah kilangnya. Di sini juga kita boleh melihat cara memproses ikan bilis di Sungai Pinang Kecil.
3. Tokong Fu Ling Kong
Boleh baca kisah kami di sini :- CHO ZILA DI TOKONG FU LING KONG PANGKOR
4. Tukang Bot
Kita juga boleh singgah ke kilang membuat bot dan mendapat pengalaman yang menarik untuk diceritakan kepada kawan-kawan.
5. Pekan Pangkor
Pekan kecil tapi menarik untuk kita kunjungi kerana di sini menawarkan pelbagai jualan untuk dibeli oleh pelancong. Jangan lupa untuk membeli baju Pangkor sebagai kenangan juga dapatkan pelbagai hasil laut yang sedap dan popular di sini.
6. Jungle Trekking
Pulau Pangkor juga ada hutan kecil yang masih terjaga keasliannya untuk diterokai. Masa bercuti inilah digunakan untuk menikmati alam semulajadi yang tidak tercemar.
7. Bermesra dengan burung Enggang (hornbill)
Akak baca di blog RUGGEDMOM tentang burung enggang ini terus rasa ruginya akakpun tak merasai pengalaman ini. Katanya banyak burung ini berkumpul di waktu petang di Sunset View Chalet yang berdekatan dengan Nipah Village Guesthouse.
Pulau Pangkor adalah destinasi mesti pergi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pulau comel yang menggabungkan kehidupan nelayan dan juga pelancungan. Banyak tempat menarik untuk diterokai di sini dari sejarahnya, aktiviti air yang banyak juga hasil laut yang popular. Datang ke sini mampu menenangkan fikiran yang kusut, dapat melarikan diri dari tekanan kerja juga kehidupan seharian. Boleh melancong ke Pulau Pangkor walaupun cuti tidak panjang kerana dua haripun sudah mencukupi untuk ke sana.. Pss.. akakpun belum pernah bawa anak-anak bermalam di Pulau Pangkor dan rasanya kenalah diusahakan...
Selamat tinggal Pangkor jika di izinkan dari Allah s.w.t. kami akan datang lagi...
Selamat tinggal Pangkor jika di izinkan dari Allah s.w.t. kami akan datang lagi...
mmg memasang angan2 nk kesana.... hehehhe
ReplyDeletemcm2 tempat blh lawat... cantik pulak tuh...
akakni janji tepi laut okjer... tapi pulau kat trengganu lagi cantik dana memang tak dinafikan... cuma kat sini ada gabungan sejarah, alam semulajadi dan perkampungan nelayan moden dan tradisional...
Deletepangkor laut tu best kak...ehh macam la penah pegi..kekekeke..
ReplyDeleteakak berangan dah lama ke sini idzwa..
Deleteyerler bukan semua orang sama rasa sama minatnyerkan...
ReplyDeletethanks akak.. jadi rujukan saya & famili time bcuti di pangkor hari tu
ReplyDelete