Jejak Masjid Lama Ipoh

Akak memang pantang tengok artikel dalam surat khabar kalau ada cerita negeri Perak Darul Ridzuan yang akak sayangi. Akak sanggup taip semua ini balik untuk di simpan di sini kerana keratan akhbar selalunya akak akan buang. Mungkin kena buat hobi baru lepas ini hasilkan buku skrap tentang tempat menarik dilawati di negeri Perak... Ok kali ini bahan dari surat khabar Berita Minggu di ruangan Kembara  - Destinasi Dalam Negara.... Moh tengok...

SUMBER : Berita Minggu
PENULIS : Bennie Zie Fauzi (bennie@bh.com.my)

Di luar negara, kuil dan gereja lama sudah lama menjadi sebahagian tarikan pelancongan.

Selain menghidangkan seni bina bekurun usia, sejarah dan latar belakang yang mencipta identiti sesebuah rumah ibadat itu tidak pernah gagal memikat pelancong untuk menyelongkar serta meneroka, seterusnya menghayati tamadun dipersembahkan.

Kempen Jejak Masjid Perak atau Perak Mosque Trail dilancarkan kerajaan negeri Perak menerusi Tourism Perak (TP} dngan kerjasama Persatuan Warisan Perak pada 13 Ogos 2015 membuka peluang pelancong termasuk yang bukan Isalm menyelami keunikan sini bina lapan masjid di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar yang sebahagian besar dibina sejak abad ke -19.

Mempertarukan elemen arkitektur Islam dengan asimilasi Cina, India, Arab, British dan Sepanyol, enam masjid yang disenaraikan ialah Masjid Dato Panglima Kinta dibina pada tahun 1898, Masjid India Muslim (1908), Masjid Kampung Paloh (1912), Masjid Pakistani (1930), Masjid Sultan Idris Shah II (1968) dan Masjid Muhammadiah atau dikenali sebagai Masjid Cina, selain Masjid Ubudiah Kuala Kangsar yang dibina pada tahun 1917 serta Masjid Ihsaniah Iskandariah Kampung Kuala Dal di Padang  Rengas (1938).

Kaya Sejarah

Pengarah TP, Ibrahim Sediqi Talib, menaruh harapan positif, siri lawatan masjid boleh dikategorikan di bawah pakej perlancongan agama secara tidak langsung mampu mencelikkan mata hati generasi muda supaya berbangga dengan agama dianuti, manakal masjid berperanan mengukuhkan jati diri.

"Perak antara negeri kaya sejarah dan masjid adalah entiti istimewa yang bukan saja harus dibanggakan malah diuar-uarkan kepada pelancong domestik mahupun luar negara. Sasara kunjungan tidak terhada kepada pelancong Muslim bahkan semua bangsa dialu-alukan untuk mencungkil pengetahuan mengenai masjid beserta sejarah juga aspek keagamaannya,"katanya.

Merakam foto

Penulis berpeluang menjelajah dan melihat semua masjid yang disenaraikan itu. Ternyata ia memang menjadi tarikan pelancong daripada semua kaum dan agama, malah turut merakam gambar di hadapan bangunan serta perkarangan masjid.

Di Masjid Inda Muslim, di Jalan SP Seenivasagam, seorang pelancong Jepun dilihat asyik mengamati keunggulan seni bina Mughal masjid itu.

Dia berlegar-legar di bangunan bersebelahannya yang turut dijadikan kelas mendalami pengajian Islam. Pelancong Jepun itu kemudian memilih untuk duduk di bangku batu disediakan dihadapan bangunan untuk menatap sepuasnya dua menara putih diselangi warna hijau rumput.

Jadi tumpuan ramai

Masjid Muhammadiah atau dikenali sebagai Masjid Cina dalam kalangan masyarakat tempatan di Taman Tasek Jaya lebih ramai peminatnya. Hampir dikatakan setiap hari, masjid ini yan gdibina di atas tanah seluas 0.4 hektar tidak putus daripada pelawat.

Menurut pemandu pelancong, ABdul Majid Faizal Din, ia satu-satunya masjid mempraktikkan seni bina Cina secara menyeluruh berbanding masjdi menonjolkan seni bin sama yang banyak ditermui di Rantau Panjang.

"Di Rantau Panjang, Kelantan juga ada masjid seperti itu namun ada menyelitkan pengaruh Siam. Sebalikkna Masjid Muhammadiah hampir keseluruhannya memaparkan seni bina Cina melainkan bahagian tertentu yagn cuba disesuaikan dengan budaya tempatan.

"Paling ketara, bumbung dan menara bermotif bunga raya menggantikan elemen bunga peony dan lakaran naga yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Cina,: katanya merujuk masjid yang menggunakan khidmat kepakaran juruteknik dari China malahan bumbungnya juga diimport dari negara itu.

Dinilai secara tersurat, masjid mengemukakan seni bina negara asal mewakili fikiran terbuka masyarakat ketika itu yang  menerima budaya berbilang kaum dengan syarat tidak bercanggah dengan ajaran suci Islam, Malah ajaran agama Islam tidak menghalang pemantapan bahasa ibunda masing-masing.

Pusat penyebaran Islam

Pembinaan masjid adalah manifestasi kewujudan sebuah komuniti, melambangkan keunggulan agama Islam dan penganutya di samping bayangan tamadun masyarakat sekeliling.

Latar belakang enam masjid warisan di Ipoh yang diangkat sebagai produk pelancongan dan diramal diserbu pelancong berbilang bangsa dalam serta luar negara adalah; Masjid Dato' Panglima Kinta terletak di Jalan Mesjid, dibina oleh Datuk Panglima inta Mohamed Yusof pada tahun 1898 ini dahulunya menjadi pusat penyebaran agama Islam kalangan masyarakat setempat.

Ia dibangunkan bagi mengenang isteri beliau yang meninggal pada tahun itu. Gabungan seni bina Mughal dan Neo-klasik berjaya membentuk sebuah bangunan bata yang cukup besar dan cantik. Dilaporkan seorang ustaz dari Mesir, Shaik Tholji pernah tinggal di sini dan menyumbang bakti mengajar penduduk setempat mendalami al-Quran.

Selepas kematiannya, jenazahnya turut disemadikan di makam keluarga Datuk Panglima Kinta yang terletak di halaman belakang masjid berkenaan.

Bersebelahan masjid, terletak sebuah sekolah pondok yang didirikan sebelum Perang Dunia kedua. Pada tahun 1950-an, Fakih Ghazali bertindak memulihkan semula Madrasah Kamaliah sebagai sekolah Arab yang juga pusat pengajian Islam pertam di Ipoh dan ia diuruskan oleh jemaah masjid hingga tahun 1970-an.
Gambar dari blog MUHAINA @ uniknya Ipoh Perak

Guna khidmat pekerja dari India

Pemilik kilang ais, Kinta Ice Works merangkap pengurus minuman ringan Lonta Aerated Water di Taiping, Kampar dan Jalan Stesen, Ipoh berketurunan India Muslim, Shaik Adam Ghaus pula, membina Masjid India Muslim pada tahun 1908 berikutan perselisihan faham dengan orang Melayu.

Turut dikenali sebagai Masjid Padang Ipoh, masjid terletak di Jalan SP Seenivasagam mempraktikkan seni bina Mughal mirip kubu perthaanan Diwanikhas di Delhi, India itu menggunakan khidmat pekerja mahir dari India.

Sebelah bahagian masjid dilengkapi enam gerbang yang berukir di kepalanya, manakala bahagian hadapan masjid menawarkan lima gerbang lagi. Dua menara runcing mengapit binaan melengkung sepeara bulat dihiasi ukiran menyerlahkan lagi daya tarikan masjid diselubungi cat putih disulami hijau.

Masjid berkenaan disenaraikan sebagai warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.


Masjid Kampung Paloh

Terletak di Jalan Datoh, Masjid Kampung Paloh dibina pada tahun 1912 ketika pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Al-Azam Shah. Pembinaan itu diusahakan oleh Orang Kaya-kaya Datuk Seri Andika Diraja, Wan Muhammad Salleh dan isteri, Toh Puan Sharifah Rodiah, Mahmud Mohd Taib dan Muhammad Kassin Banjar Jagra.

Ia menampilkan bumbung tiga lapis dengan dua tingkap rendah dan menara setinggi empat tingkat, manakala bersebelahannya, didirikan Madrasah Sharifah bersempena nama penaungnya.

Berhampiran kolam mengambil wudhuk dan masih bernaung di bawah bumbung masjid, dihimpunkan makam golongan masyhur dan banyak berjasa antaranya, Datuk Andika sendiri yang meninggal dunia pada tahun 1917 selain Menteri Besar Perak pertama yang juga seorang peguam, Panglima Bukit Gantang, Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz.

Masjid ini turut disenaraikan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2015.
Gambar dari MBI

Masjid Sultan Idris Shah II

Idea pembinaan diusulkan pada tahun 1951, Abdul Wahab, namun masjid yang turut dikenali dengan nama Masjid Negeri ini hanya dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan Perak yang ke-33, Sultan Idris Shah II.

Kos pembinaan menelan belanja RM1.8juta menyediakan bangunan dua tingkat berbentuk empat persegi bujur dengan keluasan 84 meter panjang, manakala lebar 42 meter.

Keunikan seni bina diserlahkan menerusi 45 kubah bersusun indah dihiasi cermin pelbagai warna yang tampil bercahaya di bawah sinar matahari. Sebuah menara dengan ketinggian 38 meter lebih menambah keunikan masjid terletak di tengah bandar Ipoh berkenaan.
Gambar akak ambil dari sini :- 6 must visit places in Perak @ aiskacangmerah

Masjid Muhammadiah Masjid Cina

Masjid ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada sebuah surau kecil yang didirikan pada tahun 1980. Ia dipelopori oleh Allahyarham Abdul Latif Mohd Kassim dibantu tujuh rakannya bersama penduduk awal Taman Tasek Jaya.

Kos pembinaan semula pada tahun 2013 menelan belanja RM4 juta , namun berbaloi kerana menampilkan struktur bangunan dan keseluruhan binaan termasuk reka bentuk bumbung serta menara bermotif Cina yang disesuaikan dengan budaya tempatan.

Bumbung dan menara masjid menggunakan motif bunga kebangsaan iaitu bunga raya menggantikan elemen bunga poeny yang lazimnya menjadi kegemaran masyarakat Cina. Selain konsep geometri, elemen warna merah, putih dan hijau yang menjadi latar warna bangunan masjdi turut menjelaskan kaitan rapat masjid dengan masyarakat itu.


Antara masjid yang dalam jejak Masjid Lama kat sini akak pernah bergambar... Boleh baca blog akak:- CHO ZILA @ MASJID CINA
Masjid yang laintu masa di Ipoh biasa juga pergi terutama Masjid Negeri. Dua masjid yang lain Masjid Kampung Paloh dan Masjid India Muslim biasa lalu lalang tapi tidak pernah singgah.. Masjid Dato' Panglima Kintatu macam tidak pernah pulak akak nampak... nampak sangatkan... Moga dengan usaha kerajaan Negeri Perak ini kita akan lebih menghargai masjid yang lama seperti ini...

Ada satu entri yang menarik untuk di baca tentang SENIBINA MASJID DI NEGERI PERAK. Banyak masjid di Perak ini yang cantik dan menjadi warisan sejarah untuk dilawati. Dulu kalau bawak atuk akak berjalan mesti dia akan singgah masjid lama-lamani dan akan melakukan solat Tahiyyatul Masjid. Kitani biasa ikut lebuh raya selalunya singgah surau R&R, jadi kalau ada masa ikutlah jalan lama dan kita akan temui banyak masjid yang boleh disinggah...

Comments

  1. Bagus Cho ni. Anak Perak yang sangat patriotik. Sebab itulah saya suka ke sini, salah satu sebabnya banyak info tentang negeri Perak saya boleh dapati dari blog Cho ni tau!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts