Nuffnang saya

Followers

Tuesday, May 31, 2016

Lagenda Cinta Terlarang ~ Gaharu TeaValley Gopeng

Hanya untuk ingatan pada akak yang Gopeng juga ada tempat menarik.. Akak belum sampai lagi ke sini.. Boleh singgah sebab Gopeng adalah susur keluar akak nak balik kampung kalau ikut Lebuhraya Utara Selatan...

Berita Harian (15hb Mei 2016)
Bennie Zie Fauzi (bennie@bh.com.my)

Sepasang pokok ara dan merbau yang tingginya dianggarkan hampir menyamai bangunan lima tingkat dilihat seperti sedang berpelukan.

Ia mungkin dianggap sebagai tiada yang luar biasa kepaa pengunjung di Taman Kekasih atau lovers Park di Lembah Teh Gaharu kira-kira tiga kilometer dari pekan Gopeng, Perak sekadar lingkaran akar pokok semata-mata.

Bagaimanapun, posisi pokok itu seolah-olah sedang berpelukan seperti  ada cerita misteri, unik dan pelik.

Perkara ini diakui oleh  Ketua Eksekutif Gaharu Technologies, Nicklaus Ho apbila menyatakan dua pokok yang dilihat 'saling berpelukan' itu ada mitos mengenai kisah cinta terlarang yang berlaku ketika kedatangan Inggeris ke negeri Perak.

Kononnya, pada zaman pemerintahan British, seorang pemuda Orang Asli dilarang meneruskan hubungan cintanya dengan gadis Inggeris yang jelita.

Tak dapat ditebang

Disebabkan halangan daripada keluarga, pasangan itu melarikan diri dan sehingga hari ini tiada khabar berita diketahui oleh mereka.

"Dua pokok itu dikatakan pasangan bercinta yang menjelma menjadi pokok.

"Sebab itu, batang pokok merbau dilihat berwarna putih dan tinggi, manakala pohon ara pula kelihatan lebar, agak gelap dan sedikit rendah," katanya.

Selepas melalui pelbagai kejadian pelik, kedua-dua pokok itu tidak ditebang, malah dipagar dengan elok untuk tatapan pengunjung.

"Ada beberapa kejadian aneh ketika pekerja kami hendak menebang pokok itu. Enjin jentolak mati dengan tiba-tiba dan tidak dapat dihidupkan, pekerja terbabit dalam kerja menebang pokok itu sering ditimpa pelbagai masalah seperti demam dan penyakit lain," kata Nichlaus.

Kaya dengan khasiat

Taman kekasih adalah sebahagian daripada tarikan Lembah Teh Gaharu yang terletak ditengah-tengah Kampung Sungai Itik dan Kampung Pintu Padang.

Pengunjung boleh bersantai di teres menara Hoga yang dikenali sebagai Holistic Gaharu sambil mencuba keenakan teh gaharu yang disediakan oleh kafe di sini.

"Gaharu kaya dengan khasiat. ALadang ini menawarkan 12 sepesies gaharu hasil kacukan yang boleh dimakan, selain memberi manfaat kesihatan,' katanya.

Nicklaus berkata, ladang teh gaharu syarikatnya bermula pada tahun 1992 apabila ayahnya, David Ho membawa 200 pokok itu dari Jepun.

Selepas 15 tahun, 60 pokok saja dapat bertahan. Pokok yang masih hidup menjadi induk untuk membiakkan teh gaharu. Sehingga kini, ladang itu mempunyai 200,000 pokok teh gaharu.

Sebuah binaan konkrit dilengkapi pintu gerbang sepanjang tiga meter seperti Tembok besar China mencipa karaktor tersendiri ladang gaharu in.

Selain sebagai tarikan, ia juga bertujuan melindungi pokok gaharu yang nilai pasarannya mencecah sehingga ratusan ribu ringgit mengikut gred ditetapkan.

Taman Peluk adalah satu lagi tarikan yang diwujudkan untuk menyemai rasa kasih orang ramai terhadap alam sekitar.

"Bagi masyarakat Cina, memeluk pokok gaharu boleh membawa tuah. Mereka percaya wangian gaharu adalah haruman dari syurga.

"Dalam kalangan muslim, kayu gaharu menjadi sebahagian ramuan penting untuk menghasilkan minyak atar," kata Nicklaus.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Akakpun belum lagi sampai ke sini jadi tidak mampulah nak berkata lebih-lebih... Memang tempat ini ada dalam senarai tempat yang akan dikunjungi kerana tidak jauhpun dari kampung akak... Boleh juga singgah dalam perjalanan pulang ke kampung....
Gambar : WIKIPEDIA... Pintu gerbang masuk ke Gaharu TeaValley Gopeng
Gambar dari :- The Star ... itulah yang dikatakan pokok berpeluk.....
Sumber gambar dari : VISIT PERAK. Tak perlu naik Cameron dah boleh menikmati keindahan ini.. 

This photo of Gaharu Tea Valley is courtesy of TripAdvisor
Lovers Tree... Banyak lagi ukiran gambar yang boleh dipilih...
Gambar dari :- www.ipoh-city.com

Dibuka dari :- 9.00 pagi ke 5.00 petang

Alamat :-
Lot 9840, Mukim Sg Teja
31600 Gopeng

Bayaran : RM10.00 untuk 45 minit 'tour'

5 comments:

  1. Banyak juga rupanya tempat menarik di Perak ni. Kalau digoogle dan baca blog macam blog Cho ni, tentu banyak tempat yang boleh dilawati di Perak.

    ReplyDelete
  2. boleh tahan cantik jgk kak... saujana mata memandang

    ReplyDelete
  3. Baru juga tahu pasal gaharu valley ni.ada di gopeng rupanya..menarik cerita disebalik pokok yg berpelukan tu.Insyaallah boleh pergi la klu laluannya sama balik kmpg..klu saja2 nk p memang tak la.hehe

    ReplyDelete
  4. Baru juga tahu pasal gaharu valley ni.ada di gopeng rupanya..menarik cerita disebalik pokok yg berpelukan tu.Insyaallah boleh pergi la klu laluannya sama balik kmpg..klu saja2 nk p memang tak la.hehe

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang